Sihat By: Ad Ops March 8, 2019 @ 3:00pm

Cara berkesan untuk rawat masalah bayi sembelit, jangan biar si manja merana!

Pernahkah bayi anda mengalami masalah sembelit? Memang kesian melihat mereka menangis kerana perut sakit dan tidak selesa, malah ibu bapa juga pasti berasa susah hati. Bayangkan kita yang dewasa pun terkesan dengan masalah berkenaan, apatah lagi bayi yang masih kecil.

sembelit

Foto: Mothercare

Kebiasaannya, bayi akan mula mengalami masalah sembelit pada usia enam bulan ke atas apabila mereka mula mengambil makanan pejal. Peralihan dalam sistem tubuh badan itu merupakan antara faktor bayi mengalami sembelit. Usus bayi akan terkejut apabila mereka mula diberi makanan pejal.

Antara simptom bayi yang mengalami sembelit adalah:

1. Bayi tidak membuang air besar selama beberapa hari dan kemudian mempunyai najis yang keras.

2. Wajah bayi tampak berubah ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut. Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras dan berketul-ketul.

Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar dan bayi berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.

bayi sembelit

Foto: Bounty

3. Terdapat garis-garis darah merah pada najis bayi. Perkara ini berlaku kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan boleh menyebabkan dinding dubur luka.

4. Selain itu, perut keras juga boleh menjadi tanda sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi cepat berasa kenyang dan tidak mahu makan. Kehilangan selera pada bayi mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya.

Rawatan sembelit bagi bayi:

1. Tukar susu

bayi sembelit

Foto: Egypt Business Directory

Jika bayi anda sembelit walaupun diberi susu ibu, anda mungkin perlu menyeimbangi pengambilan makanan anda kerana bayi mungkin sensitif terhadap sesuatu yang anda makan sehingga mengakibatkan si kecil sembelit.

Bagi bayi yang diberikan susu formula, alahan terhadap bahan-bahan tertentu yang terkandung dalam susu formula mungkin boleh menyebabkan sembelit. Jadi, anda perlu menukar kepada susu yang lain.

2. Puri

bayi sembelit

Foto: Kidspot

Jika anda baru cuba untuk memberi bayi anda makanan pejal, apa kata anda cuba beri dalam bentuk puri. Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti brokoli, pir, prun dan pic mempunyai banyak serat semula jadi yang akan membantu pembuangan najis bayi anda.

3. Air

Foto: wikihow.mom

Penghidratan yang betul adalah penting untuk melancarkan proses membuang air besar. Air dan susu sangat baik untuk mengelakkan bayi anda daripada terhidrat.

4. Jaga pemakanan

Kurangkan memberi bijirin yang diproses atau nasi, sebaliknya cuba beri barli, oat atau quinoa kepada bayi anda. Roti atau biskut bijirin penuh juga dapat membantu mengatasi sembelit.

5. Urutan

Selain melakukan banyak pergerakan fizikal seperti merangkak dan menggerakkan kaki seperti mengayuh basikal, ibu bapa boleh melakukan urutan lembut pada bahagian perut dan bawah perut bayi untuk merangsang pergerakan usus. Urut perut bayi dengan pergerakan bulatan mengikut pusingan jam sebanyak 30 kali dalam beberapa minit dan ulangi rutin itu beberapa kali sehari.

6. Ubat-ubatan

Anda juga boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai rawatan yang sesuai untuk masalah sembelit dialami oleh bayi anda.

Sumber: Hello Doktor dan the Asianparent Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 28 Nov 2019

Daun mangga mampu meredakan pelbagai penyakit

Baik untuk diamalkan pesakit diabetes!

Featured Sun, 14 Jun 2020
Featured Thu, 7 May 2020
Featured Mon, 18 Jun 2018

Jangan Guna Putik Kapas Kalau Bersihkan Tahi Telinga. Bahaya!

Putik kapas akan menolak sisa-sisa tahi telinga yang terkumpul ditolak lebih dalam sehingga ke kawasan rongga paling dalam.

Featured Thu, 20 Feb 2020

Bahaya serangan jantung, ketahui tanda-tanda sakit jantung sebelum terlambat

Ambil tahu kerana ia boleh menyebabkan kematian!

Featured Thu, 26 Mar 2020
Sihat Tue, 16 Apr 2019

Bolehkah wanita bersenam sewaktu hamil? Ini jawapannya

Tekanan sewaktu bersalin akan berkurangan.

Sihat Fri, 4 Oct 2019
Sihat Wed, 25 Mar 2020
Featured Tue, 2 Jul 2019

Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Anda pun boleh jadi sepertinya!