Sihat By: Yanie Baharom January 11, 2020 @ 3:31pm

‘Pekak’ dalam tempoh 72 jam, petanda hilang keupayaan mendengar

Hilang keupayaan mendengar, bererti hilanglah satu daripada lima nikmat pancaindera, iaitu deria untuk merasa, menghidu, mendengar, melihat dan menyentuh.

Apabila manusia tidak lagi mempunyai satu daripada nikmat berkenaan, maka hidup juga akan dibebani pelbagai kesulitan.

Apatah lagi jika berlaku kepada seseorang yang dilahirkan sempurna lengkap dengan lima pancaindera berkenaan, pasti agak sukar untuk membiasakan diri dengan keadaan ini.

Bagaimanapun, ada juga yang pernah mengalami hilang pendengaran mengejut iaitu simptomnya kurang pendengaran selama kira-kira 72 jam atau tiga hari.

Hilang pendengaran mengejut boleh disebabkan oleh masalah pendengaran jenis konduktif, sensorineural dan campuran. Ujian pendengaran yang dijalankan dapat membezakan jenis masalah pendengaran yang sedang dialami pesakit.

Masalah hilang pendengaran mengejut boleh dialami sama ada pada sebelah ataupun kedua-dua telinga. Pesakit perlu segera mendapatkan pemeriksaan awal supaya punca masalah dapat dikenal pasti dan rawatan awal dapat diberikan segera.

Rawatan adalah bergantung pada punca dan jenis masalah pendengaran. Hilang pendengaran ini boleh bersifat sementara atau kekal.

Punca

1. Kesan pengambilan ubat–ubatan

2. Masalah sistem pengaliran darah

3. Masalah pada telinga luar seperti masalah kehadiran benda asing di dalam salur telinga, serumen ataupun jangkitan otitis externa

4. Masalah pada telinga tengah seperti jangkitan pada telinga tengah, kebocoran gegendang telinga, kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada telinga tengah

4. Masalah pada telinga dalam seperti Meniere’s Disease dan jangkitan virus/bakteria pada struktur telinga dalam seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV), Cytomegalovirus (CMV), Herpes Simplex (HSV)

5. Ketumbuhan pada saraf pendengaran

6. Trauma/kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala

7. Pendedahan kepada bunyi bising

8. Faktor neurological

9. Idiopathic (punca tidak diketahui) kes hilang pendengaran mengejut sensorineural (sudden sensorienural hearing loss).

Pemeriksaan

Masalah ini biasanya dialami pesakit pada waktu pagi dan berlarutan sehingga beberapa hari. Apabila berada dalam perbincangan secara kumpulan atau di tempat bising, segalanya terdengar sayup-sayup.

Bagi sesetengah individu pula, masalah pendengaran ini turut disertai dengan kehadiran bunyi lain di dalam telinga seperti bunyi berdengung atau berdesing (tinnitus) termasuk masalah keseimbangan. Hilang pendengaran secara mengejut sensorineural lebih kerap berlaku pada sebelah telinga sahaja berbanding di kedua-dua telinga.

Hilang pendengaran mengejut boleh dikesan apabila ujian pendengaran yang dijalankan menunjukkan tahap pendengaran pesakit mencapai bacaan 30 dB atau lebih pada 3 frekuensi bunyi berturut-turut.

Rawatan 

Sekiranya mengalami simptom-simptom berkenaan, anda dinasihatkan segera mendapatkan rawatan daripada doktor. Ini kerana pemeriksaan dan rawatan awal boleh meningkatkan peluang untuk memulihkan pendengaran pesakit.

Lazimnya rawatan menggunakan steroid diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah hilang pendengaran mengejut jenis sensorineural.

Tetapi jika ia berpunca daripada jangkitan maka rawatan dengan menggunakan antibiotik akan diberikan.

Pesakit mungkin diberikan alat bantu pendengaran sekiranya masalah pendengaran tidak dapat dipulihkan dan pesakit mengalami gangguan dan kesukaran untuk mendengar dan berkomunikasi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 26 Sep 2019
Sihat Wed, 30 May 2018

Tiada Lagi Kebimbangan, Ada Solusi Untuk Pengidap Diabetes Jalani Ibadah Puasa Sempurna

Diabetes sering dianggap sebagai penyakit yang mendatangkan masalah kepada pesakit ketika Ramadan kerana mereka tidak boleh mengambil makanan dalam tempoh masa yang lama melebihi 12 jam setiap hari.

Sihat Sun, 26 Aug 2018
Featured Sat, 28 Mar 2020

Kes penularan wabak COVID-19 di AS atasi China dan Itali

Jumlah jangkitan semakin membimbangkan

OMG Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Rutin Senaman, Badan Fit Fify Azmi Jadi Tumpuan – “Wahhh Siap Ada 6 Pack Abs”

Pelakon Fify Azmi atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu perkongsian mengenai rutin senaman harian. Dalam perkongsian terbabit, Fify menunjukkan bentuk tubuh badannya yang mempunyai six pack abs. […]

Featured Thu, 19 Mar 2020

China berjaya kekang COVID-19, tiada kes domestik baharu

Perintah berkurung dillaksanakan berkesan!

Featured Tue, 4 Feb 2020
Sihat Mon, 13 Aug 2018
Semarak Tue, 5 Jun 2018

Buah Kurma Kaya Dengan Khasiat, Selalulah Makan Bukan Ketika Ramadan Saja

Buah kurma ini mempunyai banyak kebaikan dan ia sesuai dimakan tidak kira masa dan ketika bukan pada bulan Ramadan saja

Featured Mon, 13 Apr 2020

Pesakit COVID-19 tanpa gejala dan sporadik umpama bom jangka

Fasa tiga PKP penting bagi hentikan COVID-19