Sihat By: tex_admin September 20, 2018 @ 2:00pm

Hati-Hati Para Ibu Hamil, Sakit Gigi Boleh Menyebabkan Keguguran Janin!

Mungkin nampak macam tak penting, tapi sebenarnya kebersihan gigi perlu dititik beratkan oleh setiap ibu hamil. Ini kerana, semasa hamil tubuh anda memerlukan penjagaan yang rapi kerana hormon kehamilan akan membuatkan anda melalui banyak perubahan. Termasuklah gigi!

Sekiranya kurang penjagaan pada bahagian gigi dan gusi, anda terdedah dengan masalah sakit gigi semasa sedang hamil. Akibatnya bukan sahaja ditanggung oleh ibu saja, malah bayi dalam kandungan turut menerima kesan buruk.

Untuk pengetahuan anda, perubahan dan peningkatan hormon semasa hamil akan menyebabkan tubuh bertindak balas dengan plak, iaitu lapisan bakteria yang ada pada gigi. Oleh itu, amat mudah untuk ibu hamil mendapat sakit gigi jika kebersihan gigi tidak dijaga dengan baik.

Foto: Doktor Id

Sistem imunisasi ibu hamil juga akan lemah apatah lagi jika ibu mengalami sakit gigi berserta jangkitan batuk ataupun demam.

Proses jangkitan yang dialami pada badan ibu bukan saja akan melemahkan ketahanan tubuhnya, bahkan boleh menyebabkan bakteria yang menyerang gigi merebak kepada janin anda! Ini antara risikonya:

1. Ibu hamil yang mengalami sakit gigi berisiko mendapat keguguran.

2. Kelahiran bayi pramatang.

3. Bayi mati dalam perut.

4. Bayi yang lahir juga akan mengalami masalah kurang berat badan.

Oleh itu, penulis kongsikan cara penjagaan gigi semasa hamil yang perlu anda praktikkan. Ikuti langkah-langkah ini:

1. Teruskan amalan penjagaan gigi semasa hamil.

2. Patuhi amalan kebersihan oral untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah kesihatan mulut dan gigi.

3. Kurangkan makan makanan yang manis. Anda perlu menggosok gigi setiap kali selepas mengambil makanan manis.

4. Amalkan diet yang sihat dan seimbang. Gigi pertama bayi anda akan mula tumbuh semasa 3 bulan pertama kehamilan. Jadi, ambillah makanan yang mengandungi produk tenusu, keju dan yogurt yang amat baik untuk penghasilan gigi, gusi dan tulang yang sihat. 

5. Jika perlu mendapatkan rawatan gigi, berjumpalah dengan doktor obstetrik anda dahulu. Doktor akan memberikan nasihat tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh ibu hamil termasuklah dari segi ubat-ubatan semasa rawatan gigi.

6. Beritahu doktor gigi anda tentang kehamilan anda terutamanya jika anda masih lagi berada di trimester pertama. Doktor akan memberi nasihat tentang rawatan yang selamat untuk ibu hamil.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Majalah PaMa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Jan 2020
Featured Fri, 28 Jun 2019
Sihat Sun, 10 Feb 2019

Selesema berpanjangan mungkin tanda anak anda dijangkiti influenza

Influenza boleh memudaratkan kanak-kanak kecil

Featured Fri, 2 Aug 2019

5 bahan makanan ini dapat lindung anda daripada kesan jerebu

Selain topeng muka, makanan pun boleh bantu.

Sihat Tue, 11 Jun 2019

5 fakta penting mengenai pneumonia yang anda perlu tahu

Pneumonia ialah radang paru-paru yang mengambil nyawa jutaan orang di seluruh dunia.

Featured Mon, 23 Mar 2020

Senaman ringkas untuk bahu elak tekanan akibat duduk terlalu lama

Sesiapa sahaja boleh lakukan 4 langkah mudah ini

Sihat Thu, 22 Aug 2019

10 tanda gadis sudah tidak perawan

Keperawanan seorang gadis adalah lambang harga diri

Acara Thu, 12 Dec 2019
Sihat Wed, 10 Apr 2019

Mengembara dengan menaiki pesawat bagi ibu hamil. Selamat atau tidak?

Risiko keguguran berkurangan apabila kandungan mencecah usia 28 hingga 30 minggu.