Semarak By: Yanie Baharom May 27, 2018 @ 12:00pm

Atasi Masalah Kelesuan Berpuasa Dengan Pengambilan 8 Suplemen Ini

Senario seperti terlepas waktu sahur, sukar kejutkan anak-anak bersahur, tergesa-gesa hendak menunaikan terawih dan dilema untuk menyediakan hidangan sama ada semasa berbuka mahupun bersahur, antara ragam biasa kita dengar sepanjang menjalani Ramadan.

Walau bagaimanapun, puasa itu adalah ibadah dan permasalahan kecil seperti disebutkan tadi tidak seharusnya menjadi alasan untuk tidak berpuasa atau meneruskan sifat malas bersahur.

Apatah lagi sekarang ini terdapat bermacam produk makanan tambahan yang dapat membekalkan tenaga berganda, kekal cergas sekaligus menghindari daripada rasa lapar.

Kelesuan akibat kurang tenaga, boleh membuatkan kita tiada mood bekerja dan hal ini bakal menjejaskan prestasi kerja anda.

Masalah yang dihadapi para ibu yang masih menyusukan bayi mereka kemungkinan berlaku air susu badan kering.

Justeru itu pengambilan makanan tambahan di bulan Ramadan sangat penting dalam memastikan kekal cergas bertenaga sepanjang hari.

Di bawah ini, Hijab & Heels turut berkongsi dengan pembaca senarai produk makanan tambahan yang sesuai untuk diambil sepanjang Ramadan antaranya dari jenama Shaklee yang memperkenalkan Set Berbuka Puasa.

1. ESP Shaklee

Foto: ms wordpress

ESP (Energy Supplements Powder) adalah sejenis minuman yang didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada 100% non-GMO soy protien yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan positif mengambil suplemen ini dalam set puasa Shaklee adalah:

  • Membantu kenyang lebih lama dan memberikan tenaga
  • Membekalkan tenaga sepanjang hari
  • Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar kerana  kadar pencernaan dan penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat.
  • Setiap hidangan ESP adalah rendah GI di mana membantu memberikan tenaga di samping kenyang lebih lama.
  • Sumber protein yang baik juga akan membantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara.
  • Gabungan kalsium dan protien di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang bulan Ramadan.

2. Mealshakes Shaklee

Foto: Suri Sihat

Mealshakes pula adalah satu hidangan minuman yang penuh dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Ia membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting.

Kaya dengan kalsium dan serat yang membantu anda mengatasi masalah sembelit apabila berpuasa. Sumber vitamin lengkap untuk keperluan harian yang tidak dapat dipenuhi semasa berbuka dan sahur.

3. Performance Drink Shaklee

Foto: celikvitamin

Performance Drink adalah rumusan eksklusif Opticarb memberikan kita karbohidrat bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera. Ia membantu mengelakkan dehidrasi dan memastikan keseimbangan elektrolit selain mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa.

Jika diminum selepas berbuka Performance Drink membantu anda untuk menambah semula tenaga dan mudahlah untuk menunaikan terawih.

4. CALIPH – Sunnah Supplement for Kids

Foto: kosmetikmurah

Caliph adalah makanan suplemen untuk anak bijak dan untuk kecerdasan otak. Sama seperti tablet vitaminnya, Jus Caliph mengandungi campuran bahan ‘gred terbaik’ seperti kurma, kismis, delima, buah tin, aprikot, omega 3 dan omega 6.

Kesemua kandungan ini merupakan sumber yg tinggi dengan serat, vitamin dan nutrien yang lain. Apatah lagi, buah-buahan yang disebutkan merupakan makanan Sunnah yang sangat digalakkan diamalkan oleh semua umat Islam termasuk kanak-kanak.

5. GNC Women’s Ultra Mega 90

Foto: GNC

Multivitamin ini diperbuat khusus untuk wanita. Apabila berpuasa, maka berlaku kekurangan cairan yang boleh  membuat kulit kita kering dan kusam. Untuk itu, kandungan biotin pada multivitamin ini boleh membantu Anda menjaga kesihatan kulit agar tetap segar dan anjal sepanjang berpuasa.

Berbentuk pil dan  berukuran kecil, suplemen ini seeloknya diambil dua kali sehari; sebelum bersahur dan selepas minuman air sewaktu berbuka.

6. Doctor’s Best Pure Way-C

Foto: reviews

Produk suplemen ini mengandung 1000 mg vitamin C pada setiap kapsulnya. Dos Vitamin C yang tinggi akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh, tidak letih, mudah memberi tumpuan selain mendapatkan tidur yang nyenyak.

Suplemen vitamin C membantu melancarkan ibadah puasa anda kerana daya tahan tubuh anda akan meningkat dan anda pun akan tetap bugar selama berpuasa. Bagus untuk dikonsumsi saat sahur.

Vitamin C dan bioflavonoid dari PureWay-C berbeza dengan suplemen vitamin C lainnya. Produk ini dirancang agar lebih mudah diserap tubuh dan mampu menetralisir radikal bebas dengan lebih efektif, dibanding produk lain yang sejenis. Suplemen ini terbuat dari bahan vegan dan aman dikonsumsi kerana bersifat organik sehingga kehalalannya pun terjamin. Minumlah suplemen ini agar anda tidak mudah sakit saat berpuasa.

7. Vitacare Natural Squalene

Foto: Multicare

Sering berasa letih dan mengantuk saat berpuasa? Mungkin anda kekurangan bekalan karbohidrat sehingga kandungan oksigen dalam darah berkurang. Hal ini boleh dihindari dengan pengambilan suplemen yang mengandungi minyak ikan.

Minyak ikan atau squalene dikatakan dapat menambah kadar oksigen pada tubuh anda. Oleh kerana itu, produk ini dapat membantu meningkatkan oksigen ke seluruh tubuh dan menghilangkan lactic acid penyebab letih dan lesu. Produk ini mengandungi minyak ikan semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan. 

8. Naturelo Raw Greens Whole Food Powder

Foto: Amazon

Suplemen daripada berbagai sayuran dan buah ini menawarkan tambahan nutrisi yang meningkatkan sistem imunisasi anda, menambahkan energi, menjaga pencernaan, memberikan fungsi anti-aginganti-stress, dan detoksifikasi. Suplemen ini 100% organik, tidak mengandung gelatin, tambahan gula, bahan pengawet mahupun pewarna .

Suplemen ini tersedia dalam bentuk serbuk di mana anda boleh menikmatinya dalam bentuk minuman atau smoothies untuk menggantikan sayur dan buah selama berpuasa. Bahkan suplemen ini  membantu anda untuk berasa kenyang lebih lama.

Sumber: My Best

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 May 2020

‘Diracun’ setiap hari, macam mana anak nak pintar!

Jangan turutkan sangat kehendak si kecil

Featured Tue, 25 Dec 2018

20 Petua Untuk Menghilangkan Bisul. Murah Dan Jimat!

Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.

Sihat Wed, 5 Sep 2018

Amalkan Petua Ini, Tak Payah Risau Batuk Sebab Makan Banyak Rambutan!

Yang suka makan rambutan, bolehlah guna petua ini.

Featured Thu, 22 Aug 2019

Dodoi anak dengan gym ball, sambil bersenam tubuh ibu pun selesa!

3 manfaat lain gym ball yang tidak diketahui umum.

Featured Tue, 26 Nov 2019

Rawatan baharu bagi pesakit kanser payudara

Kajian Novartis bantu pesakit nikmati kehidupan bermutu

Gaya Hidup Fri, 18 Oct 2019

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan narsistik?

Ketahuinya sekarang, mungkin anda salah seorang daripadanya.

Sihat Wed, 27 Feb 2019

Ikuti 4 langkah urutan refleksologi bagi anda yang sukar tidur

Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada tidur yang nyenyak selepas penat bekerja sepanjang hari.

Featured Fri, 28 Dec 2018

Si Kecil Susah Nak Makan Ubat? Nah! ‘Pancing’ Mereka Dengan 6 Cara Ini

Entah kenapa budak tak suka makan ubat, walhal ubat kanak-kanak rasanya sedap!

Featured Wed, 27 May 2020

Rendang, lemang bukan punca kemunculan jerawat

Kenali jenis kulit wajah, elak makan berminyak

Sihat Wed, 10 Oct 2018