Sihat By: Bibi Ramli August 9, 2018 @ 3:04pm

Pesakit Jantung Wanita Lebih Berpotensi Untuk Survive Apabila Dirawati Oleh Doktor Perempuan, Menurut Kajian

Bila anda dimasukkan ke hospital, besar kemungkinan anda takkan diberi pilihan, nak doktor lelaki atau perempuan. Lainlah kalau anda ada duit lebih sikit, jadi anda boleh request.

Kalau anda tak kisah siapa pun doktor anda, baguslah. Tapi jika anda seorang wanita, mungkin selepas ini anda akan ingin memilih.

Ada kajian terbaru yang menunjukkan bahawa golongan wanita berpeluang tinggi untuk survive daripada serangan jantung apabila mereka dirawat oleh doktor wanita. Wow!

Anda mungkin tak tahu yang kadar kematian untuk wanita yang melalui peristiwa traumatik seperti sakit jantung adalah lebih tinggi daripada untuk lelaki.

Para penyelidik mendapati, ketidaksamaan ini boleh dijelaskan dalam jantina doktor yang merawat mereka, menurut kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

Kajian mendapati…

Sebuah analisis terhadap pesakit jantung yang didaftarkan di hospital-hospital di Florida di antara tahun 1991 dan 2010 menunjukkan kadar kematian yang lebih tinggi untuk wanita yang dirawat oleh doktor lelaki.

Penyelidik melihat kepada 580,000 kes serangan jantung dan mendapati hampir 12% pesakit telah meninggal dunia di hospital, menurut The Guardian.

Tapi apabila jantina para pesakit adalah sama dengan jantina doktor mereka, kebarangkalian untuk mereka meninggal dunia berkurangan lebih daripada 0.6%. Hmm…

Foto: VideoBlocks

Kedua-dua pesakit wanita dan lelaki mendapati keputusan yang sama apabila dirawati oleh doktor perempuan, lalu ia mencadangkan yang ada cabaran unik yang timbul apabila doktor lelaki merawat pesakit wanita.

Tapi kajian ini juga mendapati yang doktor lelaki yang telah meluangkan masa lebih dengan pesakit wanita lebih berjaya dalam merawati mereka.

Penyakit lain pun sama

Sebelum ini, para penyelidik mendapati yang doktor perempuan menerima keputusan yang lebih baik daripada doktor lelaki dalam bidang keparakan lain juga.

Contohnya, pesakit kepada pakar bedah wanita adalah 4% kurang berkemungkinan untuk meninggal dunia, mengalami komplikasi 30 hari selepas pembedahan atau dimasukkan semula ke hospital, daripada pakar bedah lelaki, menurut kajian tahun lepas.

Satu lagi kajian pula mendapati, pesakit kepada doktor bahagian dalaman wanita mempunyai kadar kematian yang kurang daripada doktor lelaki dalam bidang yang sama.

Sumber: Time

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 28 Aug 2018
Sihat Thu, 26 Jul 2018

Hidap Diabetes Semasa Hamil, Adakah Boleh Mengancam Nyawa Bayi?

Ya, semasa hamil pun anda boleh menghidap diabetes!

Featured Mon, 6 Apr 2020
Sihat Thu, 30 Jan 2020
Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Sihat Sun, 12 May 2019

Tua sebelum usia, progeria belum menemukan penawarnya…

Jangka hayat mereka biasanya tidak melebihi usia 13 tahun.

Sihat Fri, 24 Aug 2018

Hidung Tiba-Tiba Berdarah, Ini Langkah Yang Betul Perlu Anda Buat!

Epistaksis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pendarahan di bahagian hadapan dan pendarahan di bahagian belakang hidung.

Sihat Fri, 18 Jan 2019
Sihat Thu, 12 Sep 2019

Bukan fizikal sahaja perlukan keregangan, mata juga perlu bersenam!

Teknik senaman ini boleh meningkatkan tahap kecergasan mata

| Live TV