Sihat By: Ad Ops July 22, 2019 @ 1:59pm

Tip elak jatuh sakit selepas kena hujan

“Jangan mandi hujan, nanti demam!”

Ya, itu antara ungkapan yang sering kita dengar daripada ibu bapa kita. Bagaimanapun, tiada kajian saintifik yang secara pasti menjelaskan kaitan antara dua perkara ini.

Tip elak jatuh sakit

Foto: Beneath My Sheet

Terdapat teori mengatakan bahawa suhu badan yang sejuk akan mengakibatkan seseorang itu lebih berisiko dijangkiti virus. Oleh itu, air hujan yang sejuk mungkin boleh membawa kepada risiko demam dan selesema.

Fakta yang lebih rasional, dalam keadaam cuaca hari ini yang tidak menentu, jerebu dan pencemaran udara apabila bercampur dengan hujan akan menyebabkan hujan menjadi sedikit berasid, sekali gus boleh menjejaskan kesihatan jika seseorang itu bermain di luar ketika hujan.

Tip elak jatuh sakit

Foto: StarHub Community

Apapun, panduan di bawah mungkin berguna untuk mengelak daripada jatuh sakit walaupun selepas anda basah dalam hujan.

Tip elak jatuh sakit

Foto: The Japan Times

1. Tukar pakaian basah

Sejurus sampai di rumah, salin terus pakaian basah agar kelembapan tidak meresap ke dalam badan anda. Seseorang yang sememangnya mempunyai masalah paru-paru boleh jatuh sakit jika terdedah terlalu lama dalam sejuk.

2. Basuh kaki

Tip elak jatuh sakit

Foto: Medical News Today

Hujan biasanya akan menyebabkan air lopak atau lumpur melekat pada kaki dan menyerap kuman yang tidak sepatutnya. Seeloknya, rendam kaki anda dengan air panas dan gosok dengan garam untuk menyingkirkan sebarang jangkitan yang ada.

3. Pancuran air panas

Ini adalah cara terbaik untuk membasmi kuman dan jangkitan yang mungkin terkena ketika anda basah dalam hujan. Mandi menggunakan pancuran air panas bukan saja membuang semua kotoran pada rambut dan badan, tetapi juga dapat menghangatkan badan.

4. Guna sabun antiseptik

Dalam keadaan begini, anda perlu menggunakan sabun antiseptik untuk membunuh kuman yang ada.

5. Guna alat pengering rambut

Tip elak jatuh sakit

Foto: Healthline

Jangan biarkan rambut anda lembap untuk mengelakkan anda mudah terkena selesema.

6. Pakai pelembap kulit

Kulit anda akan berasa gatal dan kering selepas terkena hujan, jadi sapu minyak atau krim pelembap untuk atasinya.

7. Minum air panas

Tiada apa lagi yang lebih menyamankan selepas kesejukan terkena hujan daripada menghirup secawan minuman panas seperti teh dan coklat panas.

8. Minum sup

Tip elak jatuh sakit

Foto: Lavazza Professional

Kesejukan akibat terkena hujan pasti akan membuatkan anda berasa lapar, justeru anda juga boleh minum sup untuk menghangatkan badan di samping mengisi perut yang lapar.

Kredit: Boldsky.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 May 2020

Ketahui 3 panduan ini untuk elak gaya hidup ‘sedentari’

Gunakan masa ‘terperap’ di rumah untuk jadi lebih sihat

Sihat Thu, 25 Apr 2019

5 jenis sayur yang boleh menjejaskan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Elak makan kimchi macam makan ulam, bimbang diserang darah tinggi!

Featured Thu, 26 Mar 2020
Featured Sun, 15 Mar 2020

Topeng muka DIY tidak kalis virus?

Risiko jangkitan lebih tinggi

Sihat Wed, 11 Jul 2018

Alat Permainan Kanak-Kanak Sebar Kuman Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Sila bersihkan alat permainan anak dengan kerap!

Sihat Fri, 4 Oct 2019
Featured Fri, 13 Sep 2019
Featured Tue, 11 Jun 2019
Sihat Tue, 26 Jun 2018

Ketulan Ais Mampu Legakan 4 Jenis Sakit Kepala Ini

Kalau sakit kepala, lakukan saja teknik Feng Fu dan ais ini!

Sihat Wed, 15 Aug 2018

Cuaca Panas Lit Lit Melanda Negara, Anda Berkemungkinan Terdedah 6 Gejala Penyakit Ini

Kesihatan tubuh badan seseorang bukan saja diukur dari segi pengambilan makanan, tetapi juga pengaruh cuaca harian.