Sihat By: Yanie Baharom January 23, 2020 @ 4:15pm

Suka kunyah ais macam keropok, itu petandanya ‘sakit’

Siapa suka kunyah ais seperti makan keropok? Anda lakukan tabiat ini setiap hari?

Tabiat mengunyah ais mempunyai kesan negatif iaitu membuatkan gigi anda cedera, selain boleh mencetuskan abses (bengkak bernanah) dan melemahkan struktur gigi yang boleh menyebabkan gigi mudah patah atau retak.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan jika anda antara individu yang mempunyai tabiat seperti ini bermakna anda mungkin penghidap anemia, keadaan apabila seseorang mempunyai jumlah sel darah merah di bawah tahap normal kerana kekurangan pengeluaran sel darah merah.

Anemia menyebabkan seseorang itu mudah lesu dan tidak bertenaga, malah dalam sesetengah kes akan memudaratkan kerana boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian.

Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan tabiat suka menguyah ais merupakan petanda badan mereka kekurangan zat besi. Kajian itu mendapati kebanyakan individu yang menghidap anemia mengunyah ais kerana perbuatan berkenaan merangsang minda mereka.

Tubuh yang mengalami anemia juga menunjukkan gejala seperti muka pucat, lelah/keletihan, kurang tenaga, mengantuk, sakit kepala, mudah penat bila bersukan, sukar memberikan tumpuan, mudah lupa dan warna kulit serta bahagian putih kornea mata tampak kekuning-kuningan.

Mayo Clinic juga menyatakan dalam laman sesawangnya, walaupun latar belakang individu yang gemar mengunyah ais belum diketahui, tetapi apabila seseorang mengambil ais dengan kerap, sudah dapat dipastikan bahawa dia mengalami gejala anemia.

Selain anemia, tabiat suka mengunyah ais turut dikaitkan dengan Pica, iaitu masalah perubatan yang mencerminkan keinginan untuk makan sesuatu yang tidak mempunyai nilai pemakanan, antaranya keinginan untuk makan sampah, cat, tanah liat, rambut atau kertas.

Gemar mengunyah ais dikenali sebagai pagophagia, namun masalah ini lazimnya dilihat berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin mempunyai asas psikologi seperti kecelaruan kompulsif keterlaluan atau masalah tumbesaran, lazimnya disebabkan kekurangan zat besi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Dec 2022

Manisan ‘Sweet Table’ Kena Kecam, Ini Penjelasan Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering dikecam segelintir wargamaya akibat manisan ‘Sweet Table’ yang mengundang kontroversi. @fazleyyaakob BALIK-BALIK SWEETTABLE KENA KECAM! Semalam, saya menjamu beberapa rakan-rakan media di @sukasucrebistro sempena tradisi hujung tahun dulu-dulu. Dan […]

Sihat Fri, 8 Mar 2019

Cara berkesan untuk rawat masalah bayi sembelit, jangan biar si manja merana!

Ketahui simptom dan rawatan bagi atasi masalah bayi sembelit

Featured Fri, 17 Aug 2018

Doktor Ini Kongsi Kenapa Rokok Bahaya Kepada Janin

Rokok akan merencatkan oksigen dan nutrisi penting untuk sampai kepada bayi.

Sihat Thu, 27 Dec 2018

Menurut Pakar, Racun Perosak Pada Sayuran & Buah-Buahan Boleh Ganggu Sistem Saraf Manusia

Simptom racun perosak berlebihan dalam badan manusia adalah merasai keresahan, hilang selera makan dan kemurungan.

Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Tue, 19 May 2020
Featured Wed, 22 Apr 2020

Mohon kepada PDRM untuk balik ke rumah dari kampung

Permohonan boleh dilakukan menerusi aplikasi Gerak Malaysia

Featured Tue, 4 Feb 2020
Sihat Thu, 18 Oct 2018

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Jadikan Air Kosong Minuman Utama Anda

Jadikan minum air kosong sebagai tabiat anda!