Sihat By: tex_admin October 15, 2019 @ 8:05pm

Anda mempunyai gastrik? Ketahui puncanya

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Gastrik merupakan satu keadaan di mana berlaku keradangan pada dinding perut. Ia akan menyebabkan seseorang berasa tidak selesa. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semula jadi yang melindungi perut daripada bahan kimia berasid semula jadi yang diperlukan untuk proses penghadaman.

Foto: doktoroncall.com.my

Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus di permukaan perut. Keadaan ini akan meyebabkab anda mengalami gastrik. Gastrik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: 

  1. Gastrik ringan: Pembengkakan pada bahagian lapisan perut bersentuhan dengan makanan. 
  2. Gastrik berat: Berlaku luka yang berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan. 
  3. Ulser gastrik: Bersamaan dengan ulser perut yang memberi maksud sejenis luka terbuka. Boleh dikesan dalam muntah atau najis. 

Apakah punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami gastrik?

Pemakanan yang tidak teratur 

Apabila anda tidak menjaga makan dengan betul atau sering menangguh masa makan, tindakan ini boleh menyebabkan terjadinya gastrik. Ini kerana apabila badan memerlukan makanan, otak akan menghantar signal ke bahagian perut untuk merembeskan asid gastrik. 

Foto: hellosehat.com

Jika tiada makanan di dalam perut maka asid gastrik akan menghakis permukaan perut. Lama-kelamaan permukaan dinding perut akan menipis. Jika sampai ke tahap itu, seseorang boleh mengalami sakit di bahagian ulu hati. Dengan itu, walaupun anda sesibuk mana dengan kerja dan tugasan, pastikan anda makan mengikut waktu. 

Makanan yang terlalu pedas 

Memakan makanan yang terlalu pedas juga tidak baik untuk kesihatan terutamanya usus dan perut. Makanan pedas adalah sukar dan lambat untuk dicernakan. Oleh itu, perut akan merangsang lebih banyak rembesan asid untuk mencernakannya di dalam perut. 

Makanan berlemak 

Foto: grid.id

Pengambilan makanan berlemak secara tidak terkawal juga boleh menjadi punca anda menghadapi gastrik. Makanan berlemak tinggi sukar untuk dihadam oleh perut lalu menyebabkan perut mengeluarkan asid yang berlebihan. 

Penggunaan ubat tahan sakit 

Ubat tahan sakit seperti aspirin, ibuprofen dan napoxen juga boleh menyebabkan gastrik jika diambil dengan terlalu kerap atau berlebihan. Ia akan menyebabkan gastrik dengan menjejaskan faktor utama yang melindungi lapisan dinding perut.  

Oleh itu, pastika anda makan pada masa yang sepatutnya dan cuba susun jadual kerja supaya masa makan anda tidak tertangguh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 4 Sep 2018

Jika Anda Kembali Ke Pangkuan Kekasih Lama, Kesihatan Mental Anda Akan Terjejas. Biar Betul?

Jika anda nak get back together dengan ex, baca artikel ini dulu!

Sihat Tue, 24 Sep 2019

Kebaikan mengambil sarapan yang perlu anda tahu!

Jangan abaikan sarapan pagi, ini sebabnya!

Sihat Thu, 17 Oct 2019

Bahagian intim berbau? Awasi ‘tombong’ musuh wanita!

Jangan dibiar, anda mungkin kehilangan rahim.

Sihat Fri, 24 May 2019

Tak rasa lapar walaupun saat berbuka, ini rahsia Yasmin Hani kekal bertenaga dan aktif

Panduan Yasmin Hani ini amatlah sesuai bagi mereka yang hendak berdiet!

Featured Wed, 27 May 2020

Rendang, lemang bukan punca kemunculan jerawat

Kenali jenis kulit wajah, elak makan berminyak

Featured Thu, 23 Apr 2020
Featured Fri, 15 Jun 2018
Featured Mon, 2 Dec 2019