Sihat By: tex_admin March 7, 2019 @ 11:53am

Kerap buang air kecil ketika hamil. Bahaya atau tidak?

Oleh: Syarifah Fatin Anisa binti Tuan Said Shakh

Apabila hamil, antara situasi lazim  dihadapi ialah sentiasa terasa ingin membuang air kecil.  Kadangkala, kekerapan itu mengganggu kegiatan seharian terutamanya bagi wanita yang berkerjaya.

Dengan perut yang memboyot, berulang-alik ke tandas bukanlah pengalaman yang menggembirakan. Namun begitu, pernahkah anda terfikir sama ada ia membahayakan ataupun tidak?

Kenyataannya, kerap membuang air kecil adalah salah satu petanda kehamilan. Ini kerana, badan anda sedang mengalami perubahan membesar secara tiba-tiba.

Foto: Parents Magazine

Penasihat Pendidikan di Kolej Diraja Perbidanan menerangkan bahawa jumlah cecair dalam tubuh wanita hamil meningkat secara mendadak.

Pada minggu keenam kehamilan, jumlah cecair dalam darah sudah pun meningkat tetapi ia akan menjadi normal pada trimester kedua. Hal ini akan membantu darah mengalir dengan banyak melalui uri. Fungsi utama uri adalah bagi menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi anda.

“Perubahan hormon merangsang buah pinggang untuk memproses segala cecair dan membuang sisa toksin yang tidak diperlukan dalam badan,” tambahnya lagi.

Apabila pundi kencing yang menampung sisa toksin mulai penuh, saraf yang berkaitan akan menghantar isyarat ke otak untuk membuang air kecil.

Foto: parenting.firstcry.com

Dalam hal ini, salah satu faktor utama adalah kerana pundi kencing tersebut menjadi penuh dengan kadar waktu yang pantas. Selain itu, ia juga dihimpit oleh rahim yang semakin membesar.

Pada minggu ke 12, rahim yang semakin membesar ini mampu mengalihkan organ dalaman anda.

Pada waktu ini, anda akan kerap ke tandas tetapi tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia akan kembali normal pada bulan-bulan terakhir kehamilan anda.

Menurut Michelle lagi,”Anda hanya perlu risau jika ada rasa sakit ketika anda membuang air kecil,” katanya.

Foto: Expert Chikitsa

Semasa pemeriksaan kandungan anda di klinik, sampel air kencing akan diambil bagi menguji tahap kesihatan anda. Pun begitu, anda tetap perlu berhati-hati juga ya!

Berulang-alik ke tandas sememangnya agak memenatkan. Tetapi, ia tidak bermakna anda perlu mengurangkan pengambilan air. Selain itu, setiap kali bersin atau batuk, pasti anda akan ‘bocor.’ Sediakan seluar dalam secukupnya jika hal ini terjadi.

Oleh itu, janganlah risau jika anda kerap kencing ketika hamil. Hal ini adalah normal kerana badan anda mengalami perubahan hormon secara mendadak. Banyakkan minum air ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

Sihat Tue, 29 May 2018

Khasiat Beras Perang Ini Memang Berguna Untuk Kesihatan Anda

Ketahuilah manfaat beras perang yang sangat bagus untuk kesihatan anda!

Featured Wed, 29 Apr 2020
Sihat Tue, 8 May 2018

7 Teknik Senaman Mudah Yang Anda Boleh Buat Di Pejabat Untuk Meregangkan Otot

Tahukah anda, duduk berpanjangan
boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung serta kanser?

Featured Mon, 24 Dec 2018

12 Jenis Ubat Yang Wajib Anda Simpan Di Rumah

Ubat-ubat ini boleh beli di farmasi berdekatan.

Sihat Fri, 27 Jul 2018

6 Jenis Senaman Mudah Untuk Hilangkan Rupa Double Chin

Tak rasa confident pulak bila ada double chin!

Sihat Wed, 15 May 2019
Sihat Fri, 29 Jun 2018

11 Tanda-Tanda Halus Yang Menunjukkan Anda Mungkin Menghidap Kanser

Sentiasa alert sebab mungkin ada tanda-tanda yang anda tak perasan!

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Mon, 13 Apr 2020

Pesakit COVID-19 tanpa gejala dan sporadik umpama bom jangka

Fasa tiga PKP penting bagi hentikan COVID-19