Sihat By: Yanie Baharom August 15, 2018 @ 7:04pm

Cuaca Panas Lit Lit Melanda Negara, Anda Berkemungkinan Terdedah 6 Gejala Penyakit Ini

Kesihatan tubuh badan seseorang bukan saja diukur dari segi pengambilan makanan, tetapi juga pengaruh cuaca harian.

Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika. Namun begitu peningkatan Indeks Kecemaran Udara (API) 47 dan 42 yang melanda Pulau Pinang membabitkan lokasi Balik Pulau dan USM, sementara tahap API sederhana dicatat di Seberang Jaya (52) dan Perai (54).

Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada peningkatan kedatangan pesakit ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi.

Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.

Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh;

  • Pakaian yang pelbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
  • Kumpulan umur
  • Kecergasan individu

Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk;

  • Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
  • Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
  • Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
  • Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
  • Strok akibat dari panas (heat stroke)
  • Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas

Bagaimanakah saya mengetahui yang saya menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas?

Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk;

Foto: Tribunnews.com

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Tumpuan lemah
  • Pening
  • Lemah otot–otot badan atau kekejangan
  • Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan koma (tidak sedarkan diri).

Apakah keadan yang paling teruk boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas?

  • Strok panas boleh menyebabkan maut
  • Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati
    Kumpulan Berisiko

Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas?

Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk;

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
  • Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  • Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
  • Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
  • Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari penyejatan/pengeringan peluh.

Pencegahan

Perlu

Foto: GueSehat

  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar

Jangan/tidak perlu

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas

Sumber: MyHealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

Featured Sat, 28 Mar 2020

44 kes positif COVID-19 sembuh dan dibenarkan pulang

Rekod harian tertinggi dicatatkan

Featured Mon, 20 Apr 2020
Sihat Thu, 5 Mar 2020

Nak gigi anak cantik, ini rutin penjagaannya

Rajin-rajin gosok gigi anak

Featured Wed, 1 Apr 2020

Ingin kurus dan langsing, jom QuaranTeam cara Che’ Puan Khaleeda

Bentuk badannya jadi inspirasi wanita di luar sana

Sihat Tue, 4 Dec 2018

Periksa Perubahan Mata Anak Anda, Kanser Retinoblastoma Boleh Menyebabkan Mereka Buta!

Kanak-kanak merupakan golongan yang terdedah dengan kanser ini.

Sihat Thu, 14 Nov 2019
Featured Tue, 26 Nov 2019

Rawatan baharu bagi pesakit kanser payudara

Kajian Novartis bantu pesakit nikmati kehidupan bermutu

Featured Mon, 23 Mar 2020

Senaman ringkas untuk bahu elak tekanan akibat duduk terlalu lama

Sesiapa sahaja boleh lakukan 4 langkah mudah ini

Featured Mon, 3 Sep 2018

eBay ‘Remove’ Produk Pemutihan Gigi Daripada Terus Dijual Kerana Mengandungi Bahan Penyebab Kanser

Produk tersebut mengandungi sehingga 44% carbamide peroxide dan 9% hydrogen peroxide.