Sihat By: Yanie Baharom October 17, 2019 @ 5:21pm

Bahagian intim berbau? Awasi ‘tombong’ musuh wanita!

Kesihatan dan wanita saling berkait rapat kerana tanpa kesihatan yang memuaskan, wanita mungkin sukar untuk melakukan tugas harian mahupun memastikan hubungan kelamin dengan suami berjalan lancar.

Oleh itu, penting bagi wanita memastika kesihatan luaran mahupun dalaman berada pada tahap memuaskan. Menyentuh mengenai kesihatan dalaman, 1001 cerita mahupun kisah melingkari kehidupan wanita apabila berbicara mengenai topik ini.

Bukan sahaja kanser payudara atau kanser rahim yang dikatakan menjadi musuh utama wanita, tetapi pelbagai lagi jenis penyakit kompleks dan kronik yang berisiko untuk golongan Hawa ini.

Satu daripada masalah terpencil yang berbahaya untuk wanita tetapi tidak disuarakan adalah penyakit tombong. Tombong dalam bahasa mudahnya adalah peranakan jatuh atau saintifiknya prolaps uterus atau rahim.

Apabila peranakan terkeluar daripada pintu kemaluan, menyebabkan pergerakan wanita terutamanya semasa berjalan tidak selesa kerana ketumbuhan yang menjulur keluar bergesel dengan celah paha ketika berjalan. Geseran itu membentuk ulser sekali gus mengundang infeksi kuman dan bauan tidak menyenangkan.

Kondisi ini boleh disahkan melalui pemeriksaan pangkal rahim dengan membandingkan ketumbuhan yang keluar (kemungkinan serviks atau rahim) relatif dengan aras tertentu bahagian pelvis bawah.

Tahap prolaps dibahagikan kepada tahap satu, dua dan tiga bergantung kepada bahagian pangkal rahim yang menonjol keluar dari pintu kemaluan. Ia berlaku disebabkan otot lantai dan ligamen yang menyokong rahim tidak lagi utuh.

Jika dahulu tombong ini lazimnya dialami oleh wanita yang menopaus, sekarang tidak lagi. Menurut Dr Ida Lilywaty Md Latar (Pakar O&G, Hospital Pantai Cheras, Kuala Lumpur) mengejutkan apabila wanita seawal usia 30-an dan belum berkahwin juga terdedah kepada tombong disebabkan gaya hidup mereka.

Foto: The Reporter

Bagi pengamal perubatan Melayu, Suzima Hazish, pelbagai pengalaman dilalui mengenai kisah wanita yang datang menemuinya berhubung masalah rahim jatuh, prolaps atau tombong untuk diubati.

Jika dahulu ia kerap berlaku kepada wanita berusia (60 tahun ke atas) tetapi kini disebabkan perubahan gaya hidup dan pemakanan menyebabkan ia turut dialami wanita muda atau yang belum berkahwin.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Suzima, bagi wanita muda masalah tombong berpunca daripada penjagaan berpantang tidak betul dan kerap melahirkan anak dalam jarak yang dekat. Bagi wanita belum berkahwin pula tombong boleh terjadi sekiranya mereka kerap melakukan aktiviti lasak seperti mengangkat dan menolak bebanan berat atau pernah terjatuh.

Disebabkan berasa malu yang kuat untuk bercerita kepada orang lain, lantas wanita yang mengalami permasalahan ini lebih senang membiarkannya tanpa rawatan. Lama-kelamaan ia menjadi semakin teruk seperti berair, luka dan berbau sehingga perlu kepada pembedahan.

Bagaimana mengesan tombong:

1. Secara berbaring (digalakkan untuk anak dara)

Letakkan ibu jari dalam pusat. Jika terasa berdenyut-denyut, maknanya tempat peranakan berada di tempat yang betul. Jika tiada terasa apa-apa, lurut ke bawah pusat hingga terasa denyutannya.

Andai terasa denyut-denyut di bahagian bawah pusat, anda perlu menaikkan semula tempat peranakan. Biasanya kaedah mengurut boleh dilakukan oleh bidan yang pakar.

Foto: Isuini

2. Secara mencangkung

Masukkan jari ke dalam vagina sehingga ke atas dan cuba sentuh objek berbentuk bulat seperti guli tetapi lembut. Jika dapat merasainya, maknanya peranakan sudah menggelongsor turun dari kedudukannya. Untuk kepastian, ambil cermin dan tengok jika ada daging yang sudah terkeluar.

Foto: Sihatkini

Apakah risiko masalah tombong ini kepada pesakitnya?

Untuk tombong tahap satu, pesakit tidak perlu risau kerana kaedah senaman boleh dilakukan untuk menguatkan otot pelvis yang dinamakan senaman kegel. Selain itu, cuba berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Tahap dua juga boleh dirawat dengan menggunakan alatan sokongan pessary di dalam vagina untuk menolak rahim ke posisi atas.

Tahap tiga pula memerlukan rawatan segera sekiranya melibatkan pundi kencing atau usus. Rawatan yang disyorkan ialah pembedahan histerektomi (pembedahan pembuangan rahim).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Mon, 4 Mar 2019

6 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli suplemen pilihan anda

Wanita dan suplemen tidak boleh dipisahkan.

Sihat Wed, 1 Aug 2018

Jangan Terlalu Asyik Menghayati Suasana Rimba Sampai Terbawa Pulang 3 Penyakit Ini

Antara penyakit yang mungkin dijangkiti semasa beriadah di dalam hutan adalah Leptospirosis, Malaria dan Melioidosis.

Sihat Wed, 19 Jun 2019

Kenal pasti 9 tanda peranakan wanita jatuh dan bermasalah

Masalah ini bukan saja dialami wanita bersalin tetapi juga anak dara!

Sihat Tue, 25 Sep 2018
familuv Tue, 29 Oct 2019
Sihat Wed, 30 Oct 2019

Kenapa perlu mandi air sejuk setiap pagi?

Sejuk tetapi banyak manfaatnya!

Featured Tue, 26 Nov 2019

Rawatan baharu bagi pesakit kanser payudara

Kajian Novartis bantu pesakit nikmati kehidupan bermutu

Sihat Mon, 3 Dec 2018

Doktor Ini Kongsi 10 Tip Penjagaan Luka Berkhatan

Perlu jaga dengan betul kalau tak nanti bentan!

Featured Thu, 19 Mar 2020