Sihat By: Yanie Baharom February 11, 2020 @ 9:03am

Makanan dan minuman pelbagai fungsi untuk miss v sihat

Ramai wanita yang obses dengan kecantikan cukup menjaga rutin pemakanan mereka bagi mendapatkan tubuh langsing dan kulit cantik.

Namun begitu dalam memberi fokus pada dua perkara itu, ramai wanita terlupa untuk menjaga kecantikan bahagian intim atau miss v mereka, sedangkan bagi yang sudah berkahwin, bahagian itulah adalah antara kunci kebahagiaan.

Bagaimana untuk mengetahui bahagian kelamin sihat? Miss v yang sihat biasanya bersifat keasidan dan mengandungi bakteria baik yang membantu mencegah jangkitan serta mengekalkan paras pH yang normal iaitu kiraan ratio 3.5 hingga ke 4.6.

Miss v yang sihat juga akan mengeluarkan sejumlah kecil cecair keputihan/lelehan yang penting untuk proses pembersihan secara semula jadi. Sebarang gangguan pada keseimbangan ini, boleh menyebabkan kerengsaan atau jangkitan pada bahagian intim itu.

Untuk penjagaan miss v yang sihat, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang baik untuk diamalkan anda sekali gus melegakan ketidakselesaan, mencegah jangkitan dan menjanjikan ‘aksi’ yang lebih hangat!

Ingin tahu apakah jenis-jenis makanan itu, jom kita semak! 

1. Ikan tinggi asid lemak omega-3

Sering kali mengalami senggugut setiap kali datang bulan? Jika anda seorang daripada yang pernah mengalaminya, itu bererti anda perlu mengambil lebih banyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 untuk meredakan kesakitan.

Pelepasan prostaglandin yang berlaku ketika datang bulan menyebabkan berlaku kekejangan yang membantu otot-otot rahim untuk mengecut dan lapisan dinding uterus untuk tertanggal.

Asid lemak omega-3 yang terdapat pada ikan salmon dan tuna boleh mengurangkan keradangan.

2. Soya

Keadaan miss v yang kering akan membuatkan seseorang tidak selesa setiap kali melakukan hubungan kelamin. Mereka bukan sahaja kehilangan nikmat, tetapi berasa sakit.

Kekeringan itu terjadi apabila badan anda kekurangan estrogen yang menjaga ketegangan tisu dan pelinciran yang baik.

Bagi wanita yang menyusukan anak, putus haid, melahirkan anak dan juga menggunakan ubat alahan serta ubat selesema, tahap estrogen akan mengalami penurunan.

Apa yang boleh diamalkan adalah mengambil produk soya yang tidak diproses seperti edamame organik, tauhu ataupun tempe.

Produk soya mengandungi sebatian tumbuhan estrogen yang meniru isoflavin, selain bersifat hidrofilik dan boleh menarik air ke tisu anda.

3. Teh hijau

Biasanya, kita dengar orang mengesyorkan minum jus kranberi untuk memulihkan UTI ataupun masalah kencing kotor.

Jus kranberi mengandungi sebatian yang boleh membantu menghalang bakteria yang menyebabkan jangkitan daripada melekat pada tisu dinding pundi kencing anda. Tapi, jus ini juga mempunyai kandungan gula tinggi yang mungkin boleh mendatangkan kemudaratan lain.

Sebaiknya, amalkan minuman teh hijau baik untuk menghindarkan masalah kencing kotor kerana catechin (sejenis flavonoid yang memerangi penyakit) yang terdapat dalam teh hijau, mempunyai kesan antimikroba yang kuat. Ia boleh membantu melawan kencing kotor.

“Dengan minum teh hijau dua hingga tiga kali sehari, catechin akan melalui saluran kencing, mengurangkan bakteria dan risiko jangkitan,” kata pakar wanita VSPOT Medi Spa di New York, Dr Carolyn DeLucia.

4. Makanan yang di tapai

Secara semula jadi, faraj penuh dengan laktobasilus, sejenis bakteria baik yang membantu miss v mengekalkan paras pH yang sihat.

Bakteria itu juga mempunyai yis yang dipanggil kandida. Biasanya, keadaan berasid daripada laktobasilus akan menghalang yis daripada berkembang.

Tetapi, bakteria baik ini boleh terjejas dan anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan yis apabila mengambil ubat antibiotik, putus haid, mempunyai kencing manis yang tidak dikawal, menggunakan ubat perancangan keluarga ataupun terapi hormon.

Makanan yang ditapai dan kaya dengan probiotik seperti dadih biasa, sauerkraut, kimchi, tempe dan miso boleh membantu. Probiotik mengekalkan keseimbangan bakteria yang sihat untuk merangsang paras pH yang baik agar menggalakkan pertumbuhan laktobasilus yang sihat.

5. Epal

Kajian yang dijalankan Arkib Ginekologi dan Obstetrik mendapati bahawa wanita yang gemar mengambil hidangan buah-buahan seperti epal lebih daripada sebiji setiap sehari didapati lebih mudah terangsang dan memiliki fungsi seksual yang lebih baik berbanding mereka yang kurang mengambil buah berkenaan.

Hal ini kerana epal mengandungi sejenis bahan dinamakan floridzin, iaitu sebatian yang meniru hormon seks wanita estradiol.

Epal juga kaya dengan polifenol yang membantu meningkatkan aliran darah ke faraj dan menyebabkan wanita lebih senang untuk mencapai klimaks!

Foto: Bukanaku

Sayangi miss v anda dengan mengamalkan pemakanan yang baik untuknya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Dec 2019

SUU Balm, produk pelembap kulit bebas SLS dan SLES

Ramai melihat perubahan selepas menggunakannya.

Featured Wed, 8 Apr 2020
Featured Fri, 20 Mar 2020
Featured Wed, 29 Jan 2020

Ketahui senaman murah dan mudah untuk kekal sihat!

Ini langkah paling mudah, tapi hasilnya sangat bermanfaat

Featured Fri, 2 Aug 2019

5 bahan makanan ini dapat lindung anda daripada kesan jerebu

Selain topeng muka, makanan pun boleh bantu.

Sihat Wed, 27 Mar 2019

3 mitos mengenai meroyan yang anda patut tahu

Wanita selepas bersalin dikatakan gagal kawal emosi

Sihat Fri, 2 Nov 2018

5 Jenis Makanan Ini Berupaya Mengatasi Masalah Selesema Anak Tanpa Perlu Makan Ubat

Makanan yang disebutkan boleh buat tekak yang payau jadi berselera!

Featured Fri, 20 Sep 2019

Ketahui keburukan jika terlalu kerap minum kopi

Anda pengemar kopi? Kurangkan selagi boleh

Featured Wed, 29 Apr 2020