Sihat By: Yanie Baharom September 17, 2018 @ 5:00pm

Untut Bukan Penyakit Keturunan Akan Tetapi Berpunca Daripada Kerosakan Saluran Limpa

Pernahkah anda mendengar tentang Lymphoedema? Barangkali istilah ini tidak sepopular bahasa Melayunya iaitu untut atau kaki gajah!

Kaki membusung hingga membataskan pergerakan individu bukanlah pengalaman mudah buat pesakit. Rupa kaki membengkak hingga hilang bentuk asal dan kelihatan kembung seperti plastik bergumpal dengan memberi visual kurang menyenangkan.

Penyakit berpunca disebabkan lebihan protein di tisu pada bahagian organ terbabit. Keadaan ini tidak normal, ia akan menyebabkan lebihan cecair badan terkumpul di kawasan terbabit.

Menurut Pensyarah Perubatan dan Pakar Perunding Plastik dan Pembedahan Rekonstruktif Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan Dr Arman Zaharil Mat Saad, keadaan itu boleh terjadi bukan pada kaki malah juga anggota tangan.

“Lebihan protein di dalam tisu berlaku akibat ketirisan daripada saluran darah. Proses ini akan berterusan dan menyebabkan banyak lebihan cecair terkumpul di kawasan anggota terbabit, anggota kedua-dua belah kaki mahupun tangan.

“Bagi orang normal cecair ini akan dikembalikan kepada sistem peredaran darah melalui sistem limpa. Sebaliknya pula bagi pesakit Lymphoedema apabila kegagalan sistem limpa membuatkan cecair berterusan dan terlalu lama dibiarkan ia akan menjadi penyakit kronik. Pesakit akan mengalami parut dan kaki bengkak selain kulit bertukar menjadi keras dan anggota terbabit menjadi besar seolah-olah kelihatan seperti kaki gajah,” katanya.

Tambah Dr Arman lagi, gejala dan tanda penyakit boleh dikesan berdasarkan ciri tertentu mengikut tahap penyakit.

Foto: mStar

Antara gejala yang biasa ditemui termasuk:

  • Anggota menghadapi masalah limpa akan membesar dan membengkak.
  • Peringkat awal tiada perubahan ketara pada kulit malah tekstur masih lembut.
  • Bengkak mudah kembali asal apabila anggota ditinggikan, contohnya letak bantal di bawah kaki pada waktu malam selain ketika berdiri atau duduk.
  • Ketika peringkat awal apabila menekan kawasan terbabit ia akan meninggalkan bekas atau ‘pitting oedema’.
  • Penyakit bertambah teruk berisiko mendapat jangkitan kuman seperti ‘cellulitis’ yang berulang-ulang, keadaan ini berlaku apabila kaki pesakit menjadi merah, sakit dan membengkak.
  • Pada tahap lain, bahagian anggota badan juga menjadi panas dan pesakit boleh mengalami keadaan badan suhu tinggi mahupun demam.
  • Terlalu lama dibiarkan, tisu-tisu bahagian dalam anggota akan berparut dan menjadi keras. Perubahan kulit akan berlaku apabila penyakit menjadi kronik.
  • Apabila elefantiasis berlaku pada kulit, ia tidak boleh dikembalikan pada keadaan asal. Andai dibiarkan berlarutan, pesakit akan mengalami kudis atau ulseration di bahagian kulit yang susah untuk dirawat.

Siapa yang berisiko?

Menurut Dr Arman kerosakan saluran limpa atau tidak mampu berfungsi secara normal boleh dikategorikan menerusi dua kategori Lymphoedema Primari dan Lymphoedema Sekunder.

Kategori 1: Lymphoedema Primari

Berlaku secara semula jadi atau sendiri sama ada diperoleh menerusi keturunan atau secara tiba-tiba. Ia berlaku antara 10 hingga 15 peratus pesakit kaki gajah saja dan boleh dibahagi kepada tiga kategori berdasar pada umur penyakit bermula.

i. Lymphoedema Congenita

Boleh bermula dari lahir hingga 14 tahun. Bagi pesakit yang lahir dalam ketiadaan saluran limpa dalam badan pada anggota terbabit dipanggil, Milroy Disease.

ii. Lymphoedema Precox

Boleh bermula bila-bila masa bermula 14 hingga 35 tahun dan merangkumi 80 peratus daripada Lymphoedema Primari. Merangkumi remaja dan orang dewasa muda.

iii. Lymphoedema Tarda

Apabila penyakit kaki gajah bermula selepas 35 tahun dan ke atas.

Kategori 2: Lymphoedema Sekunder

Merujuk kepada pesakit yang menjalani pembedahan membuang kelenjar limpa ataupun merangkumi kawasan pengaliran saluran limpa atau ketirisan pada saluran limpa.

Dalam kes tertentu kemalangan atau kecederaan yang merosak atau mengakibatkan tekanan atau penindihan saluran limpa boleh mencetuskan gejala penyakit terbabit. Tidak lupa pesakit kanser yang menjalani rawatan radioterapi serta melalui proses pembuangan kelenjar limpa turut berisiko.

Punca lain ialah jangkitan cacing Wucheria Bancrofti yang memasuki saluran limpa yang dinamakan sebagai Filariasis. Cacing menyebabkan saluran limpa tersumbat menerusi parut atau luka. Punca ini perlu mendapat perhatian terutamanya mereka yang kerap melawat negara endemik seperti Afrika, utara Thailand dan Laos.

Ia boleh dikesan dengan pemeriksaan darah dan pemulihan dengan memakan ubat cacing. Jika dikesan lewat dan kerosakan pada saluran limpa terjadi menyebabkan kesukaran merawat kaki gajah hingga baik. Ia akan kekal sebagai penyakit kronik.

Rawatan

Terbahagi kepada dua;

Konservatif (tanpa pembedahan)

  • Mengangkat anggota kaki atau tangan pada paras tinggi (Elevation)
  • Menggunakan stokin ketat atau pembalut luka
  • Menjalani rawatan ‘complete/complex deconjestive therapy’ (4 hari dalam seminggu). Rawatan ini perlu dijalankan seumur hidup pesakit meskipun rawatan pembedahan dijalankan.

Foto; Strive Clinic

Pembedahan

  • Dasarnya prosedur ini ialah langkah terakhir penyakit ini bukan merawati sepenuhnya sebaliknya simptometik.
  • Walaupun pesakit melakukan pembedahan, namun masih perlu jalani rawatan konservatif seumur hidup. Ini memastikan tiada pengulangan kecacatan pada anggota terjejas.
  • Dua jenis pembedahan iaitu Debulking Surgery (mengurangkan saiz tisu atau anggota terbabit) mengikut keadaan kaki pesakit dan pembedahan fisiologi.

1. Debulking Surgery ialah teknik mengurangkan saiz tisu atau anggota terbabit secara berperingkat. Biasanya dilakukan pada peringkat sederhana dengan isi di dalam boleh dibuang secara berperingkat atau dipanggil Homan’s Procedure.

Peringkat teruk pembedahan radikal Charles Procedure dengan membuang semua isi dan kulit yang tidak normal sehingga ke lapisan otot kaki. Luka yang terhasil perlu ditutup dengan graf kulit yang diambil pada bahagian kulit. Hasil kosmetik pembedahan ini tidak memuaskan kerana membabitkan kaedah tampalan kulit. Bagi peringkat permulaan dan sederhana kaedah liposuction boleh digunakan sebagai kaedah sampingan.

2.  Pembedahan fisiologi membaiki saluran limpa atau secara pintasan (bypass) atau menggalakkan pertumbuhan saluran baru dengan pemindahan kelenjar limpa.

Komplikasi pembedahan

  • Pendarahan adalah risiko utama waktu pembedahan kerana membabitkan tempoh masa operasi yang lama dan saluran darah yang membesar (vena).
  • Masalah luka lambat sembuh kerana masalah tisu yang bengkak, berair (banyak exudate)
  • Masalah jangkitan kuman (prophylactic antibiotic akan di berikan kepada pesakit)
  • Kebanyakan pesakit juga mempunyai masalah obesiti yang mana menaikkan risiko anaesthesia (bius) semasa pembedahan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Nov 2019

Pengkaji temui formula baharu kesan kanser payudara lebih awal

Ujian darah mudahkan pengesanan kanser payudara

Sihat Fri, 27 Apr 2018

Perhatian Buat Peminat Telur Separuh Masak. Hati-Hati Dengan Kuman Ini!

Awas! Bagi anda yang suka makan telur separuh masak!

Featured Wed, 6 May 2020

KKM pantau 3 kumpulan sasar termasuk warga asing

Pemantauan elak penularan baharu

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Sat, 8 Dec 2018

Manfaat Menggeliat Yang Anda Tak Tahu

Bila anda tahu manfaat ini, anda akan menggeliat dengan bergaya setiap hari!

Sihat Mon, 17 Dec 2018

7 Tanda Tahap Kolesterol Dalam Badan Anda Tinggi

Kolesterol wujud dalam tubuh badan kita adalah disebabkan faktor pemakanan ataupun sejarah keluarga.

Sihat Tue, 5 Jun 2018

3 Tanda-Tanda Sakit Apendiks Yang Perlu Anda Tahu

Kalau tidak dirawat dengan segara, sakit apendiks ini boleh membahayakan nyawa anda!

Featured Thu, 22 Mar 2018

Jangan Ambil Mudah Batuk Berpanjangan, Mungkin Virus Tibi Sedang Menyerang!

Pernahkan anda mengalami batuk yang berpanjangan? Keadaan ini mesti mengganggu kehidupan seharian anda kan?