Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA!
Sihat By: Yanie Baharom September 19, 2018 @ 9:00am

Wanita Mudah Naik Hantu Bila Nak Period, Kenapa Ya?

Pasti ramai yang ingin tahu kenapa wanita cepat naik darah, moody dan sensitif terlebih bila nak dekat period? 

Apa kaitan period yang juga disebut sebagai menstruasi, haid atau datang bulan dengan emosi wanita?

Pakar perunding obstetrik dan ginekologi, Dr Suraya Arshad, berkata, emosi dan perasaan seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh hormon yang terdapat dalam tubuh mereka. 

Dua hormon utama paling aktif dalam tubuh wanita adalah hormon estrogen dan progesteron. Kedua-dua hormon ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang cukup besar dalam setiap fasa kehidupan seseorang wanita.

Foto: Detik Health

“Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit,” katanya.

Gejala yang biasa berlaku kepada wanita sebelum pusingan haid (Pre-menstrual syndrome – PMS) antaranya mereka mudah keletihan, mudah tersinggung, perut kembung, masalah jerawat, tiada mood dan selera makan bertambah.

PMS biasanya terjadi seminggu sebelum seseorang wanita mengalami pusingan haid. Bagaimanapun ia akan hilang beberapa hari selepas haid berlaku.

Foto: Trevor Loudon

Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar ovari. Penghasilannya dipengaruhi oleh sebahagian hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam otak.

Peranan kedua-dua hormon ini bukan sekadar hanya mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid.

Pada masa yang sama hormon-hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu tubuh. Ini termasuklah buah dada, tulang, pembuluh darah, jantung, saluran usus, pundi kencing dan kulit.

Dr. Suraya menjelaskan lagi, ketidakseimbangan hormon-hormon estrogen dan progesteron boleh menyebabkan perubahan kepada wanita terbabit.

Foto: sidhanews

“Ini termasuklah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan mereka menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah atau mengalami kemurungan. Bagaimanapun, bukan semua wanita melalui perubahan emosi seperti ini,” katanya.

Ujarnya, bermula peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah mencecah ke usia emas, terlalu banyak perubahan fisiologi dan biologi yang harus dilalui oleh seseorang wanita.

Pusingan haid, kehamilan, keadaan selepas bersalin, ketidaksuburan dan menopaus boleh mengakibatkan perubahan mood yang menyebabkan seseorang wanita seolah-olah mengalami kemurungan.

Malah, para penyelidik turut mengesahkan bahawa hormon boleh mempengaruhi pengeluaran endorfin yang berfungsi mengawal emosi dan mood.

Sumber: Utusan

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 20 Sep 2018

Hati-Hati Para Ibu Hamil, Sakit Gigi Boleh Menyebabkan Keguguran Janin!

Ibu hamil yang mengalami sakit gigi juga boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.

Featured Tue, 17 Dec 2019

95 peratus daripada penghidapnya adalah bayi yang baru lahir, ketahui penyakit ini!

Penyakit jantung kongenital dan apa ibu bapa perlu lakukan

Sihat Thu, 14 Mar 2019

Pencemaran udara jejaskan sistem aliran darah janin wanita mengandung

Wanita hamil patut jauhi tempat dengan kualiti udara yang teruk.

Sihat Thu, 28 Jun 2018
Sihat Thu, 4 Apr 2019

Tangani masalah obesiti kanak-kanak melalui pengambilan makanan

Masalah ini boleh akibatkan penyakit yang lebih serius apabila dia besar.

Featured Mon, 17 Feb 2020
Featured Sun, 3 May 2020

Pengguna pengangkutan awam perlu patuhi SOP PKP

Jangan leka dengan kelonggaran yang diberikan

Sihat Thu, 17 Oct 2019

Bahagian intim berbau? Awasi ‘tombong’ musuh wanita!

Jangan dibiar, anda mungkin kehilangan rahim.

Featured Sun, 31 May 2020

Kerak usus punca perut boroi, betul ke?

Ketahui punca perut boroi

Featured Tue, 18 Dec 2018

Selama Ini Anda Bersangka Baik Dengan Vitamin, Tetapi Tahukah Anda Kesan Sampingannya?

Pengambilan vitamin secara berlebihan memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

| Live TV