Sihat By: Yanie Baharom August 1, 2018 @ 6:30pm

Jangan Terlalu Asyik Menghayati Suasana Rimba Sampai Terbawa Pulang 3 Penyakit Ini

Perkhemahan dalam hutan, jungle trekking atau hiking, menjadi hobi bagi sesetengah orang terutamanya bagi pencinta alam semulajadi yang menggelarkan diri mereka sebagai nature people.

Apatah lagi, status Malaysia sebagai negara yang kaya dengan hutan semulajadi justeru terdapat pelbagai tempat menarik untuk diterokai golongan yang disebutkan tadi.

Namun begitu, tahukah anda mengunjungi ke kawasan hutan berkemungkinan terdedah kepada penyakit berjangkit sekiranya langkah pencegahan tidak diambil?

Antara penyakit yang mungkin dijangkiti semasa mengunjungi kawasan tersebut adalah Leptospirosis, Malaria dan Melioidosis.

Foto: BT.com

1. Leptospirosis

Leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonotik (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia) yang disebabkan oleh bakteria Leptospira.

Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, tanah atau makanan yang dicemari dengan bakteria ini.

Pelbagai haiwan liar dan domestik boleh menjadi perumah kepada bakteria Leptospira. Antaranya adalah tikus, kucing, anjing, lembu, babi, arnab, kuda dan sebagainya.

Leptospirosis adalah endemik di negara beriklim tropika termasuk Malaysia.

2. Malaria

Malaria adalah penyakit bawaan vektor yang merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles biasanya pada waktu senja dan malam.

3. Melioidosis

Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Burkholderia pseudomallei yang hidup melata di dalam tanah. Manusia boleh dijangkiti penyakit ini melalui pendedahan kepada tanah dan air yang tercemar dengan bakteria tersebut.

Golongan yang lebih berisiko ialah mereka yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit hati, sakit buah pinggang, thalassemia, kanser atau lain-lain penyakit daya tahan badan (imuniti) yang rendah.

Tanda dan Gejala

Leptospirosis

Foto: MASKULIN

* Tempoh pengeraman: 2 hingga 30 hari (anggaran 10 hari)
* Demam
* Menggigil
* Sakit badan/otot
* Sakit kepala
* Batuk tidak berkahak
* Loya, muntah dan cirit-birit
* Konjunktivitis
* Ruam

Malaria

Foto: YouTube

* Tempoh pengeraman adalah antara 7 hingga – 30 hari sebelum tanda-tanda penyakit bermula
* Mengigil
* Demam berulang
* Berpeluh
* Sakit kepala
* Loya dan muntah
* Sakit seluruh badan
* Lemah dan keletihan

Melioidosis

Foto; Vemale.com

* Anggaran tempoh pengeraman adalah di antara 2 hingga 7 hari.
* Luka pada kulit yang selalunya menyebabkan ulser atau bernanah
* Demam
* Batuk
* Sakit dada
* Sakit kepala
* Tiada selera makan
* Sakit badan/otot.

Bagaimana anda boleh mengurangkan risiko atau pencegahan awal bagi menghindari 3 penyakit ini?

Foto: REI.com

1. Memakai baju dan seluar panjang serta menggunakan krim/ubat pencegah serangga (insect repellent) untuk mengelakkan gigitan nyamuk dan serangga.

2. Hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian yang sempurna.

3. Sentiasa basuh tangan dengan sabun dan air sebelum makan.

4. Mengelakkan daripada bermain atau mandi di sungai jika terdapat luka atau kudis di kulit. Sekiranya masih perlu terdedah kepada air, tutup luka atau kudis tersebut dengan sempurna dengan plaster yang kalis air.

5. Jangan minum air dari sumber air yang tidak dimasak atau dirawat.

6. Elakkan daripada bersentuh dengan haiwan liar atau najis haiwan. Sekiranya sentuhan berlaku, cuci tangan dengan sabun dan air atau gunakan hand sanitizer.

7. Sekiranya perlu bermalam di hutan atau berkhemah,

* Gunakan kelambu untuk mengelakkan gigitan nyamuk semasa tidur

* Elakkan daripada tidur di tempat yang ada urungan haiwan terutamanya tikus

*  Elakkan daripada tidur di atas tanah tanpa beralas

*  Simpan makanan dalam bekas yang bertutup dan jangan minum air yang tidak dirawat.

Sumber: MyHealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 31 Jan 2020

WHO umum darurat kecemasan kesihatan awam global bagi bendung koronavirus

Peningkatan mendadak kematian akibat 2019-nCoV membimbangkan

Featured Thu, 20 Jun 2019

Elak kecederaan lutut ketika bersukan, jangan sesekali abaikan rutin memanaskan badan!

Pastikan anda memanaskan badan lima hingga ke 10 minit.

Featured Mon, 20 Apr 2020

Artritis menyerang tidak kenal usia

Jari juga perlu rehat

Sihat Thu, 29 Nov 2018

7 Tip Redakan Sakit Resdung Ikut Saranan Doktor ENT

Resdung akan menyebabkan hidung gatal dan sering tersumbat.

Featured Fri, 10 Apr 2020

Hasil bedah siasat temui COVID-19 pada permukaan badan mayat

Sahkan tatacara pengebumian pesakit COVID-19

Sihat Fri, 27 Apr 2018

Perhatian Buat Peminat Telur Separuh Masak. Hati-Hati Dengan Kuman Ini!

Awas! Bagi anda yang suka makan telur separuh masak!

Featured Mon, 27 Apr 2020

KKM tingkat keupayaan makmal bagi lakukan 22,000 ujian pengesanan COVID-19

Saringan perlu dilakukan sehingga vaksin ditemui

Featured Mon, 31 Dec 2018

5 Kebaikan Fish Oil Kepada Kesihatan Manusia

Kajian telah menunjukkan bahawa fish oil dan suplemen omega-3 dapat memperbaiki gejala kemurungan. 

Sihat Thu, 12 Jul 2018

Anda Lambat Hamil? 4 Faktor Ini Adalah Penyebabnya

Perlu tahu faktor ini yang menyebabkan anda lambat hamil!

Sihat Wed, 10 Oct 2018