Sihat By: tex_admin August 5, 2018 @ 10:00am

Langkah-Langkah Awal Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Telinga Dimasuki Serangga

Pernah anda alami situasi serangga masuk dalam telinga? Dah termasuk lepas itu terperangkap pula! Memang cemas dibuatnya kan?

Sesiapa saja boleh mengalami situasi ini termasuklah kanak-kanak. Kita sendiri pun tidak jangka serangga seperti semut, nyamuk, anak lipas dan sebagainya ini boleh memasuki telinga kita dan ia boleh memudaratkan!

Tapi, jika anda mengalami situasi ini, jangan sesuka hati untuk lakukan rawatan sendiri sebab jika anda salah rawat keadaan boleh bertambah jadi teruk! 

Ini antara perkongsian oleh doktor telinga, hidung dan tekak iaitu Dr. Mohd Shaiful Nizam melalui laman Twitternya tentang langkah-langkah awal yang perlu anda lakukan jika serangga memasuki telinga. Jom kita semak!

1. Jangan panik

Ini sangat penting! Anda perlu mengawal rasa takut apabila sedang mengalami masalah ini. Cuba bawa bertenang. Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan komunikasi yang berkesan. Contohnya, kata-kata yang boleh buat mereka tenang seperti “jangan risau ya sayang, kita pergi jumpa doktor”.

2. Jangan masukkan cotton buds, besi ataupun kunci ke dalam telinga

Perkara ini adalah yang sangat biasa anda lakukan. Sila elakkan ya! Hal ini kerana, tindakan tersebut boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga sekaligus berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuklah gegendang telinga. Jaga-jaga ya!

3. Titiskan minyak zaitun ke dalam telinga

Cara ini boleh melemaskan atau mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut. 

4. Andai nampak serangga di luar, keluarkan

Jika serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang atau cuping telinga, anda boleh keluarkan sama ada gunakan jari atau pengetip kecil yang boleh tangkap serangga tersebut. 

5. Serangga masih di dalam telinga, segera ke hospital

Walaupun anda rasa serangga tersebut sudah mati, anda juga perlu segera ke hospital supaya doktor dapat mengeluarkan serangga tersebut. Jika anda biarkan saja serangga ‘terkubur’ di dalam telinga anda, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.

So, jangan memandai-mandai nak rawat sendiri ya! Share langkah itu pada rakan-rakan anda kerana ia sungguh berguna!

Sumber: Twitter Dr.Shaiful

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 16 Oct 2018

Ini 10 Nasihat Yang Dibenci Penghidap Kemurungan. Hati-Hati Ya!

Nasihat yang baik dan menaikkan semangat belum tentu diterima baik oleh penghidap kemurungan.

Featured Wed, 18 Mar 2020

Kerajaan tidak melaksanakan bancian atau imunisasi COVID-19

Jangan terpedaya dengan pihak ambil kesempatan

Sihat Mon, 17 Sep 2018

Untut Bukan Penyakit Keturunan Akan Tetapi Berpunca Daripada Kerosakan Saluran Limpa

Kerosakan saluran limpa atau tidak mampu berfungsi secara normal boleh menyebabkan untut.

Featured Sat, 25 Apr 2020
Sihat Mon, 14 Oct 2019

Deria pendengaran rosak akibat penggunaan fon telinga?

Ketahui cara mencegah daripada berlaku!

Featured Thu, 21 Jun 2018

Jangan Panas Nasi Berulang Kali Kalau Tak Nak Kesan Sampingan Pada Kesihatan

Nasi yang dipanaskan berulang kali mungkin boleh mendatangkan mudarat pada tubuh badan.

Sihat Tue, 25 Sep 2018
Featured Sat, 28 Sep 2019

Manfaat daun pandan yang ramai tidak tahu

Bukan hanya untuk masakan, malahan untuk kesihatan juga!

Featured Sat, 4 Apr 2020
Featured Thu, 13 Feb 2020