Sihat By: Yanie Baharom November 13, 2018 @ 1:00pm

Stay Healthy Meskipun Anda HIV Positif, Ini Informasi Pemakanan Sihat Perlu Anda Tahu

Human Immunodeficiency Virus atau HIV, adalah jangkitan virus yang memusnahkan sistem pertahanan badan, menjadikan seseorang itu terdedah kepada jangkitan dan risiko peningkatan tumor.

Jangkitan HIV yang tidak terkawal boleh menjadi bertambah teruk kepada peringkat akhir perkembangannya iaitu penyakit AIDS atau Acquired Immune Deficiency Syndrome.

Ketika ini berlakulah masalah jangkitan opportunistik seperti kanser kulit yang jarang berlaku iaitu Kaposi’s sarcoma, jangkitan paru-paru (Pneumocystis pneumonia) dan Candida atau jangkitan fungus yang teruk di mulut atau vagina.

Sehingga kini, tiada penawar untuk HIV atau AIDS, tetapi terdapat rawatan untuk memperlahankan perkembangan HIV melalui ubat-ubatan anti-retroviral dan mengekalkan pemakanan yang baik untuk menyokong sistem imun dan mencegah kemerosotan otot serta kehilangan berat badan.

Justeru pemakanan yang baik adalah amat penting bagi pesakit HIV termasuk semua orang. Menjaga diri dengan baik boleh membantu badan melawan jangkitan dan meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan pesakit HIV.

Berikut adalah informasi diet yang berkualiti kepada pesakit HIV

Foto: HIV AIDS Guide

  • 3 kumpulan makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan sedikit lemak perlu ada dalam hidangan pesakit tidak kira hidangan utama ataupun snek sampingan.
  • Disarankan pesakit untuk makan 5 hingga 6 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, atau kira-kira 3 cawan.
  • Disarankan juga pesakit mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai jenis warna kerana setiap warna mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.
  • Sekurang-kurangnya pengambilan utama karbohidrat adalah terdiri daripada bijirin penuh.
  • Pilihlah sumber protein tanpa lemak seperti dada ayam tanpa kulit, ikan, potongan daging tanpa lemak tambahan dan produk tenusu rendah lemak.
  • Makanan yang dimasak sepenuhnya. Elakkan masakan mentah.
  • Hadkan pengambilan gula, gula-gula dan minuman ringan. Makanan tersebut adalah kurang daripada segi khasiat nutrisinya dan boleh menyebabkan pesakit mengalami gangguan metabolisma gula dalam badan.
    Kumpulan makanan lain seperti kacang, biji-bijian atau kekacang hendaklah dimasukkan sekali ke dalam menu harian pesakit.

Kebaikan yang diperoleh pesakit HIV daripada pengambilan makanan sihat:

1. Pemakanan yang baik membantu memastikan sistem imun pesakit lebih kuat, membolehkan mereka melawan penyakit dengan lebih baik. Diet yang sihat dapat meningkatkan kualiti hidup.

2. Kehilangan berat badan, kemerosotan, dan malnutrisi (kekurangan zat) terus menjadi masalah biasa dalam kalangan pesakit HIV. Pemakanan yang baik boleh mengekalkan status pemakanan yang optimum bagi pesakit HIV.

3. Kini terdapat ubat anti-retroviral yang berkesan untuk mengawal perkembangan jangkitan HIV namun ia boleh memberi kesan sampingan seperti masalah pengagihan semula lemak dan ketidaknormalan metabolik seperti peningkatan paras gula, kolesterol dan trigliserida darah.

4. Pemakanan yang baik membantu badan memproses ubat-ubatan yang diambil oleh pesakit HIV. Diet (dan senaman) boleh membantu pesakit mengatasi gejala-gejala seperti cirit-birit, loya, keletihan dan masalah pengagihan semula lemak dan keabnormalan metabolik.

Foto: medscape.org

Sumber: MyHealth

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 8 Aug 2018

Tak Suka Minum Susu Dan Makan Ikan Punca Utama Penyakit Riket

Riket adalah gangguan tulang yang selalu berlaku pada kanak-kanak.

Featured Wed, 29 Apr 2020
Sihat Mon, 10 Dec 2018

Posisi Tidur Ibu Hamil Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut? Doktor Ini Jelaskan

Terdapat 2 posisi tidur sama ada terlentang atau mengiring.

Featured Tue, 25 Dec 2018

20 Petua Untuk Menghilangkan Bisul. Murah Dan Jimat!

Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.

Sihat Wed, 11 Jul 2018

“Rehat Senyap” Berupaya Kembalikan Memori Yang Kabur

Rehat dalam keadaan senyap boleh meningkatkan tahap kefahaman dan membantu menambahkan daya ingatan.

Featured Thu, 15 Nov 2018
Featured Sat, 5 Oct 2019
Sihat Thu, 27 Jun 2019

Banyaknya kalori terbakar dengan kerja rumah, kagum tak?

Selain rumah bersih, pinggang pun semakin ramping!

familuv Tue, 29 Oct 2019
Sihat Tue, 10 Dec 2019