Sihat By: Ad Ops June 11, 2019 @ 12:05pm

Berat badan naik mendadak ketika raya, ketahui tip pemakanan sihat sepanjang Aidilfitri

Tidak keterlaluan jika dikatakan setiap kali tiba Syawal, ramai yang akan makan sepuas-puasnya sebagai misi ‘membalas dendam’ dan melepaskan geram setelah sebulan berpuasa.

Apatah lagi melihat pelbagai juadah enak seperti lemang, ketupat, rendang, kuah kacang dan biskut raya yang menjadi hidangan wajib setiap kali meraikan Aidilfitri, ternyata memang sukar untuk menepis godaan berkenaan.

pemakanan ketika raya

Foto: Smallnhot

Meskipun Hari Raya disambut meriah dengan pelbagai juadah, namun ia bukanlah tiket untuk kita makan sesuka hati dan mengabaikan amalan pemakanan sihat sepanjang musim perayaan ini.

Kesihatan diri juga perlu dititikberatkan agar berat badan tidak bertambah secara mendadak dan diri kita terhindar daripada sebarang risiko penyakit yang berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya.

Berikut ialah panduan daripada pakar mengenai amalan sihat dan panduan pemakanan yang betul sepanjang Aidilfitri.

1. Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Bukit Payong, Marang, Terengganu, Dr Mazlinah Muda

pemakanan ketika raya

Foto: GPS Bestari

Hati-hati dengan makanan mengandungi santan dan garam seperti rendang, lontong, lemang dan ketupat. Begitu juga dengan makanan berlemak seperti biskut, kek dan kuih-muih seperti dodol dan wajik yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Masakan seperti rendang, gulai, kuah lontong, masak merah, kari dan masakan bersambal juga mempunyai kandungan minyak dan lemak yang tinggi kerana cara memasak memerlukan tumisan dengan minyak agak banyak.

Ditambah lagi dengan lemak kuah daripada sumber seperti daging dan ayam, justeru disarankan supaya tidak menikmati kuah yang banyak minyak. Sebaliknya, anda disarankan hanya mengambil sumber proteinnya sahaja seperti ayam atau daging.

Ya, memang sukar untuk menahan nafsu makan, namun seelok-eloknya kawal pengambilan makanan itu seminimum mungkin.

Elakkan minuman berkarbonat dan juga minuman berwarna serta manis.

pemakanan ketika hari raya

Foto: Pall Food & Beverage

Pengambilan kalori yang sesuai untuk golongan dewasa berumur 18 hingga 59 tahun ialah 2,000 kcal sehari bagi lelaki dewasa dan 1,500 kcal sehari bagi wanita dewasa. Oleh itu, pastikan jumlah kalori yang masuk ke dalam badan sama dengan kalori yang dikeluarkan.

Secara umumnya, pengambilan lebihan 500 kcal hingga 1,000 kcal sehari boleh meningkatkan berat badan daripada berat badan asal sebanyak 0.5 kg hingga 1.0 kg dalam seminggu atau dua hingga empat kilogram dalam sebulan.

Pilih makanan rendah kalori seperti buah-buahan segar dan sebaiknya dimakan sebelum makan makanan utama.

2. Pakar nutrisi daripada GNC Malaysia, Kesvini Devi Ramesh

Kurangkan pengambilan makanan sebanyak 20 peratus, sebagai contohnya penggunaan gelas tinggi, berbanding gelas atau cawan yang besar dan lebar untuk mengurangkan tabiat minum air bergula atau berkarbonat.

Pengambilan protein bagi sarapan juga adalah elemen utama kerana ia terbukti dapat menyekat selera makan yang bertambah dan berupaya mengurangkan pengambilan makanan seterusnya.

pemakanan ketika raya

Foto: mStar

Tabiat mengira bilangan kunyahan setiap kali suapan makanan turut membantu menegah pengambilan makanan berlebihan.

Pilih makanan yang kurang lemak dan gula serta makanan berserat tinggi kerana ia penting bagi proses pencernaan makanan.

3. Pegawai Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Nurliyana Naharuddin

Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil. Gunakan pinggan yang kecil untuk mengambil makanan, agar makanan nampak banyak biarpun dalam kuantiti yang kecil.

Foto: MaisarahSidi.com

Amalkan prinsip pinggan sihat iaitu ‘suku-suku separuh’ (karbohidrat dan protein suku, setengah pinggan sayur dan buah-buahan).

4. Jurulatih persendirian dan pakar pemakanan, Kevin Zahri

Menurut Kevin, pada Hari Raya, 90 peratus dalam kalangan kita akan bertambah berat badan lebih-lebih lagi pada minggu pertama Syawal, justeru Kevin menyarankan agar berhenti makan sebelum kenyang.

pemakanan sihat

Foto: Lifehack

Anda juga disaran minum banyak air kosong.

Jangan bermula dengan makanan pencuci mulut. Sebaiknya, makan hidangan seimbang terlebih dahulu sebelum makan kuih-muih dan biskut raya.

senaman ketika bulan puasa

Foto: Goltune.com

Anda juga digalakkan mengamalkan bersenam tiga kali seminggu.

5. Pensyarah Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmad Faizal Abdull Razis

Pilih makanan yang tinggi serat bagi mengelakkan sembelit.

Hadkan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.

penjagaan makanan ketika Aidilfitri

Foto: Resepmalaya

Mereka yang menghidap kencing manis atau darah tinggi wajib mengawal pengambilan gula dan makanan berlemak serta tinggi kandungan garam. Jangan sesekali melanggar pantang supaya tidak memakan diri sendiri kelak.

Pilihan makanan seperti sup adalah lebih baik berbanding yang bersantan kerana ia mengandungi lemak dan kolesterol yang tinggi.

Pilih buah-buahan sebagai snek atau pencuci mulut.

jenis kuih raya

Hadkan makanan yang manis dan berlemak.

Semoga bermanfaat!

Kredit sumber: Berita Harian, Sinar Harian & Free Malaysia Today

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 7 Mar 2020

4 cara mudah lindungi diri daripada penyakit

Ketahui apa yang boleh dan perlu

Featured Mon, 9 Dec 2019

Virus Polio kembali menyerang Malaysia, ketahui petanda & cara mencegahnya

Penyakit ini boleh menyebabkan kelumpuhan dan juga maut!

Featured Tue, 31 Jul 2018

Kesan Radiasi Telefon Pintar Boleh Buat Remaja Jadi Pelupa

Pendedahan terhadap radiasi daripada telefon pintar selama setahun sudah cukup untuk memberi kesan buruk kepada bahagian otak.

Sihat Mon, 20 Aug 2018

Elak Makan 4 Jenis Makanan Ini Kalau Tak Nak Braces Rosak

Pemakaian braces ini memerlukan penjagaan yang rapi.

Sihat Sun, 27 Jan 2019
Featured Tue, 4 Feb 2020
Sihat Fri, 8 Jun 2018

Alamak! Tertelan Gula-Gula Getah, Adakah Ia Membahayakan Kesihatan?

Adakah ia akan tersangkut di dalam perut sampai bila-bila?

Featured Fri, 24 Aug 2018

5 Langkah Untuk Mengurangkan Pengambilan Gula

Antara sebab penyakit menyerang adalah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan.

Featured Sat, 14 Dec 2019
Sihat Thu, 19 Jul 2018

5 Makanan Berkalori Tinggi Yang Sebenarnya Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Selama ini, anda tertipu! Gerenti anda takkan sangka yang makanan ini bagus sebenarnya.