Sihat By: Yanie Baharom September 17, 2019 @ 9:43am

Ramai pilih pembedahan bariatrik untuk kurus, tapi selamatkah ia?

Suka makan tapi malas mengamalkan diet, itu memang sikap orang kita. Walhal ramai yang sedar makanan atau masakan di Malaysia kebanyakannya sedap, berminyak dan berlemak atau dikategorikan sebagai berkolestrol tinggi.

Jadi tidak hairanlah saban tahun, jumlah kematian akibat daripada komplikasi berkait rapat dengan obesiti cukup besar. Ramai di kalangan kita mungkin tidak sedar bahawa obesiti merupakan antara punca kematian tertinggi kerana kegemukan itu ibarat lubuk punca semua penyakit kronik.

Pertambahan saiz dan berat badan yang berlebihan boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang serius seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung, strok, masalah tidur, asma, kegagalan mengawal air kencing, sakit belakang, ketidaksuburan dan pelbagai lagi.

Jadi, cara terbaik untuk merawat dan mengurangkan masalah kesihatan yang serius itu adalah dengan mengecilkan saiz dan mengurangkan berat badan. Pelbagai cara mengurangkan berat badan boleh dilakukan seperti berdiet, aktif bersenam atau mengambil pil kurus tetapi bukan semua orang akan memperoleh keputusan seperti yang diingini atas faktor tertentu.

Oleh kerana ada yang tidak dapat mengurangkan berat badan atas faktor-faktor tertentu, maka alternatif terakhirnya adalah dengan melakukan pembedahan. Kalau dulunya, kaedah liposuction sangat popular, kini bariatrik menjadi pilihan ramai.

Apa itu pembedahan bariatrik? Selamatkah untuk kita melakukannya? Betul-betul boleh kurus ke? Penjelasannya ada di bawah ini.

Pembedahan bariatrik

Foto: empoweryourhealth

Pembedahan bariatrik adalah teknik pembedahan bertujuan mengurangkan berat badan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik mahupun pembuangan beberapa bahagian pada perut. Ia seperti pintasan gastrik dan pembedahan sleeve gastrik antara penyelesaian kepada dilema individu obes.

Menurut Pakar Bedah, Pusat Pengurusan Berat Badan dan Pembedahan Hospital Pakar KPJ Damansara, Datuk Dr Haron Ahmad, pembedahan bariatrik dicadangkan kepada mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 38 hingga 40 dan gagal melalui cara pengurangan berat badan yang lain. Begitu juga bagi mereka yang mencapai BMI 35 dan menderita penyakit seperti diabetes kronik dan masalah jantung berkait dengan obesiti turut disyorkan menjalani pembedahan.

Lazimnya, doktor akan mengesyorkan diet atau senaman bagi mengurangkan berat badan ke tahap yang sihat. Namun jika sudah lebih setahun berusaha tetapi masih tidak berjaya, pembedahan bariatrik dicadangkan bagi mengurangkan atau merawat masalah penyakit kronik yang berkait rapat dengan obesiti.

Fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar untuk kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik. Walau bagaimanapun, pembedahan bariatrik bukanlah dikategorikan sebagai pembedahan kosmetik.

Kaedah Rawatan

Antara contoh rawatan untuk penghidap obesiti adalah seperti pintasan gastrik, pembedahan sleeve gastrik, ikatan gastrik dan belon intragastrik. Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan.

Justeru ini akan membuatkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang sering diambil. Kehilangan sebanyak 30 peratus daripada berat badan berlebihan sudah mampu mengurangkan risiko-risiko penyakit yang berkait rapat dengan obesiti.

Kelebihan Pembedahan Bariatrik

Foto: Penyanyi Aishah, antara selebriti tempatan yang menjalani pembedahan biariatrik.

Kelebihan apabila seseorang telah menjalani pembedahan bariatrik ialah ia mampu memperbaiki kualiti hidup pesakit. Selepas pembedahan, pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, iaitu biasanya pengurangan berat badan antara 20 hingga 48 kilogram dan berat badan mereka kekal.

Antara lainnya ialah memberi kesihatan yang lebih baik kepada pesakit jantung, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan paras kolesterol dalam darah mereka, malahan 60 peratus daripadanya tidak perlu bergantung kepada ubat lagi.

Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan. Di samping itu juga, masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga membawa kepada gangguan kesuburan juga dapat diperbaiki.

Dari segi psikologinya, pembedahan ini bagus kerana ia meningkatkan semangat dan pengawalan emosi kerana pesakit obes selalunya berasa rendah diri.

Selamatkah pembedahan ini? Apakah komplikasinya?

Apa sahaja pembedahan pasti ada komplikasi atau risikonya. Begitu juga dengan pembedahan bariatrik dan hasil pembedahan itu juga tidak boleh dilihat dengan segera.

Namun begitu, ia berbeza bagi setiap pesakit bergantung kepada sejarah kesihatan dan prosedur yang dijalani. Selepas pembedahan, pesakit perlu menjalani rawatan susulan serta sesi bersama kaunseling dan pakar diet bagi memastikan perawatan yang menyeluruh ke atas pesakit.

Risiko untuk pembedahan pintasan gastrik atau sleeve gastrik mengalami bocor adalah sebanyak 1 peratus . Selain itu, pesakit akan dibekalkan dengan pil vitamin bagi memberi nutrisi yang tidak mencukupi akibat pembedahan tersebut.

Pesakit yang menjalani pembedahan bariatrik juga perlu bertemu dengan pakar kaunseling kerana cara pemakanan selepas pembedahan agak berbeza berbanding sebelum itu.

Komplikasi yang berlaku, selalunya pesakit mungkin akan muntah jika masih kekal mengambil jumlah makanan yang banyak seperti sebelum pembedahan kerana perut yang semakin kecil. Oleh kerana itu, maka prosedur selepas pembedahan perlu disusuli dengan sokongan berterusan dan pelan yang jelas untuk susulan jangka panjang.

Foto: Hello Sehat

Kos rawatan

Khabarnya kos rawatan bariatrik ini sangat mahal, bermula RM30,000 bergantung pada berat dan saiz badan seseorang. Itu hanya pembedahan, ia tidak termasuk rawatan susulan selepas pembedahan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Dec 2018

Risiko Kekejangan Infantil Boleh Menyebabkan Cerebral Palsy Dan Down Syndrome

Sentiasa perhatikan perkembangan bayi anda, ibu bapa jangan sambil lewa!

Featured Fri, 11 Oct 2019

Golongan berisiko menghidap kanser payudara? Anda salah seorang daripadanya!

Bersama tingkatkan kesedaran risiko kanser payudara

Sihat Thu, 7 Nov 2019

3 langkah mudah kenal pasti strok

Akronim STR boleh selamatkan nyawa pesakit strok

Featured Fri, 14 Dec 2018

Guna Pam Susu Boleh Rosakkan Payudara Si Ibu?

Pencemaran susu ibu boleh boleh berlaku bila pam payudara itu tidak dibersihkan dengan betul.

Featured Mon, 26 Nov 2018

4 Mitos & Kebenaran Tentang Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Ketika Hamil

Maklumat yang anda dapat mungkin hanya mitos semata!

Sihat Fri, 29 Jun 2018

11 Tanda-Tanda Halus Yang Menunjukkan Anda Mungkin Menghidap Kanser

Sentiasa alert sebab mungkin ada tanda-tanda yang anda tak perasan!

Sihat Fri, 25 Jan 2019

5 jenis makanan yang perlu dielak untuk dinikmati pada waktu malam

Jika anda ingin menguruskan badan, ikuti panduan ini.

Sihat Mon, 20 Aug 2018

5 Tip Untuk Anda Berdepan Dengan Jerebu Yang Kini Melanda Negara

Penurunan kualiti udara di seluruh negara dikenal pasti akibat jerebu rentas sempadan dari wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Featured Tue, 4 Feb 2020

| Live TV