Sihat By: Bibi Ramli July 24, 2018 @ 2:00pm

Perut Anda Buncit? Ikuti Teknik Senaman Ringkas Dan Mudah Ini Untuk Kempiskannya

Orang luar akan nampak yang anda berbadan kurus, tapi dalam hati, anda tahu yang di sebalik baju, perut anda buncit sebenarnya. Alahai! Leceh betullah!

Kadangkala susah betul nak hilangkan lemak di abdomen. Kalau cara lain tak mujarab, terpaksalah buat senaman. Walaupun anda rasa malas, nak tak nak, inilah cara yang paling efektif untuk kempiskan perut anda.

Nak tahu bagaimana? Ikuti teknik-teknik yang kami kongsikan di bawah.

Kesemua teknik ini memerlukan anda untuk baring melentang. Pastikan anda cukup selesa, ya. Bentangkan tilam yoga, kalau nak.

Untuk teknik pertama, angkat kedua-dua kaki anda setinggi 90 darjah, dan jatuhkan. Angkat semula dan jatuhkan. Ulang sebanyak 15 kali satu set. Lakukan 3 set keseluruhannya.

Leg Raise

Foto: betches.com

Nota: Selepas setiap set, rehat sebentar selama seminit.

Teknik kedua sama juga, tapi angkat kedua-dua belah kaki secara selang-seli. Sama juga, buat 3 set sebanyak 15 kali setiap set.

Cara seterusnya bagaikan aksi “gunting”. Rapatkan kedua-dua kaki dan kangkang sedikit. Kemudian rapatkan semula dan kangkang semula. Macam gunting! Untuk teknik ini, lakukan 4 set sebanyak 15 kali bukaan setiap set.

Cara keempat memerlukan anda untuk meniru aksi mengayuh basikal. Ketika baring, angkatkan kaki dan kayuh! Kiraannya 4 set sebanyak 15 kayuhan setiap set.

Cara terakhirlah yang paling mencabar. Baring dulu, kemudian angkatkan badan dan kaki ke atas sikit sebanyak 45 darjah.

Yang susahnya, anda perlu maintain posisi tersebut selama 30 saat! Selepas rehat sebentar, ulang untuk 30 saat lagi.

Time inilah anda dapat rasa otot-otot abdomen anda bekerja keras untuk mengempis. Bertahanlah!

Jika anda perlukan rujukan, saksikan video di bawah ini.

Nampak saja senang, tapi susah wo! Jom cuba untuk dapatkan flat belly!

Sumber: Tips & Tricks

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Mon, 3 Dec 2018

Doktor Ini Kongsi 10 Tip Penjagaan Luka Berkhatan

Perlu jaga dengan betul kalau tak nanti bentan!

Sihat Wed, 30 Oct 2019

Kenapa perlu mandi air sejuk setiap pagi?

Sejuk tetapi banyak manfaatnya!

Sihat Mon, 13 Aug 2018
Sihat Fri, 7 Sep 2018

Doktor Ini Terangkan Tentang Jenis-Jenis Sayuran Anti Kanser

Sayuran hijau antara yang terbaik untuk melawan kanser.

Featured Sat, 7 Mar 2020

4 cara mudah lindungi diri daripada penyakit

Ketahui apa yang boleh dan perlu

Featured Sat, 28 Mar 2020

44 kes positif COVID-19 sembuh dan dibenarkan pulang

Rekod harian tertinggi dicatatkan

Featured Tue, 28 Apr 2020

Malaysia catat kematian ke-100 akibat COVID-19

Jumlah kes sembuh atasi kes baharu

Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Tue, 27 Nov 2018

Sering Rasa Mengantuk Walaupun Sudah Cukup Tidur, Anda Kemungkinan Menghidapi Penyakit Ini

Lebih enam jenis penyakit dikaitkan dengan masalah mengantuk.

Featured Tue, 10 Jul 2018

Sering Berlaga Pipi, Gadis Ini Terpaksa Dibedah. Ngerinya!

Kalau nak berlaga pipi, jagalah kebersihan wajah anda terlebih dahulu!

| Live TV