Sihat By: Bibi Ramli February 8, 2019 @ 2:00pm

Lelaki ini maut selepas rokok elektroniknya meletup di hadapan muka

Adakah anda kenal sesiapa yang menghisap rokok elektronik? Atau adakah anda sendiri yang menggunakannya?

Ramai yang memilih alternatif ini kerana dikatakan lebih selamat untuk kesihatan dan tidak menelan kos yang tinggi berbanding rokok tembakau.

Namun begitu, jangan sangka yang ia tidak boleh membawa padah kepada penggunanya kerana jika malang tidak berbau, rokok elektronik boleh menjadi lebih merbahaya daripada rokok biasa.

Itulah apa yang terjadi kepada seorang lelaki dari Texas, Amerika Syarikat yang meninggal dunia kerana rokok elektronik miliknya meletup dan menyebabkan arteri karotidnya terkoyak.

Kejadian terbabit berlaku 27 Januari lalu ketika beliau berada di dalam kereta neneknya. Dalam kejadian itu William, 24, berlumuran darah selepas serpihan daripada alat itu menusuk muka dan lehernya.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital dan diletakkan dalam keadaan koma. Selepas mengalami strok dan pendarahan dalam otak, beliau meninggal dunia dua hari selepas itu.

Foto: Time

Imbasan sinar-X menunjukkan sebahagian daripada rokok elektronik tadi tertusuk ke dalam tengkuknya akibat letupan berkenaan.

Berdasarkan siasatan di dalam kereta di mana letupan berkenaan berlaku, pihak berkuasa berpendapat bateri rokok elektronik William menjadi terlalu panas.

Bateri itu dipercayai cair, menyebabkan kerosakan pada mesin rokok itu dan terus meletup.

Rokok eletronik ini sudah lama popular dalam kalangan warga Malaysia, tetapi mungkin ada penggunanya yang masih tidak tahu mengenai risikonya.

Pemilik kedai peralatan rokok elektronik di Beaumont, Texas, Pablo Reyes, berkata pengguna rokok elektronik perlu lebih bertanggungjawab.

“Jika anda tidak tahu menggunakannya, ada potensi untuk rokok elektronik meletup,” katanya.

Foto: YouTube

“Rokok elektronik yang tidak dikawal selia sama sahaja dengan sebuah bom paip.” 

Beliau berkata, William meninggal dunia akibat kerosakan pada produk yang digunakan, jadi pada pendapatnya, syarikat pengeluarnya patut dipersalahkan.

“Kita patut sebarkan maklumat mengenai penggunaan rokok elektronik kepada orang ramai. Alat ini hanya merbahaya jika anda tidak memahami bagaimana sebenarnya ia berfungsi,” katanya.

Jadi bagi anda yang menggunakan rokok elektronik, pastikan alat itu berada dalam keadaan yang baik dan menepati piawaian yang diluluskan.

Produk berkenaan bukan rokok biasa. Namanya pun “elektronik”. Jadi sistemnya lebih rumit dan boleh rosak.

Hati-hati, ya!

Sumber: Fox NewsWashington PostKDFM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Apr 2018

Tidak Hanya Indah Dipandang, Wangi Dicium. Bunga Juga Bermanfaat Untuk Kesihatan

Di Taiwan, makan kelopak bunga mawar yang dicelup dengan madu sudah menjadi amalan kerana kandungan fenolat yang bersifat anti radang selain kaya dengan vitamin bagi mengurangkan risiko barah, kencing manis dan sakit jantung.

Sihat Wed, 10 Apr 2019

Mengembara dengan menaiki pesawat bagi ibu hamil. Selamat atau tidak?

Risiko keguguran berkurangan apabila kandungan mencecah usia 28 hingga 30 minggu.

Featured Wed, 27 May 2020
Featured Tue, 9 Jul 2019
Featured Tue, 18 Dec 2018

Selama Ini Anda Bersangka Baik Dengan Vitamin, Tetapi Tahukah Anda Kesan Sampingannya?

Pengambilan vitamin secara berlebihan memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Sihat Wed, 1 Aug 2018

Jangan Terlalu Asyik Menghayati Suasana Rimba Sampai Terbawa Pulang 3 Penyakit Ini

Antara penyakit yang mungkin dijangkiti semasa beriadah di dalam hutan adalah Leptospirosis, Malaria dan Melioidosis.

Featured Fri, 17 Aug 2018
Featured Sun, 26 Aug 2018

4 Jenis Teh Yang Boleh Bunuh Lemak-Lemak Degil Dalam Badan

Lagi bagus anda minum teh ini tanpa gula!

Sihat Fri, 29 Mar 2019

Tanda-tanda leukemia dalam kalangan kanak-kanak

Gajalanya lebih kurang sama dengan penyakit biasa, jadi hati-hati ya!

Sihat Fri, 1 Jun 2018

Anda Komited Berpuasa Tapi Berat Badan Naik Juga, Di Mana Silapnya?

Patutnya makin berpuasa, makin kurus. Ini tidak, makin naik badan dibuatnya.

| Live TV