Hiburan By: Del14 January 25, 2020 @ 8:00pm

Cinta Terlerai Selepas 10 Tahun, Vanessa Hudgens Dah Move On?

Setelah hubungannya yang hampir masuk sedekad dengan Austin Butler berakhir, kini pelakon yang popular menerusi High School Musical, Vanessa Hudgens (31) dikatakan sedang bermain cinta dengan atlit bola keranjang Los Angeles Lakers, Kyle Kuzma (24). 

Kyle Kuzma, bintang bola keranjang L.A Lakers. Foto ihsan: IG @kuz

Baru-baru ini, pasangan itu dilihat meluangkan masa bersama dengan menikmati makan malam di sebuah restoran mewah di Kota New York. 

Vanessa sememangnya peminat sukan bola keranjang, terutama sekali kumpulan L.A Lakers sering dilihat menonton permainan itu. Baru sahaja minggu lepas, pelakon ini berada di Staples Centre menonton pasukan kegemarannya bermain dan memuat naik video tersebut di akaun Instagram miliknya. 

 
 
 
View this post on Instagram

Ugh @lakers @kingjames @kuz @dwighthoward my heros???

A post shared by ?Vanessa Hudgens? (@vanessahudgens) on

Walau bagaimanapun, menurut sumber terdekat dengan Vanessa, walaupun pasangan ini amat serasi dan mereka begitu seronok bersama tetapi hubungan mereka tidak serius.  

“Vanessa suka berkawan dengan Kyle dan ini cara yang bagus untuk dia sibukkan dirinya buat ketika ini. Mereka sentiasa berhubung dan berniat untuk meluangkan masa bersama, tetapi Vanessa tidak mahu menjalinkan apa-apa hubungan cinta buat masa ini, kata sumber tersebut kepada E!online

Sebelum Austin, Vanessa pernah berpacaran dengan aktor Zac Efron pada 2005 yang menjadi kekasihnya di dalam High School Musical tetapi hubungan mereka berakhir lima tahun kemudian. 

Saling berbalas komen di Instagram! – Foto ihsan: IG @kuz

 

Kredit Foto: Instagram @kuz & @vanessahudgens

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Aug 2022
Hiburan Mon, 9 May 2022
Featured Wed, 24 May 2023
Featured Mon, 31 May 2021

Moratorium 3 Bulan Untuk Golongan B40 Bermula Jun – Perdana Menteri

Menerusi perutusan khas Pengumuman Bantuan PKP 3.0, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh moratorium untuk golongan B40 akan dilanjutkan selama tiga bulan. Tambah beliau lagi, mereka yang terjejas juga boleh memilih untuk mendapatkan […]

Featured Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Fri, 23 Aug 2019
Featured Thu, 5 Jan 2023

Rakan Throwback Momen Puteri Sarah Bernikah, Dakwa Syamsul Yusof Kaki Kongkong? – “Kuat Cemburu, Suka Skodeng Dari Jauh.. Banyak Peraturan!”

Tak boleh bergambar rapat dengan lelaki, suruh pakai jubah hitam sebab SY suka – Rakan Puteri Sarah

Hiburan Fri, 20 Sep 2019