Sihat By: tex_admin December 3, 2018 @ 4:00pm

Virus Yang Boleh Menyebabkan Kematian, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyakit Japanese Encephalitis

Anda tahu apa itu penyakit Japanese Encephalitis ini kan? Japanese encephalitis merupakan penyakit virus yang dibawa oleh nyamuk kepada manusia hingga boleh menyebabkan radang di bahagian otak. Virus ini juga dibawa oleh burung, kelawar, kerbau dan khinzir.

Kalau anda nak tahu, penyakit ini sedang merebak di beberapa negara Asia! Salah satu negara yang dilaporkan tentang peningkatan kes penyakit ini adalah Indonesia. Pada anda yang merancang nak bercuti ke Indonesia berhati-hati ya!

Selain itu, di Australia para pelancong yang ingin bercuti ke Bali telah diberi amaran tentang penyakit ini kerana ramai orang telah dijangkiti di Bali.

Menurut Pusat Pencegahan dan Pengawalan penyakit Eropah (ECDPC), penyakit ini telah merebak secara meluas di India, Pakistan, Jepun dan beberapa negara yang lain. Jadi, amatlah penting untuk anda ambil tahu tentang penyakit ini. Jom semak!

1. Gejala penyakit Japanese Encephalitis akan kelihatan selepas 5 hingga 15 hari

Gejala penyakit ini adalah seperti sakit kepala, muntah, keliru dan sukar untuk bergerak. Kemudian, ia akan membuatkan bahagian sekitar otak menjadi bengkak dan boleh membawa maut. Lebih kurang satu daripada 250 jangkitan berakhir dengan kematian.

Foto: Philippine News

2. Boleh dijangkiti melalui gigitan nyamuk 

Virus ini biasanya akan tersebar semasa musim panas di kawasan tropika yang boleh disebarkan melalui nyamuk, khinzir, burung dan air. Walau bagaimanapun, ia jadi lebih banyak semasa musim hujan di daerah penanaman padi.

3. Orang yang tinggal di kawasan pedalaman dan di kawasan banyak nyamuk berisiko tinggi untuk dijangkiti

Mereka yang tinggal di kawasan yang menjadi tempat penghijrahan burung dan kandang khinzir lebih berisiko tinggi. Ini kerana, nyamuk menghisap darah burung ataupun khinzir akan sebarkan pula ke badan manusia.

4. Tiada rawatan antivirus untuk penyakit ini, tetapi ada vaksin untuk mencegahnya

Ya, memang tiada rawatan yang boleh digunakan untuk melawan jangkitan virus ini! Perkara terbaik yang boleh doktor lakukan adalah dengan mengurangkan gejala dan menstabilkan pesakit.

Tapi, ada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus ini. Dalam pada masa yang sama, boleh halang nyamuk dengan menggunakan penghalau serangga, baju lengan panjang dan pastikan persekitaran rumah bersih.

Kesimpulannya, walaupun negara kita masih belum direkodkan tentang jangkitan penyakit ini, amatlah penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga. Jagalah kebersihan persekitaran rumah agar bebas nyamuk dan sebaiknya jauhi daripada bercuti ke negara yang mempunyai risiko virus ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: TheAsianparent Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Jun 2019
Featured Tue, 21 Apr 2020

Ketahui 5 helah makan sedap tanpa garam

Garam berlebihan jejas kesihatan

Featured Mon, 26 Nov 2018

4 Mitos & Kebenaran Tentang Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Ketika Hamil

Maklumat yang anda dapat mungkin hanya mitos semata!

Sihat Sun, 10 Feb 2019

Selesema berpanjangan mungkin tanda anak anda dijangkiti influenza

Influenza boleh memudaratkan kanak-kanak kecil

Sihat Wed, 10 Oct 2018
Featured Tue, 10 Jul 2018

Sering Berlaga Pipi, Gadis Ini Terpaksa Dibedah. Ngerinya!

Kalau nak berlaga pipi, jagalah kebersihan wajah anda terlebih dahulu!

Gaya Hidup Tue, 8 Oct 2019

6 teknik regangan yoga mudah yang anda boleh amalkan di pejabat

Nak buat di meja kerja pun boleh. Mudah sahaja!

Sihat Fri, 3 Aug 2018

5 Kesilapan Lazim Apabila Anda Menimbang Berat Badan Sendiri

Alat penimbang berat memang akan jadi best friend anda jika anda mahu kuruskan badan.

Eat Travel Sat, 28 Sep 2019

Cara yang kreatif untuk anda memasak kubis bunga

Bukan sekadar lazat malah baik untuk kesihatan anda!

Featured Wed, 18 Mar 2020

| Live TV