Sihat By: Yanie Baharom December 19, 2019 @ 9:34am

Menongkah arus strategi promosi klise, TKO Nutrition lantik duta pelangsingan lelaki!

Sosok wanita rupawan, langsing dan popular acapkali dieksploitasi sebagai pelaris produk pelangsingan.

Jarang sekali kita melihat selebriti lelaki diberi kepercayaan untuk memikul gelaran duta produk pelangsingan, sedangkan golongan ini tidak terkecuali daripada masalah obesiti.

Enggan terikat dengan strategi promosi lapuk yang diketengahkan kebanyakan produk, pengeluar produk pembakar lemak Mega 3.0, TKO Nutrition Sdn Bhd (TKO Nutrition) memilih pelakon versatil, Zul Huzaimy, selaku dutanya.

Pemilihan Zul Huzaimy atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 41, selaras dengan sasaran pelakon itu yang kini dalam proses mendapatkan berat badan yang ideal.

“Berat badan saya pernah cecah sehingga 90 kg. Itu dah kira obesiti. Sekarang ini pun berat saya dah turun sedikit dalam 79 kg. Ini pun dikira normal dan pertengahan ke peringkat awal obesiti. Kalau mahu dapat berat badan ideal kena turunkan sehingga 68 kg. Jadi saya ada lebih kurang 11 kg lagi untuk diturunkan.

“Pada masa sama kalau boleh mahu kurangkan juga saiz pinggang dari 34 inci kepada 32 inci,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman pelantikan duta produk makanan tambahan, TKO Nutrition, yang berlangsung di Dewan Anggerik, D’Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengasas Bersama TKO Nutrition, Mohd Hairi Safwan Aznan (tengah) dan Izzaham Abd Hamid (kiri) bersama duta produk Zul Huzaimy pada majlis perlancaran produk Essential 07 di D’Saji KL Titiwangsa. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Tambahnya, kalau dilihat secara luaran mungkin susuk badannya masih kelihatan normal tetapi jika mengambil kira faktor usia dia tidak lagi fit untuk sesetengah watak yang dimainkan.

“Saya umur dah 40-an, badan cepat mengah. Rasa diri seperti tidak ada stamina. Baru-baru ini misalnya saya terbabit dalam menjayakan sebuah pementasan teater yang memerlukan saya berdialog, menyanyi dan menari, mengahnya lain macam. Itu antara sebab kenapa saya bersetuju untuk menggalas tugas sebagai duta produk ini. Seperkara lain, terdapat banyak produk pelangsingan di pasaran tapi adakah ianya selamat untuk pengguna?

“Berbeza dengan TKO Nutrition, ia memang produk makanan sampingan yang juga boleh digunakan untuk mereka yang mahu membina badan,” katanya yang juga Juara All Star Buka Panggung itu.

TKO Nutrition merupakan produk yang didatangkan dengan pakej coaching bagi rutin kecergasan dan khidmat nasihat pemakanan secara atas talian kepada pengguna.

Sementara itu, pengasasnya Izzaham Hamid berkata, pihaknya menyasar untuk menjual antara 70,000 hingga 100,000 unit produk berkenaan dalam tempoh enam bulan.

Bagi mencapai sasaran berkenaan, pihaknya mewujudkan sistem jualan yang baharu diperkenalkan iaitu konsep jualan menerusi rakan niaga bagi menggantikan sistem ejen dan stokis yang dilaksanakan pihaknya sebelum ini.

Mohd Hairi Safwan Aznan dan Izzaham Abd Hamid bersama produk Essential 07 di D’Saji KL Titiwangsa. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Katanya, pada 2020 kelak, TKO Nutrition menyasar untuk mempunyai antara 50 hingga 100 rakan niaga di seluruh negara.

“Antara kelebihan yang bakal diperoleh rakan niaga adalah komisyen minimum 25 peratus setiap kali mereka berjaya menjual satu daripada produk kami dan bakal menerima bonus yang dinamik bagi setiap peringkat yang dicapai.

“Selain itu, sistem rakan niaga juga membolehkan mereka memantau sendiri jumlah jualan, klik, pendapatan, pembayaran komisyen dan lain-lain lagi di dashboard mereka sendiri.

“Mereka juga akan menerima pembayaran komisyen yang akan terus dibuat selepas pelanggan menerima tempahan kebiasaannya dalam tempoh dua hingga tiga hari bekerja,” katanya sambil diiakan Hairi Safwan.

Produk Mega 3.0 adalah produk pembakar lemak yang mengandungi formula tercanggih dengan menawarkan tiga fungsi premium iaitu membakar lemak dengan pantas, meningkatkan tenaga dan fokus serta mengurangkan penyerapan karbohidrat oleh badan.

Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai pr0duk atau pun menjadi rakan niaga, boleh lah ke laman ses@wang ini: www.tkonutrition.com.my .

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 6 May 2018

Jangan Biarkan Panau Bermaharajalela. Amalkan Cara Semula Jadi Ini

Tak tahu cara nak hilangkan panau? Ikuti cara semula jadi ini.

Featured Tue, 31 Mar 2020
Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019

Kebaikan kulit kayu manis untuk kecantikan anda

Ketahui rahsia kulit kayu manis untuk kulit cantik dan sihat!

Featured Sat, 16 May 2020
Featured Mon, 23 Mar 2020
Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

Sihat Thu, 19 Sep 2019

Risau tahap kolesterol tinggi ? Amalkan pengambilan 7 makanan ini

Tingkatkan kolesterol baik dalam tubuh anda.

Featured Sun, 5 Apr 2020

Berhati-hati beli produk kesihatan dalam talian

Perhatikan label pada kotak pembungkusan

Sihat Thu, 13 Sep 2018
Featured Thu, 16 Apr 2020