Sihat By: tex_admin October 17, 2019 @ 4:02pm

Badan tidak cukup kalsium? Ini cara mudah untuk tahu

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Kebanyakan individu dewasa di Malaysia bertanggapan bahawa pengambilan kalsium hanya penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan bertolak daripada kepercayaan ini jugalah menyebabkan kanak-kanak sering diberi minum susu oleh si ibu kerana susu adalah antara sumber terbaik kalsium.

Hakikatnya, bukan kanak-kanak sahaja yang memerlukan kalsium. Individu dewasa juga memerlukan kalsium bagi memastikan kelangsungan kesihatan berada pada tahap yang sempurna.

Di dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2003, menunjukkan rakyat Malaysia hanya mengambil 0.14 daripada segelas sajian susu dan produk tenusu setiap hari. Jumlah yang ditunjukkan ini amat berjauhan dengan saranan pengambilan susu yang diutarakan oleh Garis Panduan Diet Malaysia iaitu satu hingga tiga gelas sehari.

Kalsium adalah antara bahan penting yang diperlukan oleh tubuh badan setiap individu. Ia juga adalah nutrien penting yang membantu proses tumbesaran dan juga pengekalan kesihatan tulang, gigi, otot-otot utama serta proses pembekuan darah (blood clots) dalam tubuh badan manusia.

Selain susu, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh diambil bagi memenuhi keperluan kalsium yang diperlukan oleh tubuh badan seperti keju, sardin, sayuran hijau seperti brokoli, kale dan kobis cina.

Bagaimanapun tidak semua di antara kita mampu melakukan secara berterusan menjaga diet dan pemakanan dalam kehidupan seharian. Hasilnya, kita pasti tanpa sedar telah mengabaikan pengambilan kalsium yang secukupnya dalam pemakanan harian.

Jadi, apakah cara untuk kita mengenalpasti tubuh badan kita mengalami simptom kekurangan kalsium?

Sentiasa berasa penat

Foto: Healthline

Antara tugas utama kehadiran nutrien kalsium di dalam tubuh kita adalah membantu menghasilan tenaga daripada makanan yang masuk ke dalam tubuh. Oleh sebab itu, tubuh badan yang tidak memiliki cukup mineral ini pastinya akan merasai kepenatan yang luar daripada kebiasaan.

Keadaan penat yang melampau juga akan turut dirasai oleh ibu mengandung yang tidak mengambil nutrien kalsium dalam kadar yang mencukupi. Kesihatan rahim ibu mengandung amat bergantung kepada kehadiran kalsium dalam tubuh mereka.

Selain itu, bayi yang di dalam kandungan turut akan mengambil kalsium daripada ibunya jika ia tidak mendapat kalsium yang mencukupi.

Susah untuk kekal cergas

Foto: NBC

Kalsium yang terdapat dalam produk tenusu seperti susu dan keju memainkan peranan yang sangat penting kepada otot utama manusia, termasuklah jantung. 

Oleh itu, seseorang yang sedang dalam program kecergasan mahupun pembinaan bentuk badan amatlah perlu menitiberatkan pengambilan nutrien berkenaan.

Semakin pejal ataupun keras otot seseorang, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk membakar kalori pada otot mereka ketika dalam keadaan rehat.

Jadi, usaha untuk mendapatkan serta mengekalkan tubuh badan yang cergas dan tegap pasti akan menemui jalan buntu jika individu berkenaan mengabaikan persoalan mengenai pengambilan kalsium mereka.

Mudah mengalami pendarahan

Foto: Wikimedia

Tanpa kandungan kalsium yang cukup, proses pemberhentian pendarahan seseorang akan mengambil masa yang lebih lama berbanding mereka yang normal.

Hal ini kerana proses pembekuan darah, iaitu satu mekanisme penting dalam membantu menghentikan pendarahan sesorang amat bergantung kepada mineral kalsium.

Mudah patah tulang

Foto: The Carlson Law Firm

Ketumpatan tulang seseorang akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia mereka. Perkara ini berlaku kerana kadar pengurangan kalsium di dalam tulang seseorang adalah lebih tinggi daripada kadar penyimpanan mineral tersebut.

Hal berkenaan dengan kehilangan kalsium ini juga amat merunsingkan bagi wanita yang melepasi tempoh menopaus kerana mereka akan mengalami kekurangan estrogen, iaitu hormon yang membantu kepada pemuliharaan tulang seseoang.

Justeru, mereka yang tidak mengambil kalsium dalam kadar yang sepatutnya akan mudah terdedah kepada risiko patah tulang.

Bagi yang masih muda pula, jangan ambil mudah dalam soal pengambilan kalsium kerana impaknya mungkin akan mula dirasai ketika kita memasuki usia emas.

Kadar pengambilan kalsium harian yang ideal

Foto: NBC

 

Berikut merupakan jumlah pengambilan kalsium yang disarankan oleh National Health Service (NHS) mengikut umur:

  • Satu hingga tiga tahun – 350mg kalsium
  • Empat hingga enam tahun – 450mg kalsium
  • Tujuh hingga 10 tahun – 550mg kalsium
  • 11-18 tahun – 100mg untuk lelaki dan 800mg untuk perempuan
  • 19-64 tahun – 700mg kalsium

Sebagai panduan, 700mg kalsium bersamaan dengan tiga gelas susu yang berisi padu 200ml setiap gelas.

Sumber: netdoctor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Mar 2020

Kira kalori minimum untuk turunkan berat badan

Hasilnya pasti mengujakan, jom buat!

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Fri, 29 May 2020

Pakai pelitup muka hanya apabila perlu, bukan sepanjang waktu

Elak kelemasan apabila melakukan aktiviti fizikal

Sihat Wed, 15 May 2019
Sihat Mon, 21 Oct 2019

Yap Chan Kor, pusat perubatan tradisional untuk sakit kronik

Apakah yang dimaksudkan dengan sakit kronik?

Sihat Thu, 23 Aug 2018

4 Manfaat Beras Perang Yang Anda Tidak Tahu

Beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras putih.

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

Featured Mon, 6 Apr 2020
Featured Tue, 17 Mar 2020
Sihat Sun, 23 Dec 2018

Telinga Berdesing? Mungkin Anda Mengalami Salah Satu Daripada Masalah Ini

Kalau sakit telinga tu, jangan dibiar-biar, segera bertemu doktor ya!