SKUAD DIDIK DuitNow GEN E-DUIT adalah aktiviti untuk memperkasakan murid-murid tentang pendidikan kewangan dengan cara yang menyeronokkan! Video rakaman 'duet' boleh dihantar melalui TikTok dengan menggunakan tanda pagar #SKUADDIDIKDuitNow dan akan dinilai. 30 finalis yang terpilih berpeluang menyertai Bengkel Latihan DIDIKTV KPM.

INFO SKUAD DIDIK DUITNOW

Anda berumur 10-16 tahun? Minat berada di depan kamera? Cita-cita nak jadi wartawan penyiaran yang celik kewangan? Jom Sertai Pencarian SKUAD DIDIK DuitNow GEN E-DUIT! 30 saat, 1 skrip, Jom cuba!

Klik @ Imbas QR di bawah dan isi borang penyertaan dalam pautan yang disediakan dengan lengkap.
Tarikh tutup penyertaan: 15 Februari 2023.

Terma & Syarat

  1. Murid perlu mendapatkan kebenaran ibubapa / penjaga sebelum menyertai Pencarian SKUAD DIDIK DuitNow GEN E-DUIT.
  2. Murid terpilih perlu menghadirkan diri ke sesi bengkel latihan yang dijadualkan pada 4 Februari 2023, dari jam 9.00pagi hingga 5.00petang. Bengkel latihan ini akan dirakam bagi tujuan penyiaran.
  3. Kehadiran pelajar ke sesi bengkel latihan yang akan diadakan pada 4 Februari 2023 adalah atas tanggungan sendiri.
  4. Pihak DIDIKTV KPM tidak akan menanggung kos perjalanan pergi dan balik, penginapan dan sebagainya (sepanjang pelajar berada di Sri Pentas, ketika penggambaran dijalankan.
  5. Segala video rakaman sepanjang pengambaran / bengkel adalah hak milik DIDIKTV KPM dan pihak DIDIKTV KPM mempunyai hak penyiaran ke atas rakaman yang dibuat.