Sihat By: Ad Ops January 16, 2019 @ 1:31pm

Inilah apa yang anda perlu tahu mengenai jangkitan rabies atau anjing gila

Baru-baru ini, mukim Taiping dan Bukit Gantang di Perak telah diwartakan sebagai kawasan jangkitan ‘rabies’ atau anjing gila. Tahun lalu, jangkitan rabies juga dilaporkan banyak berlaku di Sarawak.

Walaupun anda tidak menetap di situ, apa salahnya jika anda ambil tahu serba sedikit mengenai gejala penyakit tersebut.

Jangkitan penyakit anjing gila boleh mendatangkan maut jika anda dijangkiti. Langkah berjaga-jaga patut diambil bagi mengelakkan perkara yang memudaratkan kelak.

Apa itu rabies?

Rabies atau jangkitan anjing gila adalah sejenis penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus merbahaya.

Ia merebak melalui air liur haiwan yang dijangkiti. Manusia selalunya berpotensi untuk dijangkiti virus ini apabila digigit.

Dalam sesetengah kes, rabies boleh merebak apabila air liur haiwan yang berjangkit memasuki luka terbuka atau membran bermukus seperti mulut dan mata manusia.

Sebaik saja seseorang itu mula menunjukkan tanda-tanda dijangkiti rabies, kebarangkalain jangkitan itu membawa maut agak tinggi! Oleh sebab ini, sesiapa yang berisiko patut mendapatkan suntikan vaksin sebagai perlindungan.

Di negara membangun seperti di Asia Tenggara, haiwan yang biasanya dijangkiti adalah anjing liar.

Foto: New York Times

Gejala 

Petanda awal bagi jangkitan rabies boleh dikatakan serupa dengan selesema dan boleh bertahan untuk beberapa hari.

Gejala berikutnya:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Rasa loya
  • Muntah
  • Rasa gelisah dan risau
  • Kebingungan
  • Hiperaktif
  • Susah untuk menelan
  • Banyak air liur terbentuk
  • Rasa takut dengan air kerana kesusahan untuk menelan
  • Halusinasi
  • Insomnia
  • Lumpuh separuh badan

Rawatan

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda digigit oleh mana-mana haiwan, ataupun jika anda terdedah kepada haiwan yang disyaki berjangkit.

Jika anda digigit, cepat-cepat cuci bahagian yang terkena dengan air dan sabun untuk menghilangkan air liur haiwan yang dijangkiti.

Kemudian rujuk kepada nasihat doktor. Berdasarkan kecederaan dan situasi yang anda alami, dia boleh menentukan jika anda perlu menerima rawatan untuk mengelakkan rabies daripada berjangkit.

Jika anda tidak pasti sama ada anda atau sesiapa yang anda kenal telah digigit, rujuk saja kepada doktor. Tidak salah jika anda hanya ingin berhati-hati.

Foto: DogsAholic

Cara pencegahan

  • Bagi mengurangkan risiko, sebaik-baiknya berikan suntikan vaksin kepada haiwan peliharaan anda
  • Tanya doktor haiwan berapa kerap ia perlu diberi vaksin
  • Kurung haiwan peliharaan anda
  • Haiwan peliharaan anda boleh dijangkiti virus itu jika haiwan yang berjangkit menggigitnya. Jadi jangan biarkan ia bertemu dengan haiwan liar
  • Laporkan kepada pihak berkuasa jika ada hawan liar di kawasan rumah anda
  • Jangan mendekati haiwan liar. Haiwan liar yang berjangkit selalunya tidak takut dengan manusia, dan ini dikira tidak normal.
  • Pertimbangkan pengambilan suntikan vaksin rabies jika anda akan melancong ke luar negara.

Sumber: Mayo Clinic, Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Feb 2020
Sihat Fri, 20 Jul 2018

11 Tanggapan Salah Tentang Kutu Kepala & Info Tepat Yang Anda Perlu Tahu

“Kutu boleh melompat dari kepala ke kepala” Hmm… Betul ke?

Sihat Fri, 29 Jun 2018

11 Tanda-Tanda Halus Yang Menunjukkan Anda Mungkin Menghidap Kanser

Sentiasa alert sebab mungkin ada tanda-tanda yang anda tak perasan!

Sihat Mon, 29 Oct 2018

Jangan Ambil Mudah Tentang Penyakit Beguk, Ia Mudah Berjangkit!

Penyakit berjangkit melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak.

Sihat Tue, 11 Jun 2019

5 fakta penting mengenai pneumonia yang anda perlu tahu

Pneumonia ialah radang paru-paru yang mengambil nyawa jutaan orang di seluruh dunia.

Sihat Fri, 20 Mar 2020
Sihat Thu, 28 Nov 2019

Daun mangga mampu meredakan pelbagai penyakit

Baik untuk diamalkan pesakit diabetes!

Featured Thu, 19 Mar 2020

China berjaya kekang COVID-19, tiada kes domestik baharu

Perintah berkurung dillaksanakan berkesan!

Sihat Mon, 16 Jul 2018

Suka Berselfie, Anda Mungkin Pengidap Sakit Mental. Hah Betul Ke?

Pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.