Sihat By: tex_admin September 27, 2019 @ 5:08pm

Anda penghidap gout? Elakkan jenis makanan ini

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Apakah itu gout? Gout termasuk dalam kategori penyakit artritis yang paling biasa. Apabila individu berkenaan menghidap gout, dia  akan menyebabkan bengkak, kesakitan dan kekejangan pada sendi.

Ia biasanya menjejaskan sendi di bahagian ibu jari kaki serta bengkak dan sakit di pergelangan tangan, kaki, lutut atau siku. 

Ia juga berkaitan dengan penyakit kardiovaskular dan metabolik yang meningkat yang membuatkan ia berasa amat menyakitkan. Biasanya gout lebih cenderung menyerang lelaki, namun wanita lebih mudah untuk mendapat gout lebih-lebih lagi wanita yang sudah menopaus. 

Gout boleh terjadi apabila anda tidak membuang asid urik dengan betul. Sekiranya berlakunya dehidrasi dan kelaparan, ia boleh menyebabkan kesukaran untuk mengeluarkan asid urik daripada badan. 

Darah dan metabolisme yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak asid urik. Seain itu, gout juga boleh berlaku disebabkan  cara pemakanan anda. Ada beberapa jenis makanan yang anda perlu elakkan untuk menghindari gout, antaranya:

Daging merah 

Foto: malang.merdeka.com

Seperti yang anda tahu, daging mempunyai zat besi dan protein yang tinggi, namun seeloknya bagi anda yang menghidap gout elakkan makan daging merah. Misalnya, daging putih seperti ayam lebih baik bagi anda yang menghidap gout. 

Tiada masalah jika sekali sekala anda ingin memakan daging merah, akan tetapi pilihlah daging kambing berbanding daging lembu. 

Organ dalaman haiwan 

Foto: hellodoktor.com

Organ dalaman seperti pedal, hati, jantung, ginjal, otak dan sebagainya perlu dielakkan bagi penghidap gout. Ini kerana ia mengandungi purin yang sangat tinggi. Terdapat banyak lagi bahagian makanan yang anda boleh makan berbanding organ dalaman. 

Makanan laut 

Foto: saji.my

Makanan laut juga perlu dielakkan bagi anda yang mengidapi gout kerana ia mengandungi purin yang mana akan diuraikan menjadi asid urik. Makanan di dalam tin juga termasuk dalam kategori makanan laut yang perlu anda elak. 

Minuman manis  

Apabila anda mengambil minuman dengan kadar gula yang tinggi, tabiat ini akan menyebabkan kegemukan yang merangsang tubuh anda untuk menghasilkan lebih banyak asid urik. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Jun 2020

Janna Nick kongsi senaman mudah untuk kecilkan paha

Jika dia berjaya, anda juga boleh!

Featured Sun, 19 Apr 2020
Featured Mon, 1 Jul 2019

Ulam bawa kebaikan seribu khasiat

Dah tahu kebaikannya, jadi masukkan ia ke dalam senarai menu utama!

Featured Wed, 2 Oct 2019

Sinaran matahari tingkatkan risiko katarak atau kanser mata

Bukan kulit saja yang anda kena lindung daripada sinaran UV!

Featured Thu, 23 May 2019
Featured Thu, 19 Mar 2020
Sihat Thu, 27 Dec 2018

Menurut Pakar, Racun Perosak Pada Sayuran & Buah-Buahan Boleh Ganggu Sistem Saraf Manusia

Simptom racun perosak berlebihan dalam badan manusia adalah merasai keresahan, hilang selera makan dan kemurungan.

Sihat Thu, 25 Apr 2019

6 teknik senaman paling bagus untuk wanita hamil

Jangan bersenam sesuka hati, ya!

Sihat Mon, 29 Jul 2019
Sihat Thu, 6 Dec 2018