Sihat By: tex_admin December 6, 2018 @ 1:00pm

Jangan Abaikan Jika Ada Bonggol Pada Leher & Belakang Telinga!

Cuba anda periksa bahagian leher dan belakang telinga, ada atau tidak sebarang bonggol atau ketulan kecil? Jika ada, adakah sakit atau tidak? Jika tidak sakit dan anda perasan ianya semakin besar, segeralah berjumpa doktor!

Ini kerana, bonggolan tersebut mungkin tanda-tanda awal anda mengidap penyakit yang serius! Kalau anda nak tahu, bonggol yang muncul pada bahagian sekitar leher sering dikaitkan dengan penyakit kanser. 

Malah, keadaan bonggol yang tidak sakit dan semakin membesar mungkin boleh cenderung kepada simpton awal kanser seperti kanser kulit. Jika anda mengalaminya, cepat-cepat periksa ya!

Selain itu, bonggol tersebut juga berlaku disebabkan:

1. Kerosakan sistem limfa

Apabila sistem limfa dalam tubuh seseorang terjejas, saluran tersebut akan membengkak dan membesar. Kawasan yang bengkak tersebut mungkin akan dipenuhi bakteria dan segala toksin yang terperangkap dalam tubuh seterusnya menyebabkan kanser.

Foto: Berita-sulsel.com

2. Berpunca dari sel darah putih

Untuk pengetahuan anda, mana-mana bonggol yang ada pada bahagian bawah lengan, belakang leher dan sekitar celah kelengkang kaki juga boleh menjadi risiko pada kanser yang disebabkan sel darah putih dan ianya mempunyai hubung kait dengan sistem limfa.

3. Kelenjar tiroid

Tiroid ialah satu kelenjar di bahagian depan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan dan mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Disebabkan penyakit tiroid juga ia boleh menyebabkan tumbuhnya benjolan tertentu pada bahagian leher.

Foto: Sehatly

4. Kelenjar liur

Bonggolan pada leher juga berlaku kerana pembesaran kelenjar liur yang disebabkan adanya bakteria tertentu. Kelenjar ini juga boleh bertukar menjadi kanser!

Jadi, jangan tunggu lama-lama jika anda merasai ada bonggolan pada bahagian leher dan belakang telinga! Segera mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor. Mencegah awal lebih baik daripada mengubati!

Sumber: Wanista & Halosehat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 29 Mar 2019

These are the nutrient women need as they grow older

In their 20s, 30s, 40s, 50s and beyond.

Oh Lawa Tue, 8 Oct 2019

Bibir anda gelap? Ketahui puncanya

Dapatkan kembali bibir yang cerah!

Featured Sat, 30 May 2020

2 negeri dalam Zon Hijau kembali catat kes baharu positif COVID-19

Jangkitan membabitkan warganegara Malaysia

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Mon, 18 Nov 2019

MiyoSmart daripada Hoya bantu kanak-kanak atasi rabun jauh

Pentingnya mata mendapat cukup rehat!

Sihat Thu, 7 Nov 2019

3 langkah mudah kenal pasti strok

Akronim STR boleh selamatkan nyawa pesakit strok

Sihat Fri, 1 Feb 2019

Cara terbaik untuk mengelakkan parut terbentuk pada kulit anda

Sebelum terbentuk, amalkan teknik penjagaan kulit yang betul.

Sihat Sun, 27 Jan 2019
Featured Sat, 2 May 2020

Kejayaan memerangi COVID-19 bergantung pada kerjasama masyarakat

Kerajaan sudah memainkan peranan sepatutnya

Sihat Thu, 3 May 2018

Boleh Bersalin Normal Ataupun Tidak? Ketahui Apa Itu Kedudukan Bayi Songsang Dalam Kandungan

Jangan panik kalau disahkan kehamilan anda songsang. Sebaliknya, ketahui perkara-perkara ini.