Sihat By: Ad Ops August 20, 2018 @ 9:00am

Solekan Mineral Lindungi Kulit Daripada Sinar Matahari Serta Elak Kanser Kulit

Mengalami sebarang penyakit boleh menyebabkan bukan sahaja kesan dalaman tetapi juga kerosakan luaran. Dalam kes ini, kanser kulit boleh menjadi penyakit utama yang menyebabkan kerosakan luaran dan dalaman untuk pesakit.

Untuk mengelakkan kanser kulit, di samping strategi pelindungan matahari yang lain, menggunakan pelindung matahari dan kosmetik dengan kadar SPF yang tinggi telah terbukti membantu mencegah dan menutup masalah kanser kulit.

Foto: Udemy.com

Apakah solekan mineral?

Dengan sejarah yang panjang dalam industri solekan, solekan mineral datang dalam bentuk serbuk ditekan atau longgar yang mengandungi bahan semula jadi. Bahan-bahannya adalah talkum, zink oksida, besi oksida dan titanium dioksida.

Dengan gabungan banyak nutrien, solekan jenis ini terkenal dengan tekstur lembut, melekap, warna berkilauan dan penyerapan sempurna. Antara kelebihan solekan mineral adalah kerana ia sering dibuat tanpa wangian, minyak emolien, bahan pengikat atau pengawet, lantas mengelakkan kerengsaan kulit.

Dalam sesetengah produk mineral, pengeluar juga menambah silikon untuk membantu melembapkan dan melembutkan kulit. Ramai orang juga suka solekan mineral dengan tambahan antioksidan atau pro-vitamin yang dapat memberikan penghidratan tambahan dan meningkatkan emolien.

Foto: Thinkstock

Apakah manfaat solekan mineral untuk melindungi kulit daripada matahari serta kanser kulit?

Apabila menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinaran matahari, kulit anda akan mendapat keradangan atau kulit melepuh. Masalah kulit ini secara langsung akan menyebabkan kerosakan tisu kulit. Sel-sel imun untuk menyembuhkan kerosakan akan berkumpul di lokasi yang rosak dan menghasilkan sensasi terbakar.

Kerosakan sel ini dianggap sebagai risiko pertama yang membawa kepada kanser kulit. Oleh itu, ramai orang terpaksa memakai pelindung matahari dan solekan lain untuk menutup permukaan kulit daripada matahari.

Solekan mineral menawarkan agen perlindungan matahari seperti titanium dioksida dan zink dioksida dalam krim asasnya. Jenis solekan ini dipilih oleh ramai wanita kerana kesannya. Walaupun pelindung matahari organik yang lain menyerap sinaran UV, solekan mineral adalah mineral bukan organik yang berfungsi dengan melantunkan sinaran UV daripada kulit.

Walau bagaimanapun, solekan mineral semata-mata tidak dapat memberikan perlindungan matahari yang cukup untuk kulit. Oleh itu, anda perlu menggunakan solekan mineral di samping pelindung matahari yang lain dengan kadar SPF yang tinggi (atas 35). Solekan mineral menawarkan faedah terbaik apabila anda menggunakannya sebagai lapisan di atas produk pelindung matahari.

Bagi mereka yang telah bertarung dengan kanser kulit dan mempunyai beberapa kesan luka, solekan mineral boleh membantu anda menutupnya dengan sempurna tanpa perlu risau akan kesan sampingann.

Foto: Hello Magazine

Mengatasi kanser kulit memang mencabar lebih-lebih lagi jika ada parut yang tinggal yang menyebabkan tekanan, terutamanya dengan wanita. Mujurlah, berbanding dengan produk konvensional lain di pasaran, solekan mineral mengandungi faktor perlindungan matahari pada kadar minimum 15 untuk melindungi dan menyembunyikan bahagian kulit anda yang terjejas.

Walaupun banyak bedak asas lain juga boleh menyembunyikan parut dengan sempurna, ia juga boleh menyebabkan kesan parut lebih gelap berbanding permukaan kulit yang lain di badan. Dengan bahan semula jadi dalam solekan mineral, tona solekan mineral yang lebih cerah dapat membantu mengurangkan hiperpigmentasi.

Dengan memilih produk solekan yang sihat seperti solekan mineral, kulit anda tidak akan terus mengalami kerosakan lanjut. Anda boleh gunakan dengan kombinasi bersama pelindung matahari. Ini akan menjadi perlindungan yang berkesan daripada matahari serta melindungi tanda yang tidak diingini dengan selamat.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 26 Dec 2018
Featured Tue, 13 Aug 2019
Sihat Mon, 22 Oct 2018
Sihat Tue, 24 Jul 2018
Featured Wed, 20 May 2020

Kes baharu COVID-19 kembali dikesan di Kelantan, Terengganu dan Kedah

Negeri Zon Hijau terkesan akibat rentas negeri

Featured Mon, 23 Jul 2018

Awas! Asap Rokok Punca Utama Anak Tidur Berdengkur

Asap rokok bahaya kepada perokok pasif, terutama dalam kalangan anak-anak.

Sihat Tue, 15 Oct 2019

Adakah normal bagi sesetengah orang berpeluh ketika tidur?

Ketahui punca bagaimana boleh terjadi!

Sihat Thu, 11 Oct 2018

Khasiat Terung Untuk Wanita Hamil Yang Perlu Anda Tahu

Terung boleh meningkatkan sistem daya tahan tubuh.

Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

Sihat Wed, 19 Dec 2018

9 ‘Healthy Foods’ That Are Actually Junk Food In Disguise

Learn the truth and keep it out of your diet.