Sihat By: Ad Ops November 28, 2018 @ 1:00pm

Inilah Rutin Diet Yang Diamalkan Oleh Artis K-Pop, Patutlah Kurus Kering!

Selain daripada muziknya yang berbunyi riang, industri K-Pop memang dikenali dengan artis-artisnya yang nampak perfect di mata.

Bagi yang perempuan, mereka mesti nampak manis dan cantik. Bila dia kenyit mata, orang lelaki mesti cair. 

Tapi selain rupa muka, potongan badan mereka pun mesti menawan! Jika anda perasan, tak ada rasanya artis K-Pop yang berbadan montel.

Malangnya itulah standard yang telah ditetapkan. Selebriti wanita di Korea mesti kurus-kurus untuk menarik perhatian orang ramai.

Jadi untuk mencapai potongan badan yang perfect ini, mereka terpaksa berdiet habis-habisan serta bersenam setiap hari. Tiada alasan yang akan diterima.

Fakta menarik! Ketika mereka sedang training untuk menjadi K-Pop star, setiap pelatih perlu melalui sesi-sesi di mana berat badan mereka akan ditimbang dan direkod. Jika ada penambahan, mereka akan dikenakan hukuman. Kesian!

Tak apalah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Keuntungan yang mereka dapat setelah berjaya menjadi artis K-Pop nanti gerenti berbaloi.

Kalau anda teringin nak jadi kurus macam mereka, jom pelajari tentang diet harian yang biasa diamalkan oleh artis K-Pop. 6 penyanyi di bawah ini ada kongsikan tip-tip diet.

Seolhyun (dari kumpulan AOA)

Foto: Spao

Wanita ini memang famous sebagai salah seorang artis K-Pop paling seksi. Kalau anda tengok bentuk badannya, anda mesti setuju. Tapi dulu dia pernah kata yang dia suka makan jadi dia tak tahu kenapa dia jadi artis K-Pop akhirnya.

Walaupun begitu, bila dia perlu berdiet dia akan pastikan dia menjauhi makanan berkalori tinggi. Sebaliknya dia hanya makan ubi keledek, dada ayam, telur dan tomato. 

Eunji (dari kumpulan Apink)

Foto: Koreaboo

Sebelum dia menjadi artis, berat wanita ini adalah sebanyak 62kg. Tapi dengan senaman dan diet yang efektif, dia berjaya turunkan 15kg!

Rahsianya adalah mengelak daripada memakan snek pada waktu lewat malam dan makanan berkalori tinggi, serta bersenam secara intensif menerusi boxing dan angkat berat. 

Luna (dari kumpulan f(x))

Foto: International BNT

Dulu dia digelar sebagai ahli kumpulan yang tembam tapi dia telah berjaya membuat transformasi melalui diet dan senaman.

Untuk sarapan, dia akan makan keju dan telur manakala untuk makan malam, hanya sayur. Bila dia sedang bersiap sedia untuk persembahan lagu terbaru, dia akan makan strawberi, tomato dan sos epal. Jika dia perlu turunkan sedikit berat, dia akan minum campuran air, teh hijau dan lemon. 

Umji (dari kumpulan GFriend)

Foto: AKIII Classic

Wanita comel ini disebut-sebut oleh ramai netizen kerana dietnya yang menemui sukses. Bila ditanya apalah rahsianya, dia berkata dia hapuskan semua ramuan karbohidrat daripada diet hariannya dan dia juga bersenam setiap hari. 

Mina (dari kumpulan Gugudan)

Foto: Gugudan

Sejak kemunculannya dalam rancangan realiti Produce 101 hinggalah debut menerusi kumpulan Gugudan, Mina telah hilang 11kg.

Dia kata dia memandang cermin setiap hari untuk memantau prestasinya dan juga bersenam selalu. Dia langsung tak makan snek ketika berdiet dan tak gunakan apa-apa sos dressing ketika makan salad. 

JooE (dari kumpulan Momoland)

Foto: Kpopline.com

JooE pula mendapatkan potongan badan yang kurus dengan berpuasa secara berselang-seli (intermittent fasting). Ini adalah kaedah diet yang popular dalam kalangan orang Barat sekarang. Anda boleh makan apa saja tapi anda hanya ada 8 jam sehari untuk makan. 16 jam selebihnya anda kena puasa. 

Jadi, amacam? Anda rasa anda boleh ikuti rejim diet mereka?

Sumber: Koreaboo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Sat, 19 Oct 2019

Anak tidak cukup tidur? Ini cara untuk tahu

Jangan ambil mudah dengan waktu tidur anak anda

Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

Sihat Mon, 3 Dec 2018

Doktor Ini Kongsi 10 Tip Penjagaan Luka Berkhatan

Perlu jaga dengan betul kalau tak nanti bentan!

Featured Wed, 14 Nov 2018

14 Simptom Lazim Yang Menunjukkan Anda Menghidap Penyakit Kencing Manis

Sesetengah pesakit tak tahu pun mereka menghidap penyakit ini!

Sihat Wed, 6 Jun 2018

Perhatikan Perangai Anda Jika Anda Turut Mempunyai Ciri Sakit Jiwa Seperti Jonghyun

Peningkatan kadar kes bunuh diri sekarang ini bukanlah satu perkara yang boleh di ambil ringan lagi.

Sihat Mon, 13 Aug 2018

Kalau Nak Jantung Kekal Sihat, Makan 5 Jenis Makanan Ini

Sila jaga jantung anda dari sekarang!

Featured Wed, 1 Apr 2020

Ingin kurus dan langsing, jom QuaranTeam cara Che’ Puan Khaleeda

Bentuk badannya jadi inspirasi wanita di luar sana

Sihat Mon, 13 Aug 2018
Featured Sat, 8 Dec 2018

Manfaat Menggeliat Yang Anda Tak Tahu

Bila anda tahu manfaat ini, anda akan menggeliat dengan bergaya setiap hari!

| Live TV