Sihat By: Ad Ops June 25, 2018 @ 6:14pm

Anda Ketagih Minuman Kafein? Ini Cara Untuk Hentikannya

Sesetengah orang tak boleh “function” pada waktu pagi selagi dia tak mendapatkan dos harian air kopinya.

Kalau anda tergolong sama, ini bermakna anda dah ketagih, dan ia sebenarnya tak elok untuk anda dalam jangka masa panjang!

Minuman kopi memanglah terbukti boleh memanjangkan usia dan mengurangkan risiko kencing manis, sakit jantung dan lain-lain.

Menurut Merideth Addicott, seorang profesor di University of Arkansas yang pernah mengkaji kafein sebelum ini, kafein taklah addictive macam dadah atau alkohol.

Tapi seseorang itu boleh menjadi ketagih dan mula bergantung sangat kepada minuman tersebut serta air kafein lain seperti teh, soda dan minuman tenaga. Jangan lupa berapa banyak gula yang ada dalam minuman tersebut!

Dan kalau mereka tak dapat minum, mereka akan melalui gejala withdrawal. Contohnya, mereka kurang inspirasi, atau kurang tenaga.

Bagaimana nak tahu jika anda betul-betul ketagih?

Foto: Youtube

Merideth berkata tiada sukatan specific untuk tentukan jika anda ketagih atau tidak. Sebaliknya, ia lebih kepada betapa tertekannya seseorang itu jika mereka tak dapat minuman kafein bila mereka nak, dan sejauh mana ia menjejaskan kehidupan seharian orang itu.

Ramai pakar mengesyorkan orang dewasa untuk minum tak lebih daripada 400 miligram kafein (lebih kurang 4 cawan kopi) sehari.

Jika anda minum lebih daripada itu, ada terdedah kepada side effect seperti kekacauan tidur, migraine dan sakit kepala lain, denyutan jantung yang lebih cepat, cepat naik marah, perasaan gementar dan sakit perut.

Jika anda mengalami side effects ini, serta mengalami kesusahan untuk mengurangkan jumlah pengambilan kafein anda atau merasai tak sedap badan bila anda tak mendapatkan dos kafein harian anda, itu maknanya anda memang ketagih dan memang patut kurangkan pengambilan.

Bagaimana untuk hentikan pergantungan anda terhadap kafein?

Foto: Getty

Langkah paling susah tapi paling penting ialah untuk meyakinkan diri sendiri untuk tidak lagi bergantung kepada kafein.

Ramai orang percaya kafein adalah penting untuk kerja atau sekolah, tapi bahan tersebut tak pun meninggalkan impak terhadap otak atau prestasi kognitif, kata Merideth.

“Bila anda meminum sejumlah kafein setiap hari, badan anda akan lama-lama terbiasa dan maintain sesuatu prestasi itu di dalam kehidupan seharian anda.

“Bila anda tak dapat sejumlah kafein yang sama, anda akan melalui gejala withdrawal yang akan melemahkan prestasi anda.

“Jadi anda akan rasa seperti kafein itu ada impak yang kuat dan boleh membantu memperbaiki tahap konsentrasi anda, tapi sebenarnya tak pun.”

Bila anda dah kenal pasti dan hentikan cycle ini, anda gerenti boleh capai prestasi yang sama tanpa perlu menelan beberapa espresso shots.

Foto: www.ngebray.com

Merideth berkata cara yang paling senang dan efektif untuk hentikan addiction ini adalah untuk perlahan-lahan berhenti meminum minuman kafein.

Tukarkannya kepada versi minuman yang kurang jumlah kafeinnya atau tidak berkafein langsung.

“Lambat-laun anda perlu juga kuatkan semangat dan lalui gejala withdrawal untuk hentikan ketagihan anda,” katanya.

Tanda-tanda yang anda akan lalui adalah seperti sakit kepala, kepenatan, keradangan dan masalah untuk beri tumpuan.

Jangan risau, bila badan anda dah boleh adjust, tanda-tanda ini akan terhenti. Mayo Clinic berkata ia akan hilang dalam masa beberapa hari.

Jangan putus asa, ya!

Sumber: Time

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tidur mengiring posisi selamat mengelakkan kematian bayi dalam kandungan

Tidur mengiring juga bantu ibu hamil lebih lena

Sihat Sat, 29 Sep 2018

Kasut Tumit Tinggi, Gaya VS Kesihatan

Penggunaan tumit tinggi setiap hari selama beberapa tahun boleh menyebabkan perubahan dalam anatomi anda.

Sihat Thu, 14 Nov 2019
Featured Fri, 4 Jan 2019

Suka Simpan Barang Lama Sampai Sesak Rumah? Itu Bererti Anda Sakit!

Tak serabut otak ke tengok rumah macam pusat pelupusan sampah?

Featured Wed, 8 Apr 2020

88 peratus pesakit positif COVID-19 tidak tunjuk gejala

Pesakit tidak bergejala umpama bom jangka

Featured Wed, 29 Jan 2020

Ketahui senaman murah dan mudah untuk kekal sihat!

Ini langkah paling mudah, tapi hasilnya sangat bermanfaat

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

Featured Tue, 21 Apr 2020

Ketahui 5 helah makan sedap tanpa garam

Garam berlebihan jejas kesihatan

Featured Fri, 29 May 2020

Pakai pelitup muka hanya apabila perlu, bukan sepanjang waktu

Elak kelemasan apabila melakukan aktiviti fizikal

| Live TV