Sihat By: Nani Ramlee October 19, 2018 @ 11:35am

Okinawa Diet: Rahsia Hidup Lama Orang Jepun

Pernahkah anda mendengar tentang Okinawa? Jika anda mengikuti sejarah Perang Dunia ke-2, tentu anda biasa dengan pertempuran Okinawa (battle of Okinawa) yang sebahagiannya telah dilakonkan semula di dalam sebuah filem bertajuk Hacksaw Ridge.

Kita tidak ingin bercakap tentang perang tetapi berkenaan satu fakta yang sangat menarik tentang tempat ini. Okinawa adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia.

Foto: Japan Forward

Purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.

Okinawa diet

Gaya hidup dan pemakanan penduduk di pulau ini telah lama diperhatikan serta dikaji memandangkan jangka hayat mereka sentiasa mendahului kawasan lain di dunia. Apakah sebenarnya rahsia mereka?

Jawapannya adalah pemakanan atau diet! Ini adalah antara faktor utama.

Lalu, apakah yang mereka makan?

Tiada yang begitu mengejutkan seperti buah-buahan syurga mahupun air sakti. Apa yang diamalkan oleh penduduk Okinawa adalah perkara asas. Okinawa diet dicirikan oleh:

Foto: Departures

  1. Melebihkan makanan kaya dengan sayur-sayuran berwarna kuning, oren dan hijau.
  2. Nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun diganti dengan ubi keledek ungu.
  3. Daging, produk tenusu dan makanan laut diambil dalam jumlah yang kecil.
  4. Membanyakkan pengambilan soya dan kekacang.
  5. Seluruh pemakanannya secara am adalah rendah gula dan gandum – penduduk Okinawa mengambil kurang 30% gula dan kurang 15% gandum berbanding penduduk Jepun yang lain.

Berhenti sebelum perut penuh – Hara Hachi Bu

Di samping Okinawa diet, salah satu budaya penting yang diamalkan oleh penduduk pulau ini adalah untuk berhenti makan awal. Peribahasa hara hachi bu membawa maksud agar berhenti makan apabila perut sudah 80% penuh.

Foto: SafeBee

Mereka secara amnya mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari.

Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi dengan makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi. Mereka juga sudah membiasakan diri untuk berlapar. Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.

Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada penduduk Okinawa. Ayuh ambil masa dan mula merancang diet anda hari ini!

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Mar 2020
Sihat Thu, 14 Mar 2019

Pencemaran udara jejaskan sistem aliran darah janin wanita mengandung

Wanita hamil patut jauhi tempat dengan kualiti udara yang teruk.

Featured Mon, 4 Nov 2019

Makan waktu malam punca berat badan naik sekadar mitos?

Jumlah kalori yang diambil adalah penyebabnya, bukan waktu makan

Sihat Wed, 16 May 2018

5 Elemen Alam Dan Makanan Multiwarna Yang Bermanfaat Untuk Organ Dalaman

Makanan berasaskan lima warna ini iaitu merah, kuning, hijau, putih dan hitam dikatakan mempunyai kaitan dengan 5 elemen alam dan ia sangat bermanfaat untuk organ dalaman seseorang. 

Featured Mon, 17 Feb 2020
Featured Fri, 20 Sep 2019
Sihat Thu, 20 Sep 2018

Hati-Hati Para Ibu Hamil, Sakit Gigi Boleh Menyebabkan Keguguran Janin!

Ibu hamil yang mengalami sakit gigi juga boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

Sihat Tue, 11 Dec 2018

Kembung Perut Dan Tiada Eno Di Rumah? Sila Cuba 7 Jenis Makanan Ini

Kembung perut berpunca sama ada terlebih makan atau terlewat makan.

Sihat Thu, 28 Jun 2018
Sihat Fri, 14 Sep 2018

8 Cara Untuk Elakkan Kekejangan Ketika Berlari Atau Berjogging

Jika anda selalu melakukan aktiviti ini, amalkan tip-tip yang disenaraikan ya!

| Live TV