Sihat By: Ad Ops August 14, 2018 @ 5:02pm

Internet Untuk Remaja Malaysia Akan Dihadkan Dari Pukul 12 Ke 6 Pagi Setiap Hari?

Salah satu isu yang membelenggu golongan muda-mudi di Malaysia sekarang ini adalah ketagihan terhadap penggunaan Internet.

Maklumlah, platform yang paling kerap mereka hadap adalah laman media sosial ataupun online gaming. Selain itu, macam-macam info yang boleh kita dapat dari Internet, termasuklah benda-benda yang tak elok.

Walaupun Internet ini sangat berguna dalam dunia teknologi kini, ramai remaja telah menyalahgunakan kemudahan ini hingga mereka jadi ketagih.

Oleh kerana itu, pihak kerajaan sekarang sedang cuba pertimbangkan jika mereka patut ikuti cara-cara yang dilaksanakan oleh kerajaan Jepun dan Korea Selatan.

Di negara-negara Asia Timur itu, akses Internet kepada individu di bawah umur 17 tahun dihadkan dari 12 malam ke 6 pagi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boom Chye berkata inisiatif ini adalah salah satu langkah-langkah yang sedang kerajaan kaji untuk membendung ketagihan terhadap online gaming dan penggunaan aplikasi media sosial dalam kalangan remaja di seluruh negara.

Foto: AFP

“Kerajaan sedang mengkaji sama ada ia boleh dilaksanakan di sini,” katanya.

“Sementara itu, ada pengeluar video game yang mencegah pengguna di bawah umur 17 tahun daripada bermain untuk sejam atau dua jam.

“Ini adalah antara cara-cara yang kami sedang kaji untuk memastikan yang ketagihan terhadap permainan video boleh dikawal,” kata Dr Lee.

Masalah mental

Langkah-langkah di atas adalah respon menteri ini di Dewan Rakyat kepada soalan sama ada ketagihan pada permainan video dan aplikasi media sosial boleh dikategorikan sebagai masalah mental.

Dr Lee berkata, sebuah kajian kesihatan yang dijalankan tahun lepas menunjukkan 34.9% daripada rakyat Malaysia yang berumur dari 13 ke 17 tahun menunjukkan tanda-tanda ketagih.

Kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ke atas trend penggunaan Internet pada tahun lepas menunjukkan yang 80% daripada 24.1 juta pengguna telah menggunakan Internet untuk media sosial.

“Ia juga menunjukkan bahawa seorang pengguna menghabiskan masa 4 jam sehari untuk melayari Internet,” kata Lee.

Foto: www.twiniversity.com

Tambahnya lagi, ketagihan terhadap permainan video dan aplikasi media sosial boleh memberikan impak yang negatif kepada individu, selain pembentukan tabiat.

Update terbaru oleh World Health Organisation (WHO) dalam Klasifikasi Penyakit Antarabangsanya mengatakan yang ketagihan terhadap permainan video disenaraikan sebagai sebuah penyakit kesihatan mental.

“Ketagihan media sosial pula sebelum ini pernah dikelaskan sebagai gangguan mental,” kata Lee lagi.

Jadi, untuk anda yang ada anak atau adik berumur remaja, perhatikan dan check jika dia ketagih atau tidak.

Sumber: New Straits Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Jun 2019
Featured Tue, 11 Feb 2020
Sihat Thu, 27 Sep 2018

Doktor Ini Jelaskan Esen Vanila Bukan Penawar Sakit Gigi! Hati-Hati Dengan Petua Di Internet

Esen vanila hanya kebaskan saraf saja, tapi ia tetap memudaratkan!

Featured Thu, 9 Apr 2020
Featured Fri, 18 May 2018

Penggunaan Benang Floss Memang Penting Untuk Kesihatan Gigi Tapi Jangan Guna Jenis Ini, Membahayakan!!

Walaupun kedua-duanya mempunyai kegunaan yang sama, cara penggunaannya adalah berbeza.

Featured Thu, 17 May 2018

12 Cadangan Hidangan Sahur Yang Sihat, Mudah Dan Bekalkan Tenaga

Tak ada idea nak bersahur dengan apa? Di sini ada beberapa cadangan mudah dan ringkas.

Featured Wed, 16 Nov 2022

Tunaikan Permintaan, Siti Nurhaliza Buat 44 Kali Tendangan Sempena…

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan permintaan jurulatih peribadi yang menyambut ulang tahun kelahiran.   View this post on Instagram   A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) Menerusi hantaran yang dikongsikan Siti […]

Sihat Thu, 22 Nov 2018
Featured Mon, 1 Jun 2020

Janna Nick kongsi senaman mudah untuk kecilkan paha

Jika dia berjaya, anda juga boleh!

Featured Wed, 13 May 2020