Sihat By: Yanie Baharom March 5, 2020 @ 12:02pm

Nak gigi anak cantik, ini rutin penjagaannya

Paling cepat seseorang bayi tumbuh gigi adalah seawal usia lima bulan. Biasanya gigi itu dipanggil gigi susu atau istilah saintifiknya desidus.

Gigi susu ini penting untuk fungsi pemakanan, pengunyahan dan juga estetik. Selain itu, gigi susu juga berfungsi mengekalkan ruang (space maintainer) untuk pertumbuhan gigi kekal kelak.

Secara umumnya, jumlah gigi susu untuk seorang kanak-kanak adalah 20 batang. Ia terdiri daripada 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring dan 8 batang gigi geraham.

Gigi susu pertama akan mula tumbuh pada umur 6 bulan, iaitu gigi kacip bawah, diikuti gigi kacip atas. Gigi susu lain akan mula tumbuh mengikut umur bayi sehingga lengkap 20 gigi susu sekitar umur 3 tahun.

Foto: Yahoo

Walaupun kewujudan gigi susu bersifat sementara dan keadaan ini berubah apabila kanak-kanak menginjak usia 6 tahun, di mana berlakunya penggantian gigi susu kepada gigi kekal yang berjumlah 32 batang.

Jika terdapat kerosakan atau karies pada gigi susu, ini bukan saja boleh menyebabkan ketidakselesaan dan jangkitan kuman, malah boleh memberi kesan kepada struktur gigi.

Justeru itu jika ibu bapa mahukan anak mereka membesar dengan sepasang gigi yang cantik, mereka harus mempraktikkan tip dibawah.

Penjagaan gusi dan gigi bayi

Foto: Parents

Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, adalah digalakkan untuk ibubapa membersihkan mulut dan gusi bayi menggunakan kain tuala yang lembut yang dililit pada jari.

Ia boleh dilakukan setiap kali selepas menyusu atau semasa memandikan bayi. Selain itu, lidah bayi juga perlulah dibersihkan dari sisa-sisa susu yang melekat pada permukaan lidah.

Selepas lahir sehingga umur bayi 6 bulan

1. Sentiasa bersihkan gusi bayi selepas menyusu. Gunakan kain tuala lembut yang dibasahkan Bersihkan gusi bayi secara perlahan-lahan.

2. Jangan biarkan bayi tidur sambil menyusu kerana hal ini bukan saja boleh mengancam nyawa disebabkan tercekik susu yang bertakung malah boleh menyebabkan gusi bayi rosak.

3. Bayi akan mula gatal gusi (teething) pada umur 4 hingga 6 bulan. Gusi bayi ditempat gigi yang akan tumbuh mungkin kemerahan dan air liur akan meleleh dari mulut bayi (drooling).

4. Elakkan merasa puting botol susu dengan mulut ibu atau berkongsi sudu bayi dengan ahli keluarga yang lain bagi mengelakkan pemindahan bakteria ke dalam mulut bayi

Bayi berumur 6 bulan sehingga 12 bulan

1. Semasa fasa ini, bayi akan mula tumbuh gigi susu yang pertama.

2. Gusi bayi perlu sentiasa dibersihkan selepas makan atau menyusu.

3. Apabila bayi mula minum menggunakan cawan dan makan makanan pejal (solid), ibu bapa perlu mengurangkan penggunaan botol susu (wean off).

4. Pada usia 12 sehingga 14 bulan, bayi sudah mampu memegang cawan. Galakkan bayi minum dengan menggunakan cawan.

5. Apabila gigi susu pertama telah tumbuh, mulakan memberus gigi bayi menggunakan berus gigi yang berbulu lembut (soft bristle atau silicon) tanpa ubat gigi.

 

Foto: Mamy Poko

6. Amalkan pemeriksaan gigi bayi dirumah dengan mengangkat bibir atas bayi bagi memeriksa sebarang perubahan warna pada gigi (tompokan putih atau perang). Jika terdapat tanda-tanda ini, ia menunjukkan karies gigi peringkat awal dan dapatkan janji temu dengan doktor gigi.

7. Dapatkan pemeriksaan pergigian pada umur 1 tahun atau dalam masa 6 bulan selepas gigi susu pertamanya tumbuh.

8. Elakkan berkongsi sudu bayi dengan ahli keluarga yang lain bagi mengelakkan pemindahan bakteria ke dalam mulut bayi.

Itu saja perkongsian Hijab & Heels. Jika ibu bapa mengamalkan tip yang dikongsikan ini, Insya-Allah anak anda akan membesar dengan gigi yang cantik dan sihat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 23 Oct 2018
Sihat Tue, 29 May 2018

Khasiat Beras Perang Ini Memang Berguna Untuk Kesihatan Anda

Ketahuilah manfaat beras perang yang sangat bagus untuk kesihatan anda!

Featured Wed, 11 Mar 2020

Ustaz Don Daniyal kongsi cara rawatan penyakit mental mengikut Islam

Forum Mini Kesihatan Mental, inisiatif yang bagus anjuran SofeaRose

Sihat Thu, 5 Jul 2018

Nak Rambut Cepat Panjang? Guna Sahaja Bahan Semulajadi Ini

Rambut anda akan cepat panjang, cantik dan sihat bila amalkan tip ini

Sihat Fri, 3 Aug 2018

5 Kesilapan Lazim Apabila Anda Menimbang Berat Badan Sendiri

Alat penimbang berat memang akan jadi best friend anda jika anda mahu kuruskan badan.

Featured Thu, 22 Aug 2019

Dodoi anak dengan gym ball, sambil bersenam tubuh ibu pun selesa!

3 manfaat lain gym ball yang tidak diketahui umum.

Sihat Thu, 28 Mar 2019

10 panduan menangani rasa mual dan muntah ketika hamil

Alahan hamil ini juga dipanggil “morning sickness”.

Featured Wed, 29 Apr 2020

Rakyat dibenarkan bergerak dua orang dalam satu kenderaan

SOP pergerakan dilonggarkan demi kepentingan rakyat

Featured Thu, 13 Jun 2019
Featured Wed, 29 Apr 2020

KKM kenal pasti strain baharu COVID-19 bersifat lebih ganas

Virus didapati bermutasi dengan cepat

| Live TV