Sihat By: Yanie Baharom July 11, 2018 @ 1:00pm

“Rehat Senyap” Berupaya Kembalikan Memori Yang Kabur

Merehatkan badan selama 10 minit, selepas mempelajari sesuatu perkara baru boleh meningkatkan tahap kefahaman terhadap ilmu yang dihadam.

Pendedahan yang dilakukan hasil kajian Universiti Heriot-Watt di Scotland itu mendapati rehat dalam keadaan senyap bukan sahaja boleh meningkatkan tahap kefahaman, malah juga membantu seseorang individu menambahkan daya ingatannya.

Pasukan pengkaji yang diketuai Michael Craig berkata, sistem memori berupaya menguatkan kenangan baru yang lemah menerusi kaedah mengaktifkan semula di mana aktiviti otak mula dipantau ketika proses pembelajaran dilakukan dan keadaan itu boleh diaktifkan ketika berehat atau tidur dalam keadaan senyap.

“Kami berpendapat rehat secara senyap boleh membantu menguatkan memori baru dalam otak, namun kami tidak mempunyai penjelasan yang lengkap bagaimana keadaan itu boleh membantu individu menambahkan daya ingatan mereka terhadap sesuatu yang dipelajari,” katanya.

Rehat secara senyap ini mempunyai fungsi yang sama seperti power nap iaitu tidur untuk tempoh 15 hingga ke 20 minit.

Foto: ylmsportscience

Sehubungan itu, Craig dan seorang lagi rakannya, Michaela­ Dewar mengadakan ujian memori yang boleh mengesan perbezaan kecil dalam beberapa memori baru.

Seterusnya, dua pengkaji berkenaan meneliti hasil yang diperoleh daripada ujian tersebut untuk melihat apa yang dilakukan otak ketika manusia berehat.

Teknik yang digunakan mereka adalah peserta ditunjuk dengan foto-foto lama serta baru untuk melihat daya ingatan mereka dalam mengenal pasti sebarang perbezaan yang terdapat pada gambar berkenaan.

Keputusan yang diperolehi mereka melalui ujian yang dilakukan, menunjukkan golongan dewasa muda yang berehat secara senyap dalam tempoh 10 minit boleh mengesan perbezaan dalam gambar yang sama.

Keadaan itu secara tidak langsung menyimpulkan individu yang berehat dalam keadaan senyap boleh meningkatkan tahap ingatan serta kefahaman mereka terhadap sesuatu perkara berbanding mereka yang tidak berehat.

Sumber: Utusan Malaysia 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Nov 2018

3 Sebab Anda Patut Tambahkan Serangga Ke dalam Diet Anda

Cuba tahan rasa geli-geleman apabila membaca artikel ini ya!

Featured Sun, 26 Aug 2018

4 Jenis Teh Yang Boleh Bunuh Lemak-Lemak Degil Dalam Badan

Lagi bagus anda minum teh ini tanpa gula!

Sihat Thu, 17 Oct 2019

Bahagian intim berbau? Awasi ‘tombong’ musuh wanita!

Jangan dibiar, anda mungkin kehilangan rahim.

Featured Mon, 26 Nov 2018

4 Mitos & Kebenaran Tentang Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Ketika Hamil

Maklumat yang anda dapat mungkin hanya mitos semata!

Sihat Wed, 19 Dec 2018

9 ‘Healthy Foods’ That Are Actually Junk Food In Disguise

Learn the truth and keep it out of your diet.

Sihat Tue, 14 Aug 2018

Internet Untuk Remaja Malaysia Akan Dihadkan Dari Pukul 12 Ke 6 Pagi Setiap Hari?

Ini adalah untuk mencegah ketagihan terhadap kemudahan teknologi ini.

Featured Mon, 11 May 2020
Featured Mon, 4 Nov 2019

Bukan orang gemuk sahaja, orang kurus pun boleh kena diabetes

Ketahui sebab apa orang kurus terdedah kepada risiko diabetes

Sihat Thu, 19 Dec 2019

Menongkah arus strategi promosi klise, TKO Nutrition lantik duta pelangsingan lelaki!

TKO Nutrition produk lengkap dengan pakej coaching rutin kecergasan dan khidmat nasihat pemakanan.

Featured Wed, 11 May 2022