Sihat By: Ad Ops September 4, 2018 @ 3:00pm

Jika Anda Kembali Ke Pangkuan Kekasih Lama, Kesihatan Mental Anda Akan Terjejas. Biar Betul?

Selepas anda break up dengan teman lelaki anda, biasanya anda akan rasa kesal, marah, sedih dan kecewa.

Tapi kalau dah rindu sangat, susah betul nak move on! Besar kemungkinan anda akan rasa teringin nak get back together dengan si dia.

Jika anda mengalami situasi ini, ada sebab penting yang akan buat anda fikir dua kali sebelum berbuat demikian.

Menurut sebuah kajian terbaru, jika anda pulang ke pangkuan kekasih lama, ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental anda. Alamak!

Betul ke?

Kajian tersebut telah diterbitkan di dalam jurnal Family Relations, dan disediakan oleh para penyelidik dari University of Missouri-Columbia.

Subjeknya terdiri daripada 545 orang yang sedang berada dalam hubungan percintaan. Satu pertiga daripada mereka berkata hubungan mereka dengan teman istimewa masing-masing adalah jenis on-and-off.

Maknanya, mula-mula mereka menjadi sebuah pasangan bercinta, lepas itu break up, lepas itu jadi couple balik, lepas itu break up semula. Untuk sesetengah daripada mereka, kitaran ini berulang-ulang sampai tak tahulah berapa kali.

Orang luar akan anggap, “Wah, kuat betul perasaan cinta mereka!” tapi sebenarnya ia boleh membahayakan kesihatan.

Foto: www.hotfridaytalks.com

Menerusi kajian ini, para penyelidik telah menjumpai satu perkaitan di antara golongan “on-and-off” ini dengan masalah psikologi seperti kemurungan dan kebimbangan.

Puncanya adalah corak penyatuan dan perpisahan (kejap on, kejap off) dalam hubungan mereka. Para pengkaji membuat kesimpulan bahawa perubahan yang terlalu ketara seperti ini boleh mengakibatkan stres dan kekacauan dalam hidup individu yang terlibat.

Ini memang betul bagi mereka yang tetap kembali ke hubungan percintaan yang toksik, tanpa berfikir panjang tentang akibatnya ataupun tanpa membenarkan dirinya untuk sembuh dulu daripada insiden breakup mereka.

Foto: www.dailymail.co.uk

Bagaimana untuk menangani masalah ini?

Para penyelidik kajian ini mengesyorkan, sebelum membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan kekasih lama, fikir dulu tentang masalah yang anda berdua alami sampai boleh break up. Jangan ingat tentang memori indah saja!

“Bila anda rasa macam nak get back together dengan si dia, tanya dulu diri sendiri: Adakah masalah dulu akan berlaku lagi?” kata salah seorang penulis kajian ini, J. Kale Monk.

“Dengan ini, anda berdua akan boleh mula berbincang tentang isu-isu yang mengakibatkan breakup anda, terutamanya jika mereka berpotensi untuk berulang.

“Ia juga boleh membantu pasangan ini untuk sama-sama faham tentang apa yang perlu diperbaiki dan ditambah baik dalam hubungan mereka.”

Ya, selalunya memang akan ada sebab-sebab untuk kembali kepada si dia. Tapi kajian ini menunjukkan kenapa anda perlu fikir dua kali sebelum berbuat demikian; kesihatan mental anda.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 27 Sep 2018

Doktor Ini Jelaskan Esen Vanila Bukan Penawar Sakit Gigi! Hati-Hati Dengan Petua Di Internet

Esen vanila hanya kebaskan saraf saja, tapi ia tetap memudaratkan!

Gaya Hidup Fri, 18 Oct 2019

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan narsistik?

Ketahuinya sekarang, mungkin anda salah seorang daripadanya.

Sihat Wed, 8 Apr 2020
Semarak Mon, 4 Jun 2018

Ini Makanan Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Berbuka Puasa

Anda kena tahu makanan apa yang anda tak patut makan supaya kesihatan anda terjaga.

Sihat Thu, 18 Oct 2018

Tanda-Tanda Kanser Ovari Yang Ramai Wanita Tidak Sedar

Jangan ambil mudah tentang ‘pembunuh senyap’ ini!

Featured Tue, 19 May 2020
Sihat Tue, 1 May 2018

3 Teknik Senaman Yoga Mudah Untuk Wanita Mengandung, Tak Perlu Ke Gym!

Bila mengandung pun anda mesti bersenam, ya!

Featured Mon, 30 Mar 2020

KKM tambah 10 makmal untuk saringan COVID-19

Insiatif kesan pesakit diperhebat

Sihat Thu, 5 Mar 2020

Nak gigi anak cantik, ini rutin penjagaannya

Rajin-rajin gosok gigi anak

Featured Wed, 18 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan

Kerjasama setiap rakyat dapat kekang penularan COVID-19

| Live TV