Sihat By: Yanie Baharom January 27, 2019 @ 2:00pm

Betul ke gusi bengkak ketika hamil boleh menyebabkan kelahiran pramatang?

Perubahan fizikal secara dalaman mahupun luaran, adalah perkara biasa berlaku kepada ibu hamil.

Mengalami gejala seperti payudara membesar, penambahan berat badan dan sakit pinggang, itu antara perubahan yang biasa dialami ketika proses peralihan sepanjang kehamilan. 

Apa yang membezakan pengalaman seseorang adalah tahap alahan yang dilalui mereka.

Gusi bengkak antara gejala dialami ibu hamil, namun kes seperti ini agak jarang berlaku. 

Foto: hellosehat

Masalah gusi bengkak yang dialami ketika hamil dikenali sebagai gingivitis. Ia sering dialami antara dua hingga lapan minggu kehamilan. Atas sebab itu, ia mungkin menjejaskan rutin seharian 40 peratus ibu hamil. 

Sakit gusi atau gusi bengkak ketika hamil boleh dilihat apabila anda mengeluarkan sejumlah darah apabila meludah. Gejala itu dapat menentukan sama ada anda mengalami gingitivis atau sebaliknya.

Apa punca gusi bengkak ketika hamil?

Apabila mengandung, tahap hormon progesteron adalah tinggi. Secara tidak langsung, ia menambahkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gusi bengkak atau berdarah. Apatah lagi, tisu gusi juga akan menjadi lebih sensitif berbanding sebelumnya. 

Perubahan hormon ini juga boleh mengganggu tindak balas badan terhadap bakteria dan mungkin membawa kepada jangkitan atau penyakit gusi. 

Sekiranya anda mengalami gingivitis pada tempoh dua bulan awal kehamilan, ia biasanya semakin meningkat pada usia kandungan mencecah lapan bulan. 

Berikut beberapa tanda biasa mengenai keadaan ini: 

  • Gusi berdarah
  • Gusi bengkak
  • Nafas berbau busuk
  • Sakit gusi

Apakah risiko yang mungkin dialami ibu hamil berkenaan? 

Foto: Pinterest

Dalam satu kajian yang diterbitkan The Journal of the American Dental Association, wanita hamil dengan penyakit gusi berkemungkinan tinggi mempunyai kelahiran pramatang (sebelum minggu ke-37) berbanding ibu yang memiliki gusi sihat. 

Mereka yang mempunyai gingivitis lebih teruk (periodontitis) pula mungkin mengalami kontraksi atau pengecutan otot yang menandakan anda bakal bersalin seawal minggu ke-32.

Cara mengatasi sakit gusi ketika hamil 

  • Mengamalkan kebersihan gigi seperti memberus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi yang mengandungi florida.
  • Sekiranya gusi mengalami keradangan, beralih kepada berus gigi dengan bulu lembut.
  • Tidak mengabaikan bahagian atas gigi kerana ia menyambung ke bahagian gusi anda.
  • Menggunakan flos gigi dengan baik supaya dapat membersihkan sisi makanan yang terlekat atau terperangkap di celah gigi yang mungkin sukar dicapai berus gigi.
  • Garam laut biasanya dapat membantu meringankan rasa sakit. Caranya ambil satu sudu teh garam laut dicampur dalam satu cawan air suam. Kemudian kumur dan ludah.
  • Rujuk doktor pergigian bagi mencegah gingivitis kehamilan. 

Sekiranya rasa sakit berlarutan, anda tahukan apa tindakan wajar dilakukan? 

Foto: Chamonet

Segera bertemu dengan doktor gigi. Ubat-ubatan seperti antibiotik yang dibekalkan mungkin dapat menyingkirkan bakteria yang menyebabkan jangkitan pada gusi. 

Bagaimanapun, gejala sakit gusi ini akan hilang selepas bayi selamat dilahirkan, tetapi sebaik-baiknya maklumkan masalah anda ini kepada doktor supaya dapat mencegahnya sekali gus memastikan bayi dan anda selamat serta sihat.

Sumber: The Asian Parent

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Oct 2019

Bilakah waktu sesuai untuk minum teh hijau?

Dapat menurunkan berat badan jika diminum pada waktu yang sesuai!

Sihat Tue, 15 Jan 2019

Bukan saja kedutan wajah semakin jelas, rupa bentuk vagina juga berubah!

Perubahan vagina adalah sesuatu yang normal berlaku kepada wanita

Featured Sun, 31 Jul 2022
Featured Tue, 7 Aug 2018
Sihat Fri, 27 Jul 2018

Inilah Kenapa Anda Cepat Lupa Nama Orang Yang Baru Anda Kenal & Cara Mengingatinya

Malu betul kalau berjumpa balik, tapi tak ingat nama dia.

Featured Mon, 23 Sep 2019

Ini cara untuk kira berapa sudu gula yang ada dalam minuman anda

Bayangkan berapa banyak gula yang anda ambil!

Sihat Wed, 19 Jun 2019

Kenal pasti 9 tanda peranakan wanita jatuh dan bermasalah

Masalah ini bukan saja dialami wanita bersalin tetapi juga anak dara!

Featured Wed, 6 May 2020

KKM pantau 3 kumpulan sasar termasuk warga asing

Pemantauan elak penularan baharu

Sihat Fri, 24 Aug 2018

Hidung Tiba-Tiba Berdarah, Ini Langkah Yang Betul Perlu Anda Buat!

Epistaksis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pendarahan di bahagian hadapan dan pendarahan di bahagian belakang hidung.

Sihat Tue, 9 Jul 2019

5 cara tangani migrain ketika di tempat kerja

Jika teruk sangat, kerja anda tidak boleh diteruskan!