Sihat By: tex_admin November 22, 2018 @ 1:00pm

Anda Kerap Berdengkur Ketika Tidur? Awas! Anda Mungkin Mengalami Obstructive Sleep Apnea

Adakah anda seorang yang akan berdengkur setiap kali tidur? Jika ya, anda perlu berhati-hati! Ini kerana, berdengkur dengan kerap antara tanda penyakit Obstructive Sleep Apnea (OSA).

OSA adalah keadaan di mana seseorang itu kerap berhenti bernafas (apnea > 10 saat) ketika sedang tidur. Gejala utama ianya berlaku adalah berdengkur.

Berdengkur pula adalah bunyi bising semasa bernafas ketika tidur. Ia terhasil apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergeser dan bergetar antara satu sama lain. Ia berpunca apabila terdapat separa sekatan pada saluran atas pernafasan. 

Untuk pengetahuan anda, bukan saja orang dewasa boleh mengalami OSA ini, malah kanak-kanak juga boleh mengalaminya disebabkan pembengkakan tonsil dan adenois. Ianya akan hilang selepas pembedahan.

Jadi, sangat penting untuk anda ketahui mengenai OSA ini supaya dapat bertindak awal seperti berjumpa doktor dan menjalani rawatan. 

Foto: The Vocket

Punca-punca OSA

  • Kegemukan yang menyebabkan leher pendek & besar.
  • Masalah hidung. (Tulang hidung bengkok atau polips)
  • Masalah tekak. (Tonsil bengkak, otot lelangit lembut, anak tekak panjang)
  • Merokok.
  • Pengambilan alkohol.

Gejala-gejala OSA

  • Dengkur yang kuat.
  • Mengantuk yang melampau pada waktu siang.
  • Pasangan anda mengadu anda berhenti nafas ketika tidur.
  • Letih dan lemah pada siang hari.
  • Terbangun akibat tercekik.
  • Sakit kepala pada waktu pagi.

Macam mana nak tahu anda mengalami OSA?

Foto: SleepWorks Medical

Anda perlu menjalani pemeriksaan dengan berjumpa doktor ENT (Ear, Nose & Throat) untuk memeriksa hidung, tekak dan larinks secara terperinci.

Anda juga perlu menjalani ujian tidur (sleep study) yang merupakan ‘gold standard‘ untuk tahu tahap keterukan masalah OSA ini.

Bagaimana cara untuk merawatnya?

  • Kurangkan berat badan dan amalkan gaya hidup sihat.
  • Jauhi rokok dan minuman beralkohol.
  • Mengubah posisi tidur 

**Pembedahan boleh dilakukan bergantung kepada keputusan ujian tidur. 

Kesimpulannya, jangan pandang remeh dan ‘ketawakan’ pasangan anda tahu diri anda sendiri sekiranya kerap berdengkur. Ini kerana, andai ianya tidak dirawat awal akan menimbulkan komplikasi seperti darah tinggi, serangan jantung dan stroke.

Segeralah berjumpa pakar ENT jika anda atau pasangan anda mengalami gejala-gejala OSA ini!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Apr 2020

Ketahui mengapa si kecil suka mengetap gigi ketika tidur

Tangani dengan berkesan sebelum lebih teruk

Featured Fri, 27 Mar 2020
Sihat Tue, 1 May 2018

3 Teknik Senaman Yoga Mudah Untuk Wanita Mengandung, Tak Perlu Ke Gym!

Bila mengandung pun anda mesti bersenam, ya!

Featured Tue, 11 Jun 2019
Featured Thu, 9 Apr 2020
Sihat Mon, 21 Oct 2019

Yap Chan Kor, pusat perubatan tradisional untuk sakit kronik

Apakah yang dimaksudkan dengan sakit kronik?

Featured Mon, 19 Nov 2018

Berkhasiat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Hati, perut, usus, lidah antara jenis organ dalaman haiwan.

Sihat Thu, 20 Dec 2018
Sihat Thu, 4 Apr 2019

Tangani masalah obesiti kanak-kanak melalui pengambilan makanan

Masalah ini boleh akibatkan penyakit yang lebih serius apabila dia besar.