Sihat By: Ad Ops November 5, 2019 @ 4:26pm

Nak hidup lama? Kajian kata ‘jangan banyak berfikir’

Kajian terbaharu menunjukkan bahawa otak yang terlalu aktif boleh mengakibatkan jangka hayat lebih pendek. Dalam kata lain, terlalu banyak berfikir boleh memendekkan usia seseorang itu.

Fakta itu bercanggah dengan pendapat yang menyatakan jika seseorang itu kekal aktif dari segi mental hingga ke hari tua, otak akan kekal ‘muda’.

Kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Nature itu dilakukan oleh sekumpulan pengkaji di Sekolah Perubatan Harvard dengan menganalisa tisu otak mayat.

Menerusi kajian itu, mereka membandingkan tisu otak mayat yang meninggal dunia pada usia 60-an dan 70-an, dengan mereka yang meninggal dunia pada usia melebihi 100 tahun.

Hasilnya mendapati, mereka yang meninggal dunia lebih awal mempunyai kadar protein yang dinamakan REST (RE-1 Silencing Transcription) lebih rendah berbanding tisu otak orang yang hidup melepasi umur 100 tahun.

REST memberi isyarat kepada otak untuk bertenang, iaitu dengan ‘mematikan’ fungsi genetik yang menyebabkan otak berfungsi dengan aktif.

Lebih aktif otak anda, lebih pendek umur. Gambar hiasan/Sumber: Huffington Post

Untuk mengesahkan hasil kajian mereka terhadap otak manusia, pasukan Harvard itu menggunakan cacing dan tikus sebagai bahan uji kaji.

Setelah menambah dan mengurangkan aktiviti otak haiwan ini, pengkaji menjumpai hasil yang sama, iaitu haiwan yang tidak mempunyai REST di dalam tisu otak mereka akan maut dengan lebih cepat.

“Perkara yang paling mengejutkan mengenai kajian ini adalah aktiviti otak ialah sesuatu yang anda anggap membuatkan anda kekal normal secara kognitifnya.

“Ramai orang ingat otak mereka perlu kekal aktif hingga ke hari tua,”  kata neurosaintis Michael McConnell.

Ketua pengkaji kajian ini, Prof Dr Bruce Yankner, berkata data yang dikumpul mampu memberi kesan lebih banyak pada fisiologi dan jangka hayat.

Kajian terdahulu juga mendapati bahawa kandunggan REST boleh mencegah penyakit Alzheimer, namun ketika ini dunia perubatan tidak lagi boleh mengira kadar REST di dalam otak manusia yang masih hidup.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 4 Oct 2019

Payudara bernanah mungkin abses payudara

Jangan ambil mudah bengkak susu

Featured Sat, 16 May 2020
Featured Wed, 25 Mar 2020

Seramai 73 anggota kesihatan KKM positif COVID-19

Bantu mereka dengan duduk di rumah

Sihat Thu, 10 May 2018

8 Waktu Yang Sesuai Untuk Minum Air Putih Kalau Anda Nak Kuruskan Badan

Minum air putih juga dapat bantu anda untuk kurus! Tapi, perlu minum ikut waktu yang betul ya.

Sihat Thu, 7 Mar 2019

Kerap buang air kecil ketika hamil. Bahaya atau tidak?

Jika anda hamil, artikel ini sememangnya untuk anda!

Featured Thu, 19 Mar 2020
Sihat Thu, 22 Aug 2019

10 tanda gadis sudah tidak perawan

Keperawanan seorang gadis adalah lambang harga diri

Sihat Wed, 5 Sep 2018

Anti Vaksin? Jangan Menyesal Di Kemudian Hari

Jika tidak dibendung, tidak mustahil wabak akan berlaku semula.

Eat Travel Wed, 26 Jun 2019

Anda rasa kurang cerdas? Amalkan enam jenis makanan ini!

Semua jenis makanan ini sangat enak sebagai hidangan.