Sihat By: Ad Ops February 1, 2019 @ 2:00pm

Cara terbaik untuk mengelakkan parut terbentuk pada kulit anda

Selalunya bila kulit anda terluka, kudis akan terbentuk. Lambat-laun ia berpotensi untuk bertukar menjadi parut. Terjejaslah rupa kulit anda nanti!

Menurut Dr Debra Jaliman daripada Akademi Dermatologi Amerika, warna parut bergantung pada seteruk mana kecederaan yang dialami itu.

Inilah sebabnya anda perlu merawat luka itu secepat mungkin sebelum ia bertukar menjadi kudis.

“Lebih teruk trauma ini terhadap kulit, lebih banyak masa yang diperlukan bagi luka itu untuk pulih, dan lebih tinggi kebarangkaliannya untuk anda mendapat parut yang ketara,” katanya.

Kadangkala parut akan timbul juga kerana beberapa sebab seperti faktor genetik atau saiz dan kedalaman luka.

Tetapi panduan di bawah ini boleh membantu mengurangkan impaknya atau mengekalkan kebersihan luka anda.

Krim pelembap

Dr Debra berkata anda patut pastikan kawasan luka kekal lembap dan terhidrat. Dengan adanya pelindunganini untuk mengekalkan kelembapan kulit, kebarangkalian anda mendapat parut yang ketara akan berkurangan.

Akademi Dermatologi Amerika mengesyorkan anda membersihkan luka ini setiap hari, menyapu jeli petroleum padanya dan menutupinya dengan pembalut (bandage) yang perlu ditukar setiap hari.

Selain pembalut, Dr Debra juga gemar menutupi luka dengan kepingan jel silikon untuk mengekalkan kelembapannya dan mengurangkan keradangan atau kemerahan.

Foto: Reader’s Digest

Ubat pencegah jangkitan kuman

Dr Joshua Zeichner, seorang pengarah kajian kosmetik dan perubatan, menyarankan anda menyapu luka yang sudah dibersihkan dengan krim antibiotik seperti bacitracin.

Katanya, cara berkenaan dapat melindungi luka terbuka itu daripada faktor persekitaran dan membunuh bakteria pada kulit, dan akhirnya mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Jika anda membiarkan kulit terdedah, inilah masanya kudis akan terbentuk. Apabila ini berlaku, Dr Joshua berkata, anda patut membiarkan ia timbul dan jatuh dengan sendiri.

“Jika anda cuba menyentuh dan mencabutnya, ada kemungkinan keradangan atau jangkitan akan terjadi. Ada potensi yang mana parut yang lebih teruk akan terbentuk,” katanya.

Penjagaan teliti

Namun begitu, rawatan penjagaan kudis adalah sama seperti rawatan luka. Pastikan kawasan itu lembap dan terhidrat dengan menggunakan jeli petroleum atau kepingan jel silikon, atau tutupinya dengan pembalut luka.

Jika anda tetap mendapat parut, ada pelbagai cara untuk menghilangkannya. Satu daripadanya ialah kepingan jel silikon yang anda boleh gunakan untuk menipiskan parut yang timbul dan melicinkan semula kulit. Vitamin A di dalamnya mampu menggalakkan penghasilan sel kulit baharu.

Jika parut itu berada pada muka anda, Dr Debra berkata, asid salisilik boleh menghilangkan rupa parut dengan menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan tekstur kulit.

Selain itu, beliau juga mencadangkan penggunakan asid glikolik yang menggalakkan pertumbuhan sel baharu.

Foto: piggypa/ iStock

Jangan berputus asa

Bagaimanapun, anda perlu faham yang bukan semua parut boleh dielakkan atau dihilangkan. Tetapi panduan yang dikongsikan di atas boleh membuatkan anda rasa lebih selesa dan memastikan luka anda kekal bersih dan sihat.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 14 Nov 2018

Anda Suka Korek Hidung? Ketahui Kenapa Tabiat Ini Boleh Membahayakan Kesihatan

Kalau tak berhati-hati, tabiat ini boleh membawa padah.

Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Sihat Sun, 24 Jun 2018

Tak Selesanya Ada Ketuat, Ini Dia 3 Petua Menghapuskannya

Ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.

Sihat Tue, 30 Apr 2019
Gaya Hidup Tue, 15 Oct 2019

Apakah jenis kulit muka anda dan cara mengetahuinya?

Antara ciri-ciri untuk mengenalpasti jenis kulit anda

Sihat Mon, 16 Jul 2018

Suka Berselfie, Anda Mungkin Pengidap Sakit Mental. Hah Betul Ke?

Pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.

Sihat Mon, 3 Dec 2018

Doktor Ini Kongsi 10 Tip Penjagaan Luka Berkhatan

Perlu jaga dengan betul kalau tak nanti bentan!

Sihat Thu, 12 Jul 2018

Anda Lambat Hamil? 4 Faktor Ini Adalah Penyebabnya

Perlu tahu faktor ini yang menyebabkan anda lambat hamil!

Sihat Fri, 27 Apr 2018

Perhatian Buat Peminat Telur Separuh Masak. Hati-Hati Dengan Kuman Ini!

Awas! Bagi anda yang suka makan telur separuh masak!