Sihat By: tex_admin October 8, 2018 @ 6:00pm

Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kanser Payudara

Tahukah anda bahawa kanser payudara merupakan kanser paling comman untuk wanita di Malaysia? Kanser payudara merupakan antara penyakit yang menghantui setiap insan bergelar wanita di seluruh dunia. Tiada wanita yang sanggup menanggung derita penyakit ini namun, jika sudah terkena ia bagaikan satu ujian besar bagi mereka.

Kita semua tahu bahawa kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita Malaysia! Tapi, sejauh mana anda mengetahui mengenai kanser payudara ini? 

Ini penulis senaraikan fakta-fakta penting yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara:

1. 1 dalam 20 orang wanita di negara ini akan mendapat kanser payudara dalam hayatnya.

2. Umur paling biasa didiagnos dengan kanser payudara ini adalah 40 hingga 49 tahun. Kalau ikut pada pecahan kaum, kaum Cina paling tinggi, diikuti kaum India dan seterusnya kaum Melayu.

3. Simptom paling kerap yang pesakit akan laporkan ialah ketulan di payudara. Menurut kajian, pesakit akan tunggu purata 3 bulan baru pergi mendapatkan rawatan. Jangan tunggu lama, nanti mudarat!

Foto: Snmemorialcancercentre.com

4. Terdapat pelbagai faktor yang akan meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara iaitu:

  • Kanser payudara dalam keluarga. (Faktor keturunan)
  • Terdedah pada radiasi seperti X-ray, radioterapi dan sebagainya.
  • Tidak mempunyai anak.
  • Datang haid pada umur kurang dari 12 tahun.
  • Putus haid pada umur melebihi dari 55 tahun.
  • Penggunaan pil perancang.
  • BMI lebih dari 25.
  • Minum alkohol.
  • Tidak bersenam.

5. Kenal pasti kanser payudara dengan lebih awal dengan mengamalkan pemeriksaan payudara secara manual (sendiri) untuk mengesan ketulan. Jika umur anda melebihi 50 tahun, jalani pemeriksaan mammogram

6. Ketulan bukan sahaja di payudara, di ketiak juga boleh menunjukkan kanser payudara dan jika ada, mungkin tanda tahap yang lebih teruk. 

7. Pembedahan merupakan rawatan yang paling berkesan untuk kanser payudara. Sama ada mastectomy (buang payudara yang berkanser) atau brest conserving surgery (untuk ketulan kecil dan kanser tahap awal).

8. Kanser payudara ini jika dapat dikesan dan dirawat pada peringkat awal ia akan menyelamatkan nyawa anda. 

9. Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara.

Jadi, sempena bulan Kesedaran Kanser Payudara ataupun Pinktober ini anda seharusnya sedar akan penyakit ini dan sentiasa membuat pemeriksaan berkala setiap bulan. Sayangi diri anda!

Sumber: Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 21 Nov 2018
Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Sun, 19 Apr 2020
Sihat Mon, 13 Aug 2018

Kalau Nak Jantung Kekal Sihat, Makan 5 Jenis Makanan Ini

Sila jaga jantung anda dari sekarang!

Sihat Fri, 21 Sep 2018

Rasa Lenguh Setelah Duduk Di Meja Pejabat Berjam-Jam? Amalkan 11 Senaman Regangan Ini

Tak perlu bangun, ketika duduk pun anda boleh bersenam.

Sihat Fri, 3 Aug 2018

5 Kesilapan Lazim Apabila Anda Menimbang Berat Badan Sendiri

Alat penimbang berat memang akan jadi best friend anda jika anda mahu kuruskan badan.

Featured Fri, 20 Mar 2020
Sihat Sat, 28 Sep 2019