Sihat By: Yanie Baharom September 13, 2018 @ 5:54pm

Hilangkan Rupa Urat Biru Yang Timbul Pada Permukaan Kulit Dengan 4 Petua Semulajadi Ini

Cuba lihat kaki anda sekarang. Ada atau tidak urat berwarna biru yang timbul di permukaan kulit?

Jika ada, itu bermakna anda mengalami masalah darah tersumbat di bahagian pembuluh darah atau vena yang dinamakan Vena Varikos.

Ini adalah istilah yang digunakan apabila fenomena ini berlaku di kaki terutamanya bagi wanita hamil. Pada asasnya vena varikos berpunca daripada peningkatan tekanan darah di dalam vena yang terlalu tinggi.

Ini menyebabkan kerosakan pada sistem injap vena serta melemahkan dinding vena hingga vena yang bergelembung dan berpintal terhasil.

Pada kebiasaannya, Vena Varikos berlaku pada sistem vena luaran (saphenous vein) di salah satu atau kedua-dua belah kaki.

Vena Varikos yang masih di peringkat awal boleh dihilangkan dengan menggunakan bahan alami (semulajadi).

Di sini kami kongsikan tip untuk menghapuskan urat timbul di kaki ketika hamil.

1. Bawang Putih

Foto: Hovid Nutriworld

Belah beberapa ulas bawang putih dan tenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

2. Ragi

Foto: Archana’s Kitchen

Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.

3. Asam jawa

Fotp: Viva

Campur sedikit asam jawa dan air dan kacau hingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

4. Kacang hijau

Foto: Women Online Magazine

Rebus kacang hijau. Minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki, 10 minit sebelum tidur.

Sumber: Sinar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 29 Oct 2019
Sihat Mon, 17 Dec 2018

7 Tanda Tahap Kolesterol Dalam Badan Anda Tinggi

Kolesterol wujud dalam tubuh badan kita adalah disebabkan faktor pemakanan ataupun sejarah keluarga.

Sihat Tue, 15 Jan 2019

Bukan saja kedutan wajah semakin jelas, rupa bentuk vagina juga berubah!

Perubahan vagina adalah sesuatu yang normal berlaku kepada wanita

Featured Fri, 5 Oct 2018

Fahami Perbezaan Jenis Gula, Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Untuk Tubuh Anda

Gula jenis fruktosa adalah yang paling asli dan berupaya membekalkan tenaga dan sangat menyihatkan tubuh.

Sihat Thu, 28 Jun 2018

5 Teknik Urutan Untuk Wanita Hamil Yang Gerenti Melegakan

Sekali-sekala wanita hamil perlu rehatkan badan mereka.

Featured Tue, 9 Jul 2019
Featured Fri, 15 Jun 2018
Sihat Tue, 10 Dec 2019
Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Featured Mon, 16 Mar 2020

5 tanda badan tidak cukup karbohidrat!

Jangan abaikan keperluan tubuh badan.