Sihat By: tex_admin November 1, 2018 @ 1:00pm

Virus RSV Boleh Meragut Nyawa Bayi. Jom Ketahui Punca Penyakit Ini!

Anda tahu apa itu virus RSV? Adakah anda tahu bahawa virus ini disebarkan oleh orang dewasa kepada bayi?

Bayi yang baru dilahirkan sememangnya comel dan bikin geram kan? Lantas rasa nak cium berulang kali, walaupun bayi tersebut bukan anak kita sendiri. 

Tapi, tahukah anda sebenarnya kita tak boleh mencium bayi, lebih-lebih lagi yang baru lahir pada mulut, muka dan tangan? Ini kerana, sistem imunisasi mereka masih lemah dan boleh mendapat jangkitan dengan mudah. Antara jangkitan yang berbahaya untuk bayi baru lahir adalah virus RSV.

Virus RSV atau Respiratory syncytial virus adalah sejenis virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Virus ini boleh membuatkan bayi sangat sakit dan boleh membawa maut! Virus ini biasanya dijangkiti oleh bayi melalui air liur orang dewasa melalui ciuman. 

Sebab itulah, penting untuk anda tegas menghalang orang lain cium dan menyentuh bayi anda! Kalau anda nak tahu, terdapat 2 jenis masalah kesihatan yang boleh bayi ataupun kanak-kanak hadapi iaitu bronkitis (saluran udara kecil paru-paru dijangkiti) atau pneumonia yang boleh menyebabkan kematian.

Jadi, wajib untuk anda ketahui mengenai virus ini! Jom semak.

Foto: Momjunction.com

Siapa yang berisiko tinggi untuk dapat masalah kesihatan akibat virus RSV?

  • Bayi pramatang
  • Bayi baru lahir berusia lapan ke 10 bulan
  • Kanak-kanak bawah 2 tahun yang lahir dengan masalah hati atau paru-paru
  • Kanak-kanak dengan sistem imunisasi yang lemah disebabkan penyakit atau perubatan

Simptom virus RSV pada bayi

  • Kerap menangis
  • Kurang aktif
  • Kurang selera makan
  • Sukar bernafas

Anda juga perlu tahu, biasanya demam tak berlaku apabila bayi dijangkiti RSV. Ada juga beberapa simptom RSV pada bayi yang perlu anda beri perhatian, seperti:

  • Batuk hingga nafas berbunyi
  • Tak ada selera makan
  • Hidung berair

Biasanya, simptom ini akan berkurang dalam masa 1 hingga 2 minggu. Tapi, jika anak anda menunjukkan tanda awal RSV, bawalah berjumpa doktor dengan segera.

Bayi perlukan rawatan segera, jika mereka

  • Tak mahu minum susu langsung
  • Menunjukkan tanda-tanda dehidrasi – menangis tanpa air mata, kulit kering, tak kencing lebih dari 6 jam
  • Kerap menangis
  • Mengeluarkan lendir berwarna kuning, hijau atau kelabu
  • Sukar bernafas
  • Kulit atau bibir berwarna kebiruan

Foto: Test Target Treat

Cara mencegah virus RSV pada bayi

Untuk pengetahuan anda, masih belum ada vaksin yang boleh menghalang RSV atau ubat untuk merawat jangkitan ini. Tapi, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah risiko ini antaranya:

  • Jangan biarkan pelawat (walaupun keluarga) cium bayi anda yang baru lahir pada bahagian muka atau tangan keranan kuman boleh disebarkan dengan cara ini.
  • Nasihat pelawat untuk basuh atau sanitize tangan mereka sebelum mendukung atau memegang bayi anda.
  • Jika anda selsema, elak dari mencium bayi anda. Pakai topeng muka untuk elakkan jangkitan dari batuk dan bersin berpindah pada bayi anda.
  • Jauhkan si kecil dari tempat ramai orang.
  • Jangan merokok dekat dengan bayi anda.
  • Bersihkan permukaan yang sering anda sentuh seperti tombol pintu dan paip air.

Kesimpulannya, lindungilah bayi anda dengan cara pencegahan yang telah dikongsikan di atas. Ini kerana, 1 atau 2 dari 100 bayi berumur 6 bulan ke bawah akan dijangkiti RSV dan perlu dimasukkan ke dalam hospital. Jaga-jaga!

Sumber: TheAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 17 Sep 2019
Sihat Fri, 11 May 2018

5 Jenis Makanan Ini Boleh Bantu Ibu Hamil Yang Mengalami Masalah Anemia. Wajib Ambil Tahu!

Bagi anda yang sedang hamil dan mengalami anemia, 5 jenis makanan ini bagus untuk anda!

Sihat Wed, 15 May 2019
Acara Wed, 16 Oct 2019

Ayam Brand perkenal santan Super Light, 75 peratus kurang lemak!

Kerja memasak jadi lebih mudah dan sihat!

Featured Thu, 12 Mar 2020

Pipi bulat dan tembam macam pau? Jom buat senaman kuruskan muka ini

Tak perlu habiskan duit untuk buat pembedahan plastik

Featured Thu, 23 Apr 2020
Sihat Mon, 13 Aug 2018
Sihat Mon, 16 Jul 2018

Suka Berselfie, Anda Mungkin Pengidap Sakit Mental. Hah Betul Ke?

Pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.

Sihat Thu, 26 Jul 2018

Hidap Diabetes Semasa Hamil, Adakah Boleh Mengancam Nyawa Bayi?

Ya, semasa hamil pun anda boleh menghidap diabetes!