Sihat By: Ad Ops November 21, 2018 @ 10:00am

Anda Diserang Senggugut? Makan 11 Bahan Makanan Ini Untuk Melawannya

Argh… datang bulan atau period memang tak best, tapi yang lagi teruk adalah bila anda kena senggugut!

Badan kita akan rasa tak selesa dan sakit-sakit, jadi tak hairanlah kalau kita rasa macam nak baring saja di katil sepanjang hari dan berehat.

Selain meletakkan botol panas pada bahagian perut, ada cara lain yang boleh membantu meredakan kesakitan period cramps anda: Makan.

Di bawah ini adalah 11 bahan makanan yang anda patut makan, dan bagaimana mereka boleh bertindak untuk melawan senggugut.

Air

Bila anda tengah datang bulan, perut anda mesti rasa kembung. Jadi buat apa nak minum lagi air?

Sebenarnya, meminum air akan mengelakkan badan anda daripada menyimpan air. Minum air banyak = buang air banyak.

Jika anda tak minat, cuba makan sayur-sayur hijau atau buah di dalam senarai ini. Sayuran dan buahan jenis ini mengandungi banyak air dalam bentuk yang anda mungkin anggap lebih sedap.

Selain itu, air panas atau suam pun boleh melegakan cramp, jadi satu pilihan lain adalah dengan meminum air teh chamomile.

Salmon

Ikan ini dan ikan air sejuk lain adalah kaya dengan omega-3 yang mengurangkan inflamasi dan secara tak langsung boleh mengurangkan kesakitan.

Selain menjadi sumber protein yang bagus, salmon juga merupakan sumber vitamin D dan B6. Vitamin D menyerap kalsium yang boleh mengawal period pain. Vitamin B6 pula melegakan keradangan yang anda rasai.

Sayuran berdaun hijau gelap

Foto: Muscle Building Foods HQ

Kehilangan darah setiap bulan juga bermakna anda kehilangan zat besi. Ini akan menyebabkan anda rasa lemah dan tidak bertenaga.

Steak atau burger daging mungkin nampak menyelerakan tapi sayuran daun hijau (leafy greens) seperti bayam dan kale juga adalah sumber vitamin bagus yang menawarkan zat besi.

Jika anda dah bosan dengan sayuran daun, tambahkan brokoli rebus untuk berikan sedikit kerangupan.

Pisang, nanas, kiwi

Pisang mengandungi vitamin B6 dan dos potasium yang sihat. Mereka boleh kurangkan tanda-tanda perut kembung dan cramp.

Apabila anda sedang membuat smoothie, tambahkan nanas segar. Ia mengandungi bromelain, sebuah enzim yang melawan inflamasi.

Kiwi pula bagus dalam melawan cramp. Kaya dengan enzim actinidin, kiwi membantu anda hadam protein dengan lebih mudah. Seratnya juga boleh melancarkan sembelit.

Kalsium

Kalsium mengurangkan senggugut. Jika anda alah kepada makanan tenusu (lactose intolerant), sumber kalsium yang bebas daripada tenusu termasuklah dill dan sayuran daun hijau.  

Oat

Foto: Pixabay

Bahan makanan ini memang sedap dan berkhasiat, tak kiralah dalam bentuk apa ia disediakan.

Bukan saja ia kaya dengan serat (yang membuatkan anda rasa kenyang lebih lama), tapi ia juga merupakan sumber bagus untuk zink dan magnesium.

Magnesium merelakskan saluran darah dan mengawal selia serotonin, sejenis bahan kimia dalam otak yang melawan kemurungan.

Telur

Ia mengandungi vitamin B6, D dan E yang bekerjasama untuk melawan tanda-tanda PMS (pre-menstrual syndrome) atau tanda-tanda cramp anda nak datang. Ia juga kaya dengan protein!

Halia

Bahan ini melegakan perut bila anda rasa loya. Tapi ia juga bagus untuk hilangkan angin dari dalam perut bila anda rasa kembung.

Teh chamomile

Foto: Shutterstock

Teh ini sedap, bebas daripada kafein dan membantu mengurangkan kekejangan otot. Ia juga boleh menenangkan si peminum.

Dark chocolate

Yay, coklat! Ia mengandungi magnesium dan serat. Pilih coklat yang mengandungi koko sebanyak 85% atau lebih untuk hasil terbaik.

Mentega kacang

Kacang adalah sumber baik untuk magnesium juga. Ia membantu mengawal selia serotonin, dan ia juga boleh mengelak anda daripada rasa kembung jika anda makan variasi kacang yang kurang garam. Ini termasuklah peanut butter.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Jan 2020

Ketahui senaman murah dan mudah untuk kekal sihat!

Ini langkah paling mudah, tapi hasilnya sangat bermanfaat

Featured Tue, 18 Dec 2018

Selama Ini Anda Bersangka Baik Dengan Vitamin, Tetapi Tahukah Anda Kesan Sampingannya?

Pengambilan vitamin secara berlebihan memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

Featured Thu, 6 Dec 2018

Cara Betul Tuam Bengkak Pada Badan

Teknik tuaman dapat surutkan bengkak pada anggota badan.

Sihat Tue, 28 Aug 2018
Featured Fri, 17 Jan 2020
Sihat Tue, 4 Sep 2018

Nicotine Replacement Therapy Boleh Bantu Perokok Untuk Berhenti Merokok

Bukan sahaja lelaki, malah wanita juga tergolong dalam perokok tegar!

Sihat Mon, 17 Dec 2018

7 Tanda Tahap Kolesterol Dalam Badan Anda Tinggi

Kolesterol wujud dalam tubuh badan kita adalah disebabkan faktor pemakanan ataupun sejarah keluarga.

Featured Sat, 16 May 2020