Sihat By: Yanie Baharom November 28, 2019 @ 3:46pm

Daun mangga mampu meredakan pelbagai penyakit

Jarak di antara kawasan penempatan dan bandar, keadaan hidup yang daif selain tiada kemudahan pengangkutan awam, antara punca mengapa masyarakat dahulu mengamalkan perubatan tradisional khususnya yang boleh diperoleh dari alam sekitar seperti herba dan ulam.

Penggunaan ubat yang dihasilkan daripada sumber semula jadi tidak mengandungi kandungan campuran, namun mempunyai manfaat yang luar biasa.

Berbanding perubatan moden yang membabitkan penyelidikan secara saintifik, perubatan tradisi pula lebih kepada pemerhatian.

Begitupun, kebanyakan ubat moden hari ini dihasilkan daripada alam semula jadi yang diproses berdasarkan kajian saintifik bagi memastikan hasil yang lebih berkesan. 

Foto: afproduce

Antara amalan tradisi yang mempunyai manfaat luar biasa ialah daun mangga. Buahnya lazat dan manis, manakala yang masam pula dimakan bersama-sama pencecah memang amat menyelerakan!

Masyarakat dulu mengambil daun mangga untuk digunakan bagi merawat pelbagai masalah kesihatan, malah daun mangga antara produk yang dijual di eBay.

Nak tahu apa manfaat daun ini pada kesihatan, teruskan membaca!

1. Menurunkan Tekanan Darah

Pesakit hipertensi disarankan untuk menjaga tekanan darah agar tetap stabil. Antara cara menstabilkan tekanan darah adalah dengan meminum air daun mangga secara konsisten. Selain itu, kandungan dalam daun mangga membantu menguatkan pembuluh darah dan merawat masalah saraf.

2. Meringankan Batuk dan Demam

Batuk dan demam adalah penyakit yang biasa dialami sesiapapun setiap tahun lebih-lebih lagi pada musim panas atau hujan. Kedua-dua penyakit ini berpunca daripada udara yang kotor dan tidak stabil.

Untuk mengurangkan kesan bahaya penggunaan bahan kimia yang terdapat dalam ubat, seseorang perlu mengimbanginya dengan cara alami dengan menggunakan daun mangga. Caranya cukup mudah iaitu minum air rebusan daun mangga.

3. Mengubati Diabetes

Daun mangga dipercayai sangat bermanfaat untuk mengubati kencing manis atau diabetes. Daun pohon mangga mengandung tanin yang disebut anthocyanidins, yang membantu dalam mengubati diabetes tahap awal.

Daunnya dikeringkan dan dijadikan serbuk untuk mengubati diabetes. Rendam daun mangga yang sudah dijadikan serbuk dalam secawan air semalaman. Tapis dan minum air ini untuk membantu meringankan gejala diabetes

ARTIKEL BERKAITAN: Guna Air Garam Untuk Kurangkan Masin Ikan Kering? Eh Pelik!

4. Mengurangkan Penyakit Asthma

Debu, kotoran, asap kendaraan dan rokok membuatkan kualiti udara menurun. Daun mangga baik untuk semua jenis masalah pernafasan, terutama pesakit yang menderita penyakit berkaitan paru-paru seperti bronkitis dan lelah.

Caranya, minum air daun mangga yang dihasilkan dengan merebus daun mangga dalam air bersama-sama sedikit madu. Cara ini membantu untuk menyembuhkan batuk secara efektif.

Dikatakan ramai penyanyi mengamalkan petua ini kerana ia boleh membantu menyembuhkan masalah suara hilang atau serak.

5. Mengatasi Gangguan Perut

Jika anda selalu mengalami masalah sakit perut, mungkin kerana sensitif pada makanan pedas, lambat makan, masuk angin dan sebagainya, anda bolehlah mengamalkan minuman air rebusan mangga.

Cara penyediaannya mudah saja, masukkan beberapa daun mangga dalam air suam, tutup periuk dan biarkan semalaman. Keesokan paginya tapis air dan minum dengan perut dalam keadaan kosong. Air daun mangga ini mampu berfungsi sebagai tonik perut yang baik dan membantu mencegah pelbagai penyakit perut.

Semua petua yang dikongsi ini tidak susah untuk dilakukan, justeru jangan lupa mencubanya mana tahu ianya bermanfaat buat kamu!

ARTIKEL BERKAITAN: Ingin Perut Kempis Tanpa Bersenam? Ini Petuanya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 1 Feb 2019

Cara terbaik untuk mengelakkan parut terbentuk pada kulit anda

Sebelum terbentuk, amalkan teknik penjagaan kulit yang betul.

Featured Sat, 11 Apr 2020
Featured Mon, 1 Jul 2019

Ulam bawa kebaikan seribu khasiat

Dah tahu kebaikannya, jadi masukkan ia ke dalam senarai menu utama!

Featured Wed, 1 Apr 2020

Ingin kurus dan langsing, jom QuaranTeam cara Che’ Puan Khaleeda

Bentuk badannya jadi inspirasi wanita di luar sana

Featured Wed, 21 Aug 2019

Badan kurang air? Jangan minum air banyak ketika perut kosong

Penat saja minum tetapi tiada manfaatnya.

Sihat Thu, 10 May 2018

8 Waktu Yang Sesuai Untuk Minum Air Putih Kalau Anda Nak Kuruskan Badan

Minum air putih juga dapat bantu anda untuk kurus! Tapi, perlu minum ikut waktu yang betul ya.

Sihat Mon, 25 Jun 2018

Anda Ketagih Minuman Kafein? Ini Cara Untuk Hentikannya

Minum kopi ada kebaikannya tapi kalau terlalu banyak, ia boleh memudaratkan kesihatan.

familuv Wed, 30 Oct 2019

Ketahui tanda anak anda sedang mengalami kemurungan

Jangan abaikan realiti tentang penyakit mental dalam kalangan remaja di Malaysia

Sihat Wed, 23 May 2018

Sedapnya Minuman Untuk Ibu Hamil, Confirm Bayi Sihat Dan Kulit Pun Cantik

Dalam usaha mendapatkan kandungan yang sihat dan sempurna, proses penjagaan bermula seawal pra kehamilan.

Sihat Sat, 28 Sep 2019