Sihat By: Ad Ops March 14, 2019 @ 3:00pm

Pencemaran udara jejaskan sistem aliran darah janin wanita mengandung

Partikel mikroskopik daripada pencemaran udara yang disedut oleh wanita hamil boleh merosakkan perkembangan kardiovaskular kandungannya.

Kenyataan ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh penyelidik Rutgers yang diterbitkan di dalam jurnal Cardiovascular Toxicology.

Menurutnya, peringkat awal bagi trimester pertama dan peringkat akhir bagi trimester ketiga ialah waktu kritikal di mana pencemaran memberi impak terbesar kepada sistem kardiovaskular si ibu dan janinnya.

Pembantu profesor di fakulti Rutgers Ernest Mario School of Pharmacy, Phoebe Stapleton, berkata hasil kajian ini mencadangkan wanita hamil, wanita subur yang mungkin hamil atau wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan patut menjauhi kawasan yang mempunyai kadar pencemaran tinggi.

“Wanita hamil juga patut pastikan kualiti udara di dalam rumah mereka bersih,” katanya.

Foto: JOHANNES EISELE/AFP/Getty Images

Apa yang ibu sedut akan menjejaskan sistem peredaran darahnya yang sentiasa menyesuaikan diri untuk mengalirkan darah yang cukup kepada fetus sementara ia semakin membesar.

Mereka mendapati pendedahan terhadap pencemaran pada peringkat awal akan memberi impak hebat kepada sistem peredaran darah fetus, terutamanya arteri utama dan urat tali perut.

Pendedahan pada peringkat akhir pula akan menjejaskan saiz janin memandangkan penyekatan peraliran darah daripada si ibu mengehadkan penghantaran nutrien kepada janin.

Foto: Siddharth Malkania

Bagi haiwan yang tidak hamil, pendedahan terhadap pencemaran pernah dikaitkan dengan kerosakan fungsi arteri di dalam uterus.

Kajian ini juga mendapati pendedahan yang berlaku pada peringkat akhir kehamilan berpotensi untuk memberi kesan jangka panjang kepada bayi yang dilahirkan.

Foto: TRAFFIC-INSIDE

 

 

“Walaupun teknologi nano mampu memajukan banyak bidang seperti kecekapan minyak kereta dan tenaga yang boleh diperbaharui, tidak banyak yang kita tahu mengenai bagaimana partikel dari pencemaran udara memberi kesan kepada manusia di setiap peringkat tumbesaran,” kata Phoebe.

Sumber: Medical Express

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 24 Sep 2019

Kebaikan mengambil sarapan yang perlu anda tahu!

Jangan abaikan sarapan pagi, ini sebabnya!

Featured Thu, 19 Mar 2020

China berjaya kekang COVID-19, tiada kes domestik baharu

Perintah berkurung dillaksanakan berkesan!

Sihat Wed, 27 Mar 2019

3 mitos mengenai meroyan yang anda patut tahu

Wanita selepas bersalin dikatakan gagal kawal emosi

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tidur mengiring posisi selamat mengelakkan kematian bayi dalam kandungan

Tidur mengiring juga bantu ibu hamil lebih lena

Sihat Mon, 17 Sep 2018

Untut Bukan Penyakit Keturunan Akan Tetapi Berpunca Daripada Kerosakan Saluran Limpa

Kerosakan saluran limpa atau tidak mampu berfungsi secara normal boleh menyebabkan untut.

Sihat Mon, 22 Oct 2018
Featured Sat, 2 May 2020

Kejayaan memerangi COVID-19 bergantung pada kerjasama masyarakat

Kerajaan sudah memainkan peranan sepatutnya

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Wed, 15 Apr 2020

Hilangkan parut pembedahan Caesarean dan keloid dengan cara berkesan

Pastikan luka pembedahan dijaga dengan baik

Sihat Mon, 31 Dec 2018

Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Disleksia Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.