Sihat By: Yanie Baharom May 30, 2018 @ 2:00pm

Tiada Lagi Kebimbangan, Ada Solusi Untuk Pengidap Diabetes Jalani Ibadah Puasa Sempurna

Diabetes sering dianggap sebagai penyakit yang mendatangkan masalah kepada pesakit ketika Ramadan kerana mereka tidak boleh mengambil makanan dalam tempoh masa yang lama melebihi 12 jam setiap hari. Keadaan ini dikhuatiri boleh menyebabkan pesakit mengalami hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi.

Bagaimanapun, sekiranya mereka mengetahui kaedah pengambilan makanan yang betul, pesakit diabetes tahap 2 boleh berpuasa dengan selamat dan tidak perlu risau akan keadaan kesihatan mereka.

Nestle Health Science (NSH) dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) melancarkan panduan khusus untuk pesakit diabetes berpuasa dengan yakin serta pada masa sama boleh menjaga tahap gula dalam darah ketika Ramadan.

Emily Loo, Pegawai Eksekutif Perniagaan NSH berkata, pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi menyediakan penyelesaian dan pendidikan praktikal amalan berpuasa yang selamat untuk mereka yang hidup dengan diabetes.

“Sebagai pihak berkepentingan utama dalam penjagaan diabetes, kami mensasarkan untuk menanam keyakinan dan menyokong pengidap kencing manis untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Nutrien Untuk Diabetik, Panduan Pengurusan Diabetes: Resipi Ramadan Enak & Lazat) adalah suplemen nutrisi lengkap dan inovatif kami untuk pengidap diabetes hari ini,” katanya pada majlis pelancaran panduan khusus untuk penghidap diabetes di IJN, baru-baru ini. Turut hadir, Mary Easaw; Pengurus Kanan, Perkhidmatan Diatetik & Makanan, IJN dan Siti Farhath Sehu Allavuddin; Timbalan Pengurus Perkhidmatan Dietetik dan Makanan IJN.

Siti Fatihah berkata, sahur adalah penting dan tidak boleh ditinggalkan. Ia boleh diambil secepat mungkin sebelum imsak dan harus mengandungi makanan seimbang dengan karbohidrat yang mencukupi. Seseorang harus sentiasa berbuka puasa tepat pada waktunya dan mengambil air yang mencukupi untuk menggantikan kehilangannya pada siang hari.

“Pesakit harus membincangkan pelan pengurusan makanan diabetes dengan profesional penjagaan kesihatan mereka sebelum berpuasa. Kegagalan mengambil tindakan sedemikian boleh menyebabkan tahap gula dalam darah yang tidak terurus dan diabetes yang tidak terkawal.

“Pesakit yang mengambil ubat untuk menurunkan gula dalam darah mereka harus berunding dengan doktor atau pendidik diabetes mengenai berpuasa dengan selamat dan apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk mengelakkan paras gula dalam darah daripada meningkat atau jatuh,” katanya lagi.

Sementara itu, Mary berkata pesakit diabetes perlu membataskan pengambilan makanan bergoreng atau berlemak dan makanan mengandungi garam serta gula yang tinggi.”

“Ketika berbuka puasa, ambil satu atau dua kurma. Buku panduan pengurusan diabetes yang diterbitkan NHS dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pemakanan dan Dietetik IJN boleh membantu membekalkan maklumat dan tip praktikal mengenai pemakanan yang sihat, dan amalan terbaik untuk berpuasa.

“Kami mencadangkan lapan resipi ‘mesra’ Diabetes yang cepat dan mudah disediakan seperti Yogurt Curry Marinated Fish, Buzz Coffee Smoothie Morning, bubur lambuk, dan Tikka Masala Kubis Bunga yang semuanya menggunakan minuman nutrisi lengkap dan seimbang, Nutren Untuk Diabetik,” ujarnya

Foto: Food To Love

Sumber: Press Reader

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Sep 2019
Featured Sun, 31 Jul 2022
Featured Thu, 13 Jun 2019

Ketahui masa paling selamat bagi wanita hamil untuk menaiki pesawat

Ketahui juga panduan untuk menaiki kapal terbang dengan selamat ketika hamil.

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Tue, 7 May 2019

Mahu cantik dan langsing di pagi raya, jom bersenam ketika bulan puasa!

Siapa kata bersenam ketika Ramadan tidak boleh

Featured Fri, 23 Dec 2022

Manisan ‘Sweet Table’ Kena Kecam, Ini Penjelasan Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering dikecam segelintir wargamaya akibat manisan ‘Sweet Table’ yang mengundang kontroversi. @fazleyyaakob BALIK-BALIK SWEETTABLE KENA KECAM! Semalam, saya menjamu beberapa rakan-rakan media di @sukasucrebistro sempena tradisi hujung tahun dulu-dulu. Dan […]

Sihat Thu, 26 Apr 2018

Sakit Tumit Ketika Hamil? Ini Cara Atasinya

Seksanya rasa sakit tumit ketika hamil. Ini cara nak atasinya.

Featured Wed, 25 Sep 2019
Sihat Fri, 20 Jul 2018

11 Tanggapan Salah Tentang Kutu Kepala & Info Tepat Yang Anda Perlu Tahu

“Kutu boleh melompat dari kepala ke kepala” Hmm… Betul ke?

Sihat Fri, 29 Jun 2018

11 Tanda-Tanda Halus Yang Menunjukkan Anda Mungkin Menghidap Kanser

Sentiasa alert sebab mungkin ada tanda-tanda yang anda tak perasan!