Sihat By: tex_admin July 5, 2018 @ 12:00pm

Nak Rambut Cepat Panjang? Guna Sahaja Bahan Semulajadi Ini

Pernah tak lepas anda potong rambut panjang kepada rambut pendek, anda akan merasakan rambut tersebut lambat nak panjang semula?

Mungkin ada dalam kalangan anda yang sanggup berhabis duit untuk menjalani rawatan rambut agar cepat panjang dan sihat.

Tapi, tahukah anda bahawa perawatan rambut boleh dilakukan dengan menggunakan bahan semulajadi? Ia bukan sahaja dapat menjimatkan wang, malah rawatan semulajadi ini bebas daripada bahan kimia yang boleh merosakkan rambut.

Malahan, rawatan semulajadi ini juga turut membantu rambut tumbuh dengan lebih cepat dan sihat. Jom kita semak antara bahan-bahan semulajadi yang boleh anda gunakan untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut panjang.

1. Lidah buaya

Foto: Tribun Style

Lidah buaya sangat membantu dalam proses pertumbuhan rambut. Selain baik untuk rambut, lidah buaya juga baik untuk kesihatan kulit kepala. Caranya cukup mudah, sapukan bahagian isi lidah buaya pada keseluruhan rambut termasuklah kulit kepala.

Kemudian, tutupkan kepala anda dengan tuala ataupun kain yang telah direndam dengan air suam untuk membantu liang rambut terbuka.

Biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci rambut dengan menggunakan syampu untuk membersihkan sisa-sisa lendir lidah buaya.

2. Limau nipis

Foto: Media Vaganza

Limau nipis juga dapat bantu rambut lebih cepat panjang. Bukan itu sahaja, ia juga boleh bantu menghilangkan masalah kelemumur. 

Anda boleh praktikkan dengan melumurkan perahan air limau nipis secara rata pada keseluruhan kulit kepala sambil mengurut lembut kulit kepala secara perlahan-lahan. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas dengan air dan syampu seperti biasa. 

3. Minyak zaitun

Foto: Desakabut.com

Minyak zaitun bukan sahaja mampu menghaluskan rambut, ia juga berkhasiat sebagai nutrisi semulajadi untuk memanjangkan rambut. 

Titiskan sebanyak 5 titis minyak zaitun pada kulit kepala dan urut kepala dengan lembut. Sebaiknya, anda lakukan selepas mencuci rambut. Biarkan semalaman dan cucilah rambut pada keesokan harinya.

4. Santan kelapa

Foto: WOM

Santan kelapa juga boleh bantu anda! Penggunaan santan secara rutin untuk merawat rambut juga boleh menghaluskan dan melembutkan rambut. Cuba bayangkan anda miliki rambut yang panjang, lembut dan sihat, pasti cantik!

Caranya, lumurkan santan pekat pada kulit kepala dengan rata. Kemudian, bungkus rambut anda dengan tuala yang sudah direndam dengan air suam. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan bilas sehingga bersih.

5. Pisang

Foto: Angelmakeups

Jangan terkejut, pisang juga boleh memanjangkan rambut dengan cepat! Pisang kaya dengan vitamin A, E dan C yang boleh mebantu pertumbuhan rambut.

Caranya, ambil sebiji pisang masak dan hancurkan. Kemudian, tambahkan sedikit minyak zaitun dan gaul rata. Setelah itu, sapu dan ratakan pada seluruh permukaan rambut dan kulit kepala. Tutup kepala dengan tuala atau shower cap dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Bilas sehingga bersih.

6. Bawang merah

Foto: EraBaru

Bawang merah bukan sahaja digunakan untuk menambah keenakan masakan, malah ia juga berfungsi untuk menguatkan akar rambut. Untuk pengetahuan anda, bawang merah mengandungi sulfur yang bermanfaat untuk pertumbuhan rambut yang cepat. 

Kisarkan beberapa biji bawang merah, kemudian sapu rata pada kulit kepala. Biarkan selama 20 minit dan bilas serta boleh syampu rambut anda seperti biasa.

Pada anda yang stress tunggu rambut lambat panjang, bolehlah mencuba tip-tip semulajadi ini. Selamat mencuba!

Sumber: WOM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jul 2018

Terjatuh Di Dalam Bilik Mandi Akibat Diserang Strok, Apa Punca Sebenarnya

Pengaliran darah secara mendadak di bahagian kepala menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan inilah yang mendorong saluran darah pecah.

Sihat Tue, 25 Sep 2018
Sihat Wed, 27 Jun 2018

Bertemu Bidan Dan Pakar Obstetrik Seawal Kehamilan Bantu Ibu Elak Kelahiran Pramatang

Bersalin pramatang ditakrif sebagai proses melahirkan bayi sebelum usia kandungan 37 minggu.

Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Mon, 4 Mar 2019
Featured Tue, 27 Nov 2018

Sering Rasa Mengantuk Walaupun Sudah Cukup Tidur, Anda Kemungkinan Menghidapi Penyakit Ini

Lebih enam jenis penyakit dikaitkan dengan masalah mengantuk.

Featured Fri, 21 Dec 2018

Rahsia Kebaikan Herba-Herba Yang Mungkin Anda Tak Tahu!

Bukan saja membangkitkan aroma yang menyelerakan dan membuatkan hidangan lebih enak tetapi herba jugak baik untuk kesihatan.

Sihat Wed, 25 Mar 2020
Featured Tue, 17 Mar 2020
Sihat Tue, 6 Nov 2018

4 Tanda Wanita Mengalami Sakit Jantung Dan Ianya Tidak Sama Simptom Dialami Lelaki

Serangan jantung yang berlaku di kalangan wanita bersifat mild dan datang dalam pelbagai bentuk sehingga anda menyangkakan ia sakit biasa-biasa.