Sihat By: Ad Ops September 25, 2018 @ 4:00pm

Lelaki Ini Hidap Penyakit Merbahaya Gara-Gara Dijangkiti Daripada Kucingnya

Ketika ia manja, kucing memanglah nampak comel. Kadang-kadang comel sangat sampai kita nak gomol. Tapi jika ia jenis yang garang, habis nanti tangan anda kena cakar.

Bila ini berlaku, jangan tak ambil serius, okay? Luka itu boleh dijangkiti kuman atau bakteria yang membahayakan kesihatan anda.

Itulah apa yang telah terjadi kepada seorang lelaki berumur 68 tahun. Benjolan merah mula timbul di mukanya setelah dia dijangkiti bakteria oleh kucingnya yang sakit.

Kes luar biasa ini telah didokumenkan di dalam sebuah laporan yang diterbitkan pada 6 September di dalam New England Journal of Medicine.

Lelaki yang tidak dinamakan ini telah merujuk doktornya setelah dia demam seminggu dan pipi sebelah kanannya bengkak dan sakit sejak dua minggu sebelum itu. Tiga kelenjar limfa di muka dan lehernya pun meradang.

Setelah diperiksa, pesakit ini disahkan menghidap tularemia, sejenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Francisella tularensis, menurut Centers for Diseases Control and Prevention.

Foto: The New England Journal of Medicine ©2018

Salah satu cara manusia boleh menjadi mangsa adalah melalui sentuhan dengan haiwan yang telah dijangkiti.

Para penulis laporan ini percaya yang seekor haiwan – kucing peliharan lelaki ini, secara khususnya atau besar kemungkinan adalah penyebab tuannya jatuh sakit.

Dua hari sebelum tanda-tanda penyakit ini muncul, kucing itu telah mati akibat penyakit yang tak dapat disahkan, menurut laporan ini.

Sebelum itu, lelaki itu telah berikan kucingnya ubat. Salah seorang penulis laporan ini, Dr Andrej Spec mengesyaki yang kucing itu telah dijangkiti Francisella tularensis. Ia kemudiannya telah berjangkit pada tuannya pada waktu ini.

“Jika anda pernah cuba berikan kucing ada ubat, anda mesti tahu yang mereka akan cuba gigit atau cakar. Itulah apa yang telah terjadi di sini,” katanya kepada People.com.

Lelaki tersebut telah berjaya pulih dengan rawatan antibiotik, tapi tularemia masih serius dan boleh membawa maut.

Foto: The Asian Age

Cara jangkitan ini merebak

Bakteria Francisella tularensis ini mudah berjangkit, dan boleh memasuki badan melalui mulut, mata, kulit atau paru-paru.

Kini belum ada lagi kes di mana ia dijangkit dari manusia ke manusia. Sebaliknya, manusia berjangkit dari sentuhan atau pendedahan terhadap haiwan.

Satu daripadanya adalah gigitan serangga. Satu lagi adalah melalui haiwan yang telah dijangkiti.

Dr Andrej berkata yang anda hanya boleh mendapat jangkitan melalui gigitan atau cakaran haiwan itu, ataupun bila anda tersentuh darah atau air liurnya.

Selain itu, meminum air atau memakan daging yang dicemari dengan bakteria ini pun boleh menyebabkan tularemia.

Jarang sekali adalah jangkitan Francisella tularensis melalui udara. Ini boleh berlaku jika anda memotong rumput tapi tiba-tiba berlanggar dengan bangkai binatang yang dijangkiti.

Cara-cara mengelak jangkitan

Pilihan terbaik adalah dengan memakai penghalau serangga atau mengelak daripada mendekati haiwan yang sakit.

“Jika anda dicakar atau digigit oleh kucing, sila berjumpa dengan doktor secepat mungkin, tak kiralah sama ada anda dijangkiti bakteria ini atau tak,” kata Dr Andrej.

Oleh kerana tularemia adalah sangat jarang berlaku, tanda-tandanya boleh ia disalah anggap sebagai penyakit lain yang lebih common.

Pergi jumpa doktor, okay!

Sumber: Insider, People

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 30 Jan 2020
Featured Fri, 5 Oct 2018

Fahami Perbezaan Jenis Gula, Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Untuk Tubuh Anda

Gula jenis fruktosa adalah yang paling asli dan berupaya membekalkan tenaga dan sangat menyihatkan tubuh.

Featured Thu, 23 Apr 2020

Pesakit kencing manis boleh atur pengambilan ubat sepanjang Ramadan

Minta nasihat doktor agar penyakit dapat dikawal

Featured Mon, 1 Oct 2018

Menurut Kajian Makmal, Teh Hijau Mampu Halang Sel Kanser Untuk Terus Aktif

Teh hijau membantu memulih dan memperbaharui sel yang telah dicemari sel kanser.

Featured Tue, 27 Nov 2018

Sering Rasa Mengantuk Walaupun Sudah Cukup Tidur, Anda Kemungkinan Menghidapi Penyakit Ini

Lebih enam jenis penyakit dikaitkan dengan masalah mengantuk.

Featured Mon, 23 Mar 2020

Senaman ringkas untuk bahu elak tekanan akibat duduk terlalu lama

Sesiapa sahaja boleh lakukan 4 langkah mudah ini

Featured Wed, 9 Oct 2019

Bilakah waktu sesuai untuk minum teh hijau?

Dapat menurunkan berat badan jika diminum pada waktu yang sesuai!

Sihat Fri, 16 Aug 2019

Susah nak lena? 4 jenis makanan ini boleh bantu

Anda perlu pilih makanan yang betul.

Featured Thu, 13 Jun 2019
Featured Mon, 20 Apr 2020

Artritis menyerang tidak kenal usia

Jari juga perlu rehat